Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERTANIAN

 
image

 

Piagam Pelanggan

1. Khidmat Perundingan & Nasihat Teknikal
 
     A. Khidmat Pengembangan & Perundingan Pertanian
       i. Khidmat perundingan dan nasihat teknikal akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
 
     B. Maklumbalas Permohonan Projek
       i. Maklumbalas permohonan projek-projek pertanian / latihan pertanian akan diberi dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap.
 
     C. Khidmat kepakaran data geospatial dan kesesuaian tanah dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
       i. Pengeluaran data geospatial, peta tanah, peta guna tanah dan peta terbitan dalam tempoh 14 hari selepas menerima kelulusan tapisan keselamatan dan bayaran.
       ii. Pengeluaran Laporan Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman dalam tempoh 14 hari termasuk pembayaran fi.
 
2. Khidmat Analisis Pertanian
 
     A. Khidmat kepakaran analisis makmal akan diberi dalam tempoh hari bekerja bagi analisis seperti berikut bermula daripada tarikh sampel diterima:
 
    Tanah
       i. Proses pengeringan, penghancuran dan pengasingan sampel tanah basah maksimum 80 sampel dalam tempoh 20 hari.
       ii. Analisis tanah bagi parameter pH dan konduktiviti maksimum 50 sampel dalam tempoh 5 hari.
       iii. Analisis tanah bagi parameter pH, konduktiviti, Al, Fe, P, Ca, Mg, K, Na, C, N, S dan CEC maksimum 50 sampel dalam tempoh 10 hari.
       iv. Analisis kimia dan fizik tanah maksimum 30 sampel dalam tempoh 12 hari.
 
    Daun
       i. Proses pengeringan dan pengisaran sampel daun basah maksimum 20 sampel dalam tempoh 5 hari.
       ii. Analisis daun bagi sampel yang telah siap diproses maksimum 20 sampel dalam tempoh 7 hari.
 
    Baja
       i. Analisis baja bagi parameter kelembapan dan kandungan abu maksimum 50 sampel dalam tempoh 5 hari.
       ii. Analisis baja bagi parameter N, P, K, Mg, Ca dan logam berat* maksimum 50 sampel dalam tempoh 7 hari.
 
    Air
       i. Analisis air bagi parameter logam berat*, pH, konduktiviti dan jumlah kandungan pepejal maksimum 30 sampel dalam tempoh 5 hari.
 
    Logam Berat
       i. Analisis logam berat bagi hasil pertanian maksimum 25 sampel dalam tempoh 7 hari.
 
    Residu Racun Perosak
       i. Analisis residu racun perosak dalam hasil pertanian untuk tujuan eksport maksimum 10 sampel dalam tempoh 10 hari.
 
  * Perkhidmatan analisis yang ditawarkan kepada agensi kerajaan sahaja
  ** Kesemua sampel yang melebihi had maksimum akan dianalisis bermula pada 5-20 hari berikutnya dalam tempoh yang sama bagi setiap analisis seperti yang ditetapkan.
 
     B. Khidmat kepakaran diagnostik tanaman dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
       i. Diagnostik ladang bagi perosak tanaman dalam tempoh 5 hari.
       ii. Diagnostik makmal bagi perosak tanaman dalam tempoh 10 hari.
       iii. Diagnostik makmal bagi perosak tanaman yang memerlukan pengkulturan dalam tempoh 20 hari.
 
3. Khidmat Regulatori
 
     A. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 :
Keputusan bagi permohonan sijil / permit yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh pemeriksaan konsainan dilaksanakan seperti berikut:
       i. Kelulusan permohonan pengimportan bagi mikroorganisma dan bahan organan dalam tempoh 40 hari.
       ii. Sijil Fitosanitasi dan Sijil / Permit CITES (Convention on International Trade in Endangered Species) dalam tempoh 2 hari.
 
     B. Akta Racun Makhluk Perosak 1974 :
Kelulusan bagi permohonan sijil / permit / lesen yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
       i. Penilaian data toksikologi, perumusan, residu, kemujarapan dan analisis makmal serta label untuk tujuan pendaftaran baru racun makhluk perosak dalam tempoh 90 hari.
       ii. Permit import racun makhluk perosak yang tidak berdaftar untuk tujuan pelajaran / penyelidikan dalam tempoh 10 hari.
       iii. Lesen pengendali kawalan makhluk perosak (PCO) dalam tempoh 14 hari.
       iv. Pelesenan pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak dalam tempoh 10 hari.
       v. Pengiklanan racun makhluk perosak (secara fast track) di semua media cetak dalam tempoh 10 hari.
       vi. Pelesenan premis untuk menjual / menyimpan untuk jualan dalam tempoh 15 hari.
 
     C. Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 :
Kelulusan satu Hak Pembiak Baka, mengikut kaedah pemeriksaan yang ditetapkan, akan diselesaikan dalam tempoh bermula dari Tarikh Pemfailan sehingga perakuan Lembaga Varieti Tumbuhan mengikut jenis tanaman seperti berikut:
       i. Bagi permohonan diuji dengan kaedah ‘Pemeriksaan di Tapak’ atau ‘Ujian Penanaman’ :
         - Tanaman singkat masa adalah dalam tempoh 3 tahun atau;
         - Tanaman buah-buahan adalah dalam tempoh 5 tahun atau;
         - Tanaman jangka masa panjang adalah dalam tempoh 10 tahun.
 
       ii. Bagi permohonan diuji dengan kaedah Pemeriksaan dokumen : dalam tempoh 2 tahun (dengan syarat Laporan Luar Negara telah diperolehi).
 
     D. Permohonan dan pendaftaran bagi pengimportan kubis bulat dan kelapa tua biji akan diluluskan dalam tempoh 3 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap.
 
4. Khidmat Inspektorat (Pensijilan dan Pengesahan)
 
     A. Pengeluaran Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Sijil Organik Malaysia (myOrganic) dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan Ladang Malaysia.
 
     B. Pensijilan yang memenuhi syarat / keperluan dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
       i. Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme), MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh 30 hari.
 
     C. Perakuan pengesahan kualiti bagi konsainan bahan tanaman yang memenuhi syarat dan standard dalam tempoh hari bekerja dari tarikh terima permohonan yang lengkap seperti berikut:
       i. Analisis ujian kualiti benih padi (benih padi daftar & benih padi sah) dalam tempoh 14 hari.
       ii. Pengesahan benih tanaman dalam tempoh 14 hari.
 
5. Aduan Pelanggan
 
     A. Aduan Pelanggan akan diselesaikan dalam tempoh:
       i. 15 hari bekerja (Aduan Biasa).
       ii. 16 hari dan ke atas dan boleh mencecah sehingga 365 hari* termasuk hari kelepasan am dalam tahun kalendar berkenaan (Aduan Kompleks).
 
    * Tertakluk kepada kompleksiti aduan yang diterima

Pencapaian Piagam Pelanggan

** Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan akan dikemaskini setiap 6 bulan

Pelan Pemulihan Piagam Pelanggan Jabatan Pertanian


  •  
  • Print
  • Email this page

INFO JABATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini47
Minggu IniMinggu Ini9531
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3880314
Jumlah Pelawat : 3880314 Tarikh Kemaskini : 25 - 02 - 2024