Skim Pengesahan Bahan Tanaman
SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN
|
|
Pengenalan
"SERTAILAH SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN UNTUK MENJADI PENGELUAR BAHAN TANAMAN TULEN DAN BERKUALITI"
|
Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil pertanian di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman yang diperaku menjamin ketulenan baka dan kualitinya. Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui pematuhan kepada Prosedur Pengeluaran Bahan Tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan.
|
|
Jabatan Pertanian telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk mengesahkan pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti dalam negara dengan membangunkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT). SPBT terbuka kepada pengusaha nurseri tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
|
Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa SPBT yang kompeten akan melaksanakan pemeriksaan dan memperakukan anak benih tanaman yang memenuhi standard ditetapkan oleh Jabatan Pertanian. |
Faedah
Pengusaha nurseri tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah berikut :
|
- Mengeluarkan bahan tanaman yang dijamin tulen dan berkualiti;
- Mempromosikan penjualan bahan tanaman yang mempunyai no. perakuan SPBT dan menggunapakai logo SPBT;
- Meningkatkan peluang ke pasaran tempatan dan antarabangsa;
- Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran;
- Meningkatkan keyakinan pembeli terhadap bahan tanaman yang dikeluarkan oleh Peserta Skim SPBT.
|
Cara Menyertai Varieti Tanaman Untuk Pengesahan
Hanya tanaman tersenarai dalam Senarai Varieti Tanaman SPBT dan telah berdaftar di bawah Pendaftaran Varieti Umum Tanaman (CVL) serta diluluskan Jawatankuasa Teknikal Pengesahan Bahan Tanaman boleh dimohon oleh peserta skim untuk diperakukan.
|
|
Nurseri Berdaftar Sebagai Peserta Skim Penerbitan
Manual Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) Buku Brosur / Pamplet
|
Hubungi Kami
Urus Setia,
Skim Pengesahan Bahan Tanaman,
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
|
No. Telefon : 03-8870 3448 / 3570 / 3578
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : spbtbkkt[at]doa[dot]gov[dot]my |
|