Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Lesen Menjual / Menyimpan Racun Makhluk Perosak Untuk Dijual

LESEN MENJUAL / MENYIMPAN RACUN MAKHLUK PEROSAK UNTUK DIJUAL

 
image

 

Siapa Yang Perlu Memohon Lesen?

Sesiapa yang ingin menjual atau menyimpan racun makhluk perosak dengan tujuan menjual.

Tujuan Pelesenan

  a) Bagi memastikan bahawa semua racun makhluk perosak yang dijual, dipamer dan disimpan untuk dijual dalam keadaan teratur, bagi meminimumkan penyalahgunaan dan pencemaran dari tumpahan yang boleh memudaratkan manusia, binatang dan alam sekitar;
 
  b) Bagi memastikan hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dijual atau disimpan di premis yang dilesenkan; dan
 
  c) Bagi membolehkan pengawasan dibuat ke atas penjualan dan pelupusan racun makhluk perosak.

Perundangan

  a) Akta Racun Makhluk Perosak 1974;
  b) Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan Bagi Penjualan dan Penyimpanan Untuk Penjualan) 2007;
  c) Perintah Racun Makhluk Perosak (Pengecualian) 2004 (Pindaan) 2023.

Jenis-Jenis Lesen

  a) Lesen untuk menjual Racun Makhluk Perosak (Kategori J);
  b) Lesen untuk menjual Racun Makhluk Perosak (Kategori SJ);
  c) Lesen untuk menyimpan Racun Makhluk Perosak untuk dijual (Kategori S).

Syarat-Syarat Lesen

  a) Kategori J;
  b) Kategori SJ;
  c) Kategori S.

Kadar Fi

 
a)     Semua Kelas (1a, 1b, II, III dan IV) RM750.00
b)     Kelas 1a, 1b RM500.00
c)     Kelas II, III dan IV RM250.00
d)     Salinan Lesen RM50.00

Tempoh Sah Laku Lesen

3 tahun

Permohonan Lesen

Semua urusan Lesen Menjual / Menyimpan Racun Makhluk Perosak Untuk Dijual perlu dibuat menerusi Modul e-Premis di Sistem e-Lesen LRMP.

Pengecualian Lesen

Mana-mana orang yang menjual atau menyimpan untuk jualan racun makhluk perosak daripada Kelas II, III dan IV yang dinyatakan dalam Jadual Perintah Racun Makhluk Perosak (Pengecualian) 2004 (Pindaan) 2023.
 
  a) Aerosol racun serangga;
  b) Alat tanda telinga haiwan;
  c) Bacillus thuringensis varieti israelensis serotype H-14 yang mengandungi 200 I.T.U/mg;
  d) Bacillus thuringensis subsp israelensis serotype H-14 yang mengandungi 1200 I.T.U/mg;
  e) Cecair (“spot on”) untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing;
  f) Cecair penghalau nyamuk untuk pengewapan;
  g) Kelambu atau kertas yang diserapkan dengan racun serangga;
  h) Kepingan penghalau nyamuk;
  i) Lingkaran penghalau nyamuk;
  j) Losyen untuk mengawal kutu, pinjal dan hama pada anjing dan kucing;
  k) Penghalau serangga;
  l) 0.5% atau kurang b/b serbuk permethrin;
  m) 1% atau kurang b/b butir temephos;
  n) Relang leher untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing;
  o) Sabun untuk binatang peliharaan;
  p) Serbuk untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing;
  q) Syampu untuk mengawal kutu, pinjal dan hama pada anjing dan kucing;
  r) Tablet untuk mengawal lipas;
  s) Umpan lalat, lipas atau semut;
  t) Racun tikus untuk kegunaan seisi rumah bagi pek saiz kurang 100 gram.

Pegawai Penghubung

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
 
Nama :  Encik Nicholas Beliang Engkabi
No. Telefon :  03-8880 6767
Emel :  nicholas[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat :  Bahagian Kawalan Racun Perosak & Baja
   Jabatan Pertanian,
   Aras 3-4 Menara Z10,
   Jalan Alamanda 2, Presint 1,
   62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
 
Nama :  Encik Muhammad Syazreen Irfan bin Mohd Zaidi
No. Telefon :  03-8880 6764
Emel :  syazreenirfan[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat :  Bahagian Kawalan Racun Perosak & Baja
   Jabatan Pertanian,
   Aras 3-4 Menara Z10,
   Jalan Alamanda 2, Presint 1,
   62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini138
Minggu IniMinggu Ini5821
Bulan IniBulan Ini138
Jumlah PelawatJumlah Pelawat4426336
Jumlah Pelawat : 4426336 Tarikh Kemaskini : 01 - 05 - 2025