Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jata
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Pendaftaran Varieti Baharu Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka

PENDAFTARAN VARIETI BAHARU TUMBUHAN DAN PEMBERIAN HAK PEMBIAK BAKA

 
image

 

Latar Belakang

Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan atau dikenali juga sebagai Hak Pembiak Baka merupakan suatu bentuk Hak Harta Intelek yang memberikan pembiak baka hak eksklusif untuk mengawal eksploitasi varieti baharu tumbuhan yang telah mereka bangunkan dalam satu tempoh yang ditetapkan. Hak ini bukan sahaja dapat memastikan pembiak baka mendapat pulangan pelaburan malah membolehkan mereka memperoleh faedah di atas daya inovasi dan kreativiti.
 
Pelaksanaan Sistem Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan di Malaysia adalah berdasarkan Akta Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan 2004 (Akta PVBT 2004). Akta ini telah dikuatkuasa pada 1 Julai 2007 dan mula dilaksanakan pada 20 Oktober 2008.

Objektif Akta PVBT 2004

  • Memberi perlindungan hak pembiak baka bagi varieti baharu tumbuhan.
     
  • Memberi pengiktirafan serta perlindungan ke atas sumbangan yang dibuat oleh petani, masyarakat tempatan dan pribumi terhadap pewujudan varieti baharu tumbuhan.
     
  • Menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam pembiakbakaan varieti baharu tumbuhan dalam sektor awam dan swasta.

Definisi Varieti

"Varieti" ditakrifkan sebagai suatu kumpulan tumbuhan dalam satu taksonomi botani tunggal daripada peringkat terendah yang diketahui serta :
 
  • Dapat ditakrifkan dengan pemaparan ciri-ciri hasil daripada satu genotip tertentu atau gabungan genotip.
     
  • Dapat dibezakan daripada mana-mana kumpulan tumbuhan dengan pemaparan sekurang-kurangnya satu daripada ciri-ciri sedemikian.
     
  • Dapat dianggap sebagai suatu unit berkenaan dengan kesesuaiannya untuk dibiakkan tanpa sebarang perubahan.

Lembaga Varieti Tumbuhan

  • Lembaga Varieti Tumbuhan merupakan suatu entiti yang bertanggungjawab mentadbir dan menetapkan Sistem Perlindungan Varieti Tumbuhan di bawah Akta PVBT 2004.
     
  • Sekretariat kepada Lembaga Varieti Tumbuhan adalah Pejabat Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan (PVPRO), Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia.

Syarat-Syarat Permohonan

Genera dan Spesies Yang Dilindungi

Terbuka kepada semua jenis tumbuhan kecuali mikroorganisma.

Larangan Pendaftaran

Varieti tumbuhan berikut adalah dilarang untuk didaftarkan dan diberikan hak pembiak baka :
 
  • Varieti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau prinsip moral.
     
  • Varieti yang penanaman, penghasilan semula atau penggunaannya boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Pemohon yang Layak

Permohonan hanya boleh dibuat oleh :
 
  • Pembiak baka;
  • Majikan pembiak baka;
  • Pengganti dalam hak milik pembiak baka;
  • Petani, masyarakat tempatan atau pribumi yang telah menjalankan fungsi seorang pembiak baka; atau
  • Mana-mana agensi kerajaan atau badan berkanun yang telah menjalankan fungsi pembiak baka.

     
Agen adalah diperlukan bagi pemohon berikut :
 
PEMOHON EJEN
 Pemohon dari luar negara  Pemastautin atau mereka yang mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia
 Sekumpulan petani  Pemastautin atau mereka yang mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia
 Masyarakat tempatan atau pribumi  Pihak berkuasa yang mewakili masyarakat tempatan atau pribumi

Kriteria-Kriteria Permohonan

Varieti yang ingin didaftarkan sebagai varieti baharu tumbuhan dan diberikan hak pembiak baka perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :
 
  • Seksyen 14(1) - Nama Pengenalan, Baharu, Berlainan, Seragam dan Stabil; ATAU
     
  • Seksyen 14(2) - *Nama Pengenalan, Baharu, Berlainan dan Boleh Dikenalpasti
    *hanya untuk varieti yang dibiakkan, atau ditemui dan dibangunkan oleh petani tradisional, masyarakat tempatan atau pribumi.
     

Nama Pengenalan

  • Setiap varieti yang ingin memohon pendaftaran perlindungan varieti baharu tumbuhan perlu mencadangkan nama pengenalan varieti yang sesuai.
     
  • Nama atau pengenalan sesuatu varieti tumbuhan yang dinyatakan dengan abjad atau gabungan abjad dan angka. Syarat-syarat penamaan :
  i.     Merupakan gelaran bagi genetik varieti tumbuhan;
  ii.     Membolehkan varieti tumbuhan dikenalpasti;
  iii.     Tidak boleh semata-mata terdiri daripada angka;
  iv.     Berbeza daripada nama pengenalan varieti tumbuhan lain dalam spesies yang sama atau spesies yang dekat hubungannya;
  v.     Tidak bertentangan dengan kepentingan awam atau prinsip moral; dan
  vi.     Tidak menyebabkan kekeliruan berkenaan dengan ciri atau identiti pembiak baka varieti.
 
  • Nama pengenalan hendaklah digunakan apabila varieti tumbuhan dijual secara komersil dan boleh dipaparkan bersama-sama dengan cap dagangan yang dimiliki pemegang hak pembiak baka. Namun, nama pengenalan hendaklah berbeza dengan cap dagangan.
     
  • Penamaan varieti perlu mematuhi Perkara 9 dalam Garis Panduan Pentadbiran untuk Permohonan dan Pendaftaran Varieti Baharu Tumbuhan.

Baharu

Pada tarikh permohonan pemfailan, bahan pembiakan atau tuaian varieti tumbuhan tersebut telah dijual atau dilupuskan secara komersil dengan persetujuan pembiak baka :
 
   Di Malaysia : kurang dari satu (1) tahun; DAN
   Di Negara lain : kurang dari enam (6) tahun bagi pokok dan tumbuhan berkayu menjalar; ATAU
kurang dari empat (4) tahun bagi tumbuhan lain.

Berlainan

Pada tarikh permohonan pemfailan, varieti tumbuhan dapat dibezakan dengan jelas daripada mana-mana varieti tumbuhan lain yang diketahui umum.

Seragam

Seragam jika, tertakluk kepada perubahan yang dapat dijangka daripada sifat tertentu pembiakannya, varieti tumbuhan itu seragam dengan secukupnya dalam ciri-cirinya yang berkaitan.

Stabil

Stabil jika, ciri-ciri yang berkaitan tidak berubah selepas pembiakan berulang kali atau pada penghujung setiap kitaran dalam hal kitaran pembiakan tertentu.

Boleh Dikenalpasti

Sesuatu varieti tumbuhan boleh dikenal pasti jika :
 
  • Varieti tumbuhan dapat dibezakan daripada mana-mana kumpulan tumbuhan yang lain melalui pemaparan satu ciri dan ciri tersebut dapat dikenal pasti dalam tumbuhan individu atau dalam suatu kumpulan tumbuh-tumbuhan.
     
  • Ciri-ciri tersebut boleh dikenal pasti oleh mana-mana *orang yang mahir dalam bidang yang berkaitan.
    *merujuk kepada Pegawai Pemeriksa yang dilantik oleh Lembaga Varieti Tumbuhan.

Tatacara Permohonan

[macro]Pendaftaran Varieti Baharu Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka - Tatacara Permohonan|343[/macro]

Pertanyaan Lanjut

Maklumat lanjut boleh didapati melalui :
 

  •  

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini916
Minggu IniMinggu Ini7141
Bulan IniBulan Ini26849
Jumlah PelawatJumlah Pelawat4817756
Jumlah Pelawat : 4817756 Tarikh Kemaskini : 22 - 05 - 2026