Apakah Permit CITES?
| CITES ialah Convention on International Trade in Endagered Spesies of Wild Fauna and Flora atau Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar yang Terancam Pupus. Ancaman kepupusan ini boleh berlaku sekiranya perdagangan spesies ini tidak dikawal dan dipantau. Penguatkuasaan spesies ini adalah tertakluk di bawah CITES dan juga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Perdagangan spesies ini dibenarkan dengan pengeluaran dokumen yang berkaitan iaitu permit CITES. Jabatan Pertanian melalui Bahagian Biosekuriti Tumbuhan merupakan Pihak Berkuasa Pengurusan (MA) yang bertanggungjawab bagi pengeluaran permit CITES untuk tumbuhan daratan dan air tawar (kecuali kayu). |
Bagaimanakah Permohonan Permit Boleh Dibuat?
Mulai tahun 2026, Permohonan Permit CITES perlu dibuat secara dalam talian di https://www.mycites.gov.my/. Permohonan perlu dibuat dua (2) hari sebelum tarikh pemeriksaan konsainan dan boleh dihantar kepada mana-mana Pejabat Pengeluar CITES, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian berikut :
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Johor Bahru, Johor
- Butterworth, Pulau Pinang
- KLIA, Sepang, Selangor
- Cameron Highlands, Pahang
- Kota Bharu, Kelantan
- Wilayah Persekutuan Labuan
|
Pemeriksaan Konsainan
| Pemeriksaan konsainan dijalankan bagi Permohonan Permit Eksport dan Re-Eksport CITES. Ianya bertujuan bagi memastikan maklumat tumbuhan yang hendak dieksport adalah sama seperti yang dinyatakan dalam permohonan. Kesemua konsainan hendaklah ditunjukkan semasa pemeriksaan dijalankan. Pemohon boleh menentukan sama ada pemeriksaan dijalankan di Pejabat Bahagian Biosekuriti Tumbuhan atau di premis pemohon sendiri. Selepas pemeriksaan dijalankan dan kesemua syarat dipatuhi, permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan. |
Bayaran
| i. |
Pembayaran Secara Atas Talian |
| |
- Pembayaran hendaklah dilakukan melalui Sistem MyCITES.
- Kadar bayaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap permit.
|
| ii. |
Pencetakan Permit |
| |
- Pemohon bertanggungjawab untuk mencetak sendiri permit yang telah diluluskan setelah transaksi pembayaran berjaya disahkan oleh sistem.
|
| iii. |
Laporan Kendiri |
| |
- Pemohon diwajibkan untuk mengemaskini dan membuat Laporan Kendiri secara terus di dalam Sistem MyCITES bagi tujuan pemantauan dan rekod Jabatan.
|
Pendaftaran Nurseri
|