Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Lesen Pengilangan Racun Makhluk Perosak

LESEN PENGILANGAN RACUN MAKHLUK PEROSAK

 
image

 

Siapa Yang Perlu Memohon Lesen?

  a) Pendaftar atau orang yang racun makhluk perosak didaftarkan atas permohonannya;
  b) Mengilang di bawah perjanjian (Pengilang Kontrak).

Tujuan Pelesenan

  a) Bagi memastikan bahawa semua racun makhluk perosak yang dikilangkan dalam keadaan teratur, bagi meminimumkan penyalahgunaan dan pencemaran dari tumpahan yang boleh memudaratkan manusia, binatang dan alam sekitar;
 
  b) Bagi memastikan hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dikilangkan di Malaysia; dan
 
  c) Bagi membolehkan pengawasan dibuat ke atas pengilangan racun makhluk perosak.

Perundangan

  a) Akta Racun Makhluk Perosak 1974;
  b) Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan Bagi Pengilangan) Pindaan 2019.

Jenis-Jenis Aktiviti Pengilangan RMP Yang Memerlukan Lesen

Mengilang racun makhluk perosak adalah melibatkan kesemua atau salah satu aktiviti berikut :
 
  a) Menyediakan;
  b) Mensebatikan;
  c) Merumus;
  d) Mencampurkan;
  e) Membuat;
  f) Membungkus;
  g) Membungkus semula;
  h) Melabel;
  i) Mengawet.

Syarat-Syarat Lesen

Kadar Fi

 
a)     Permohonan Baru RM100.00
b)     Permohonan Membaharui RM100.00
c)     Permohonan Salinan Lesen Yang Hilang RM100.00
d)     Permohonan Salinan Lesen Yang Rosak / Cacat RM50.00

Tempoh Sah Laku Lesen

3 tahun

Permohonan Lesen

Semua urusan Lesen Mengilang Racun Makhluk Perosak perlu dibuat menerusi Modul e-Kilang di Sistem e-Lesen LRMP.

Pegawai Penghubung

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
 
Nama :  Encik Nazhari bin Samsudin
No. Telefon :  03-8880 6762
Emel :  nazhari[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat :  Bahagian Kawalan Racun Perosak & Baja
   Jabatan Pertanian,
   Aras 3-4 Menara Z10,
   Jalan Alamanda 2, Presint 1,
   62000 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  •  

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini138
Minggu IniMinggu Ini5821
Bulan IniBulan Ini138
Jumlah PelawatJumlah Pelawat4426336
Jumlah Pelawat : 4426336 Tarikh Kemaskini : 01 - 05 - 2025