Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Skim Akreditasi Pewasapan Malaysia (MAFAS)

SKIM AKREDITASI PEWASAPAN MALAYSIA (MAFAS)

 
image

 

Pengenalan

Skim Akreditasi Pewasapan Malaysia (MAFAS) diwujudkan untuk memberi akreditasi kepada industri penyedia rawatan pewasapan yang menjalankan rawatan pewasapan yang mengikut standard dan prosedur yang telah ditetapkan. Setiap syarikat yang ingin menjalankan rawatan pewasapan bagi keperluan fitosanitasi import dan eksport perlu diakreditasi di bawah MAFAS.

Skop

Permohonan untuk mendapatkan akreditasi ini adalah terbuka kepada penyedia rawatan pewasapan. Skim MAFAS sehingga kini hanya melibatkan kepada pewasapan menggunakan metil bromida yang dilakukan pada komoditi yang telah disyaratkan dalam syarat import negara pengimport dan bahan pembungkus kayu (wood packaging material - WPM). Pemohon hendaklah melaksanakan semua standard yang terkandung di dalam ISPM No 43, No 15 dan Standard Malaysia MS 2546:2013, Methyl Bromide Fumigation - Requirements.
 
Proses akreditasi melibatkan audit pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT).

Syarat Permohonan

  • Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
     
  • Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan dari Agensi Kerajaan yang lain.
     
  • Pemohon perlu mendapat Lesen Untuk Menjalankan Pewasapan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
     
  • Premis perlu mendapat Lesen Penyimpanan dan Penjualan Racun Makhluk Perosak daripada Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian.
     
  • Pemohon perlu mendapat Lesen Pengendali Kawalan Racun Perosak (PCO) dari Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian.
     
  • Pemohon perlu mendapatkan pekerja yang mempunyai Lesen Pemakai dan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak (PAL/ APAL) daripada Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian.
     
  • Pemohon perlu mempunyai peralatan pewasapan dan fasiliti yang mengikut standard.
     
  • Pemohon perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.

Kos Akreditasi MAFAS

Semua perkhidmatan diberi percuma.

Proses Permohonan

Pemohon hendaklah memuat turun Borang MAFAS 1 dan menghantar borang yang telah dilengkapkan kepada Urusetia.

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku Skim MAFAS adalah selama dua (2) tahun. Audit pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali ke atas premis terbabit.

Pembaharuan Skim MAFAS

Permohonan pembaharuan Skim MAFAS perlu dilakukan (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil.

Senarai Peserta MAFAS

Hubungi Kami

Urus Setia Skim Akreditasi Pewasapan Malaysia (MAFAS),
Seksyen Akreditasi dan Fasilitasi Eksport,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan,
Jabatan Pertanian,
Tingkat 1-3, Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.
 
No. Tel : 03-2030 1400
No. Faks : 03-2691 3530
Emel : myskim[dot]doa[at]doa[dot]gov[dot]my / myskim[dot]doa[at]gmail[dot]com

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini42
Minggu IniMinggu Ini9526
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3880309
Jumlah Pelawat : 3880309 Tarikh Kemaskini : 25 - 02 - 2024