Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Skim Akreditasi Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS)

SKIM AKREDITASI RAWATAN HABA MALAYSIA (MAHTAS)

 
image

 

Pengenalan

Skim Akreditasi Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS) diwujudkan untuk memberi akreditasi kepada industri penyedia rawatan haba yang menjalankan rawatan mengikut standard dan prosedur yang telah ditetapkan. Setiap syarikat yang ingin menjalankan rawatan haba bagi keperluan fitosanitasi import dan eksport perlu diakreditasi di bawah MAHTAS.

Skop

Permohonan untuk mendapatkan akreditasi ini adalah terbuka kepada penyedia rawatan haba yang merujuk kepada rawatan haba dilakukan pada komoditi yang telah disyaratkan dalam syarat import negara pengimport dan pada bahan pembungkus kayu (wood packaging material - WPM) dengan menggunakan haba sehingga suhu teras kayu mencapai suhu 56 ºC selama 30 minit. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua standard yang terkandung di dalam ISPM No. 15 dan Code Agricultural Practise: Requirement for Heat Treatment of Wood and Wood Packaging Material (WPM).
 
Proses akreditasi melibatkan audit pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT).

Syarat Permohonan

Syarat Umum :
 
  • Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
     
  • Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan dari Agensi Kerajaan yang lain; kecuali bagi premis yang diselenggara oleh Kerajaan.
     
  • Premis perlu mendapat pengesyoran Jabatan Bomba dan Penyelamat.
     
  • Premis perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.
     
Syarat Khusus :
 
  • Premis dilengkapi sistem pemanasan, thermocouple dan sistem pemantauan suhu yang mengikut standard.
     
  • Thermocouple dikalibrasi oleh syarikat yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia.
     
  • Mempunyai pekerja mahir menjalankan rawatan haba dengan mengikut standard dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan.
     
  • Mempunyai fasiliti yang dapat menyediakan persekitaran yang bersih dan mempunyai stor penyimpanan supaya tiada infestasi berlaku terhadap bahan yang telah dirawat.

Kos Akreditasi MAHTAS

Semua perkhidmatan diberi percuma.

Proses Permohonan

Pemohon hendaklah memuat turun Borang MAHTAS 1 dan menghantar borang yang telah dilengkapkan kepada Urusetia.

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku Skim MAHTAS adalah selama dua (2) tahun. Audit pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali ke atas premis terbabit.

Pembaharuan Skim MAHTAS

Permohonan pembaharuan Skim MAHTAS perlu dilakukan (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil.

Senarai Peserta MAHTAS

Hubungi Kami

Urus Setia Skim Akreditasi Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS),
Seksyen Akreditasi dan Fasilitasi Eksport,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan,
Jabatan Pertanian,
Tingkat 1-3, Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.
 
No. Tel : 03-2030 1400
No. Faks : 03-2691 3530
Emel : myskim[dot]doa[at]doa[dot]gov[dot]my / myskim[dot]doa[at]gmail[dot]com

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini78
Minggu IniMinggu Ini9562
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3880335
Jumlah Pelawat : 3880335 Tarikh Kemaskini : 25 - 02 - 2024