Ketua Pegawai Digital (CDO)
KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)
|

|
|

YBrs. Encik Mat Iesak bin Ngathinee
Timbalan Ketua Pengarah Pertanian
(Pengurusan & Regulatori) |
|
Peranan dan Tanggungjawab
|
| 1) |
Meneraju inisiatif pendigitalan Jabatan Pertanian dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan pengalaman rakyat, selamat, efisien, cerdas dan dipercayai.
|
| |
a. |
Memacu hala tuju pendigitalan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Jabatan Pertanian melalui budaya berpacukan data, berpaksikan rakyat dan reka bentuk perkhidmatan berteraskan keselamatan.
|
| |
b. |
Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di Jabatan Pertanian berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi memuncul.
|
| |
c. |
Merancang dan menyelaras pelan tindakan keselamatan siber bagi memastikan data dan infrastruktur ICT Jabatan Pertanian sentiasa dilindungi dari ancaman dalam dan luar.
|
| |
d. |
Merancang dan menilai keperluan perkhidmatan digital, reka bentuk perkhidmatan dan bajet pembangunan serta bajet mengurus yang diperlukan oleh Jabatan Pertanian.
|
| 2) |
Meneraju perubahan pendigitalan melalui penggunaan data dan teknologi selaras dengan dasar/pelan semasa kerajaan.
|
| |
a. |
Merancang dan memastikan pelaksanaan perubahan pendigitalan adalah selaras dengan dasar/pelan semasa Kerajaan yang dijajarkan kepada PSP Jabatan Pertanian.
|
| |
b. |
Mewujudkan persekitaran dan pembudayaan digital di Jabatan Pertanian bagi meningkatkan literasi digital dan pemahaman tentang penggunaan teknologi ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan digital.
|
| 3) |
Menganggotai dan melaporkan pelaksanaan pendigitalan kepada tadbir urus berkaitan.
|
| |
a. |
Menganggotai jawatankuasa dengan melaksana peranan berdasarkan terma rujukan jawatankuasa berkaitan mengikut pekeliling yang berkuat kuasa.
|
| |
b. |
Melaporkan pelaksanaan dan status kemajuan transformasi pendigitalan kepada tadbir urus pendigitalan yang berkaitan seperti JPICT Jabatan Pertanian dan Mesyuarat Kerajaan Digital.
|
|