Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Aplikasi Mudah Alih Jabatan Pertanian

APLIKASI MUDAH ALIH JABATAN PERTANIAN

 
image

 

Leaf Color Chart (LCC) Padi

LCC Padi

 
LCC (Leaf Color Chart) atau Carta Warna Daun dibangunkan oleh IRRI (Philrice) dari Japanese prototype bagi mengukur keperluan Nitrogen (N) bagi tanaman padi mengikut keperluan di sawah.
 
Intensiti warna daun adalah berkait rapat dengan kandungan klorofil dan status Nitrogen (N) daun. Inovasi Aplikasi LCC Padi diilhamkan apabila ramai petani yang berminat untuk mendapatkan dan membeli LCC untuk mengukur tahap nitrogen di dalam daun di sawah masing-masing. Aplikasi LCC Padi diperkenalkan dan dicipta bagi memudahkan petani dan pegawai di lapangan mendapatkan data status nitrogen daun padi serta mengetahui tahap keperluan baja dan membantu petani mengurangkan penggunaan baja nitrogen berpandukan status semasa nitrogen pada daun.
 
Aplikasi LCC Padi ini adalah percuma dan dilengkapi dengan dwibahasa dan boleh dimuat turun melalui Google Play Store.
 
Tatacara penggunaan aplikasi LCC Padi ini boleh dirujuk di dalam video berikut :
 

AgriMaths

AgriMaths

 

AGRIMATHS adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah projek e-Agriculture Extension. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasikan perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada.

Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar.

Muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma!  
 

Muat turun di Google play Muat turun di App Store Muat turun di GAMMA

100 Tip Tanaman

100 Tip Tanaman

 

100 TIP TANAMAN adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah projek e-Agriculture Extension. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasikan perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada.
 
Aplikasi ini menampilkan 100 tip dan petua tanaman yang diolah secara ringkas dan padat. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas untuk semua peringkat umur. Ia juga sangat mudah digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar.
 
Muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma!
 

Muat turun di Google play Muat turun di App Store Muat turun di GAMMA


  •  

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1155
Minggu IniMinggu Ini9488
Bulan IniBulan Ini17880
Jumlah PelawatJumlah Pelawat4202841
Jumlah Pelawat : 4202841 Tarikh Kemaskini : 11 - 10 - 2024