Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Pendaftaran Varieti Umum Tanaman

PENDAFTARAN VARIETI UMUM TANAMAN

 
image

 

Pengenalan

Pendaftaran varieti umum tanaman di Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 1930-an. Inisiatif ini merupakan satu langkah strategik dalam usaha mengesan dan mendokumentasikan asal usul varieti tanaman tempatan yang diusahakan dalam negara, sekali gus diiktiraf sebagai sebahagian daripada khazanah warisan negara.
 
Perkhidmatan ini disediakan secara percuma oleh Jabatan Pertanian Malaysia bagi menggalakkan orang awam, khususnya pengusaha pertanian, untuk melaporkan serta mendaftarkan kepelbagaian varieti tanaman yang diketahui umum dan ditanam di dalam negara. Setiap maklumat varieti yang diterima akan direkodkan dalam Daftar Varieti Umum Tanaman, yang berfungsi sebagai dokumen rujukan rasmi dan inventori sumber genetik negara.

Objektif

Objektif Pendaftaran Varieti Umum Tanaman adalah seperti berikut :
 
  • Membantu merekodkan inventori sumber genetik yang ditanam dalam negara untuk rujukan rasmi orang awam.
     
  • Memberi identiti rasmi kepada varieti melalui nama pengenalan varieti.
     
  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pihak yang melapor atau memelihara dan memulihara varieti tanaman.

Skop Pendaftaran

Pendaftaran ini terbuka untuk semua komoditi tanaman yang terdapat di dalam negara :
 
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Tanaman bijirin
  • Tanaman industri (kelapa sawit, kelapa, kopi, teh dan sebagainya)
  • Tanaman umbisi
  • Herba dan tanaman ubatan
  • Cendawan
  • Tanaman bunga dan hiasan
  • Tanaman akuatik
  • Tanaman ternakan
  • Tanaman hutan (Akasia, Batai, Jarak, Karas dan sebagainya)

Pemohon

Permohonan ini terbuka kepada tiga (3) kategori :
 
  • Pemilik asal (individu / komuniti)
  • Pemilik asal (Agensi Kerajaan / Syarikat Swasta)
  • Pelapor (bukan pemilik asal)

Prosedur Pelaporan dan Pendaftaran

Individu atau pihak yang ingin melaporkan varieti tanaman untuk tujuan pendaftaran dalam Daftar Varieti Umum Tanaman hendaklah melengkapkan Borang DT1.
 
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui Portal Web Rasmi Jabatan Pertanian, Portal MyPVP atau diperoleh dengan menghubungi Pejabat Pertanian Daerah/Kawasan yang berdekatan. Permohonan juga boleh dibuat melalui emel Urus Setia plantvarietyregistration[at]doa[dot]gov[dot]my bagi mendapatkan perkhidmatan atau maklumat lanjut.
 
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pertanian Daerah sebelum diserahkan kepada Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Negeri atau terus kepada :

           Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan,
           Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
           Jabatan Pertanian,
           Aras 7, Blok 4G2, Wisma Tani,
           No. 30, Persiaran Perdana,
           Presint 4, 62624 Putrajaya.
           (u.p: Urus Setia Daftar Varieti Umum Tanaman)
 
Setelah Urus Setia menerima borang permohonan yang lengkap, pihak pelapor akan dihubungi bagi tujuan penetapan jadual pemeriksaan lanjutan serta pelaksanaan kerja-kerja pencirian varieti berkenaan. Hasil daripada pemeriksaan tersebut akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Varieti Umum Tanaman untuk pertimbangan dan kelulusan kemasukan ke dalam Senarai Daftar Varieti Umum Tanaman.
 
Sekiranya varieti tersebut diluluskan untuk pendaftaran, Urus Setia akan mengeluarkan surat penghargaan kepada pelapor sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam pelaporan, pemeliharaan dan penyelenggaraan rekod sumber genetik negara.

Syarat-Syarat Pendaftaran

Varieti-varieti tanaman yang hendak didaftarkan dalam senarai Daftar Varieti Tanaman perlu mematuhi syarat-syarat seperti berikut:
 
a)   Sesuatu varieti boleh didaftarkan sekiranya ianya adalah berlainan dengan varieti sediada yang telah didaftarkan.
 
b)   Sesuatu varieti yang hendak didaftarkan mesti mempunyai bilangan yang mencukupi bagi mewakili varieti tersebut mengikut jenis tanaman seperti berikut :
 
BIL. JENIS TANAMAN BILANGAN (POKOK)
1. Buah-buahan 5
2. Sayur-sayuran 30
3. Tanaman bijirin 100
4. Tanaman industri 5
5. Herba dan tanaman ubatan 30
6. Cendawan 30 bag
7. Tanaman bunga dan hiasan 30
8. Tanaman akuatik 30
9. Tanaman ternakan 30
10. Tanaman hutan 5
11. Umbisi 30

 

Larangan Pendaftaran

Pendaftaran tidak boleh diluluskan terhadap mana-mana varieti tanaman :
 
a)   Yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau prinsip moral; atau
 
b)   Jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa penanaman, penghasilan atau apa-apa kegunaan lain varieti tanaman itu boleh mengakibatkan suatu kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar.

Nama Pengenalan Varieti Tanaman

a)   Mestilah membolehkan varieti tanaman itu dikenalpasti;
 
b)   Tidak boleh menyebabkan kekeliruan berkenaan dengan ciri tanaman tersebut;
 
c)   Hendaklah berbeza daripada nama pengenalan varieti dengan tanaman lain yang mana suatu varieti tanaman yang sedia ada terkandung dalam spesies tanaman yang sama atau dalam suatu spesies yang berhubungkait;
 
d)   Tidak boleh mempunyai nama yang membawa pengertian kualiti yang tertinggi seperti madu, best dll;
 
e)   Hendaklah dalam huruf atau gabungan huruf dan angka;
 
f)   Tidak boleh semata-mata berasaskan angka;
 
g)   Tidak boleh bercanggah dengan hak terdahulu pihak ketiga;
 
h)   Tidak bertentangan dengan kepentingan awam atau prinsip moral; dan
 
i)   Penggunaan nama tempat (GI) bagi varieti baharu adalah tidak dibenarkan kecuali bagi varieti lama yang telah terkenal dengan penamaan tersebut.

Bayaran Pendaftaran

Pendaftaran Varieti Umum Tanaman adalah PERCUMA.

Senarai Daftar Varieti

a)   Kod Daftar yang digunapakai.
 
b)   Senarai Daftar Varieti Umum Tanaman terkini boleh didapati di Portal MyPVP.

Hubungi Kami

Urus Setia Pendaftaran Varieti Umum Tanaman,
Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan,
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
Jabatan Pertanian,
Aras 7, Blok 4G2, Wisma Tani,
No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 WP Putrajaya.
 
No. Tel : 03-8870 3576 / 3586 / 3199 / 3581
Emel : plantvarietyregistration[at]doa[dot]gov[dot]my

  •  

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini561
Minggu IniMinggu Ini5472
Bulan IniBulan Ini18734
Jumlah PelawatJumlah Pelawat4610199
Jumlah Pelawat : 4610199 Tarikh Kemaskini : 16 - 10 - 2025