Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jata
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Perkhidmatan Penyiasatan dan Penilaian Tanah

PERKHIDMATAN PENYIASATAN DAN PENILAIAN TANAH

 
image

 
Pengenalan
 
Jabatan Pertanian selaku pemegang amanah (custodian) maklumat tanah negara, merupakan agensi utama yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan penyiasatan dan penilaian tanah.

 
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
 
  a) Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman
 
  Perkhidmatan ini disediakan sebagai rujukan dan dokumen sokongan yang penting bagi pembangunan projek pertanian, merangkumi pembangunan tanah, penukaran syarat tanah, laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), dokumen sokongan bagi pembiayaan daripada institusi kewangan dan kegunaan-kegunaan lain yang bersesuaian. Perkhidmatan ini merangkumi penyediaan Peta Tanah Teren dan Laporan Kesesuaian Tanah-Tanaman.
 
  b) Penyiasatan Tanah
 
  Dua (2) jenis perkhidmatan penyiasatan tanah yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:
 
  1. Penyiasatan Tanah Separa Lengkap
  2. Penyiasatan Tanah Lengkap
     
  Laporan Penyiasatan Tanah Separa Lengkap dan Lengkap merangkumi Peta Tanah Teren dan Peta Kesesuaian Tanah.

 

Jadual Kadar Fi

Kadar fi ini ditetapkan di bawah Akta Fi 1951 (Pindaan 1995) (Pemeriksaan Tanah):

NO. ITEM PERKARA KADAR (RM)
1.  Bagi setiap Pemeriksaan Tanah dan Pengesahan Kesesuaian Tanah-Tanaman
 (termasuk peta tanah teren dan laporan kesesuaian tanah-tanaman)

 a) Pengesahan tanah kawasan hutan primer atau sekunder untuk tanaman:

    –  Fi Pemprosesan
    –  Caj perkhidmatan bagi setiap hektar atau sebahagian daripadanya

 

120.00

1.50

 b) Pengesahan tanah kawasan yang telah dibersihkan dengan atau tanpa tanaman:

    –  Fi Pemprosesan
    –  Caj perkhidmatan bagi setiap hektar atau sebahagian daripadanya

 

120.00

1.00

2.  Bagi setiap Laporan Penyiasatan Tanah
 (termasuk peta tanah dan peta kesesuaian tanah)

 a) Penyiasatan tanah separa lengkap bagi tanah hutan primer dan sekunder:

    –  Fi Pemprosesan
    –  Caj perkhidmatan bagi setiap hektar atau sebahagian daripadanya

 

120.00

8.00

 b) Penyiasatan tanah separa lengkap bagi tanah yang dibersihkan dengan atau tanpa tanaman:

    –  Fi Pemprosesan
    –  Caj perkhidmatan bagi setiap hektar atau sebahagian daripadanya

 

120.00

6.00

 c) Penyiasatan tanah lengkap bagi tanah hutan primer atau sekunder:

    –  Fi Pemprosesan
    –  Caj perkhidmatan bagi setiap hektar atau sebahagian daripadanya

 

120.00

40.00

 d) Penyiasatan tanah lengkap bagi tanah yang dibersihkan dengan atau tanpa tanaman:

    –  Fi Pemprosesan
    –  Caj perkhidmatan bagi setiap hektar atau sebahagian daripadanya

 

120.00

30.00


 
Pegawai Penghubung
 
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut :
 
Nama : Encik Ahmad Nazri bin Abdullah Zawawi
No. Telefon : 03-8870 3428
No. Faks : 03-8888 4326
Emel : ahmadnazri[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
  Jabatan Pertanian,
  Aras 9, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini420
Minggu IniMinggu Ini9013
Bulan IniBulan Ini16198
Jumlah PelawatJumlah Pelawat4837388
Jumlah Pelawat : 4837388 Tarikh Kemaskini : 13 - 06 - 2026