Pendahuluan
Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk mengerakkan negara ke hadapan, kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan iaitu 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).
|
Konsep 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” untuk menyatukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Sementara itu, Rancangan Malaysia ke-10 pula akan menggembelengkan usaha untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. |
Latar Belakang
Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Pakej transformasi sosioekonomi RMKe-10 yang mengandungi 6 hala tuju strategik dirangka berteraskan Misi Nasional. Hala tuju strategik ini akan memastikan negara kembali kepada trajektori Wawasan 2020 dan menyediakan landasan yang kukuh lagi mampan bagi kesinambungan rancangan pembangunan seterusnya. Hala tuju strategik RMKe-10 adalah seperti berikut:
|
i. |
Mempergiatkan sektor swasta yang berdaya saing sebagai peneraju pertumbuhan; |
ii. |
Meningkatkan produktiviti dan inovasi melalui peralihan pantas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi); |
iii. |
Menyediakan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran abad ke-21; |
iv. |
Mengaplikasi pendekatan inklusif bagi menangani jurang pembangunan; |
v. |
Mempertingkatkan kualiti hidup setaraf dengan negara maju; dan |
vi. |
Meningkatkan peranan kerajaan sebagai pemudah cara yang efektif dan berintegriti.
|
Perancangan dan pelaksanaan RMKe-10 akan diasaskan kepada pendekatan berasaskan Outcome sebagai kesinambungan usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020 bersandarkan teras utama Misi Nasional dan konsep 1Malaysia. |
Strategi Pembangunan Projek Pertanian
RMKe-10 digubal berdasarkan kepada Dasar Agro Makanan dengan objektif:
|
i. |
Menjamin bekalan makanan mencukupi untuk negara; dan |
ii. |
Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar.
|
Bagi mencapai objektif Dasar Agro Makanan, beberapa strategi dirangka seperti berikut:
|
i. |
Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti |
|
Pengeluaran dan produktiviti akan dipertingkatkan melalui peningkatan produktiviti tanah secara optimum dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan pengurusan pengeluaran hasil secara pengurusan berpusat. Kawasan pengeluaran yang telah dikenalpasti akan dizonkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan disamping menggalakkan sistem integrasi tanaman dengan tanaman ladang seperti kelapa sawit dan getah.
|
ii. |
Meningkatkan Amalan Pertanian Baik |
|
Untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian, Jabatan Pertanian akan terus melaksanakan beberapa Amalan Pertanian Baik seperti Skim Organik Malaysia dan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia. Antara kaedah yang digunakan adalah penggunaan mikroorganisma berfaedah, pengurusan perosak bersepadu dan kitar semula bahan-bahan buangan pertanian seperti jerami untuk dijadikan kompos.
|
iii. |
Pengukuhan rantaian agro makanan |
|
Sistem rantaian bekalan makanan akan diperkukuhkan dengan penglibatan Kerajaan, pihak swasta serta pengusaha melalui pembangunan kluster bagi menghubungkan pengeluaran dan permintaan pemasaran, meningkatkan aktiviti tambah nilai serta penggredan dan pemasaran. Bagi melancarkan pelaksanaan sistem rantaian bekalan, sistem penjejakan agro makanan dari ladang ke pengguna (traceability) telah diwujudkan bagi memastikan aspek HALAL.
|
iv. |
Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran industri asas tani |
|
Produktiviti dan pengeluaran Industri Asas Tani akan dipertingkatkan melalui pengamalan amalan pengilangan baik seperti GMP dan HACCP, akreditasi halal, meningkatkan mutu pembungkusan, pelabelan, promosi, pemasaran dan penjenamaan serta memenuhi citarasa pengguna. Industri Asas Tani juga akan dibangunkan secara kluster seperti program satu daerah satu industri.
|
v. |
Pembangunan sumber manusia |
|
Untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran pegawai, belia, usahawan dan pengusaha, Jabatan Pertanian telah merangka untuk melaksanakan beberapa projek iaitu Pembangunan Modal Insan (memberi latihan, kursus dan seminar kepada pegawai), Latihan Sijil Pertanian, Pusat Pengembangan Teknologi Pertanian dan Bimbingan Usahawan.
|
Secara umumnya Jabatan Pertanian akan terus melaksanakan program-program utama Jabatan dalam RMKe-10 (Tahun 2015). Program-program tersebut adalah seperti berikut:
|
i. |
Program penggalakan penggunaan teknologi dan merangsang kreativiti & inovasi sub-sektor Agro makanan |
|
- Projek Pakej Amalan Teknologi Tanaman Buah-buahan
- Projek Pakej Amalan Teknologi Sayur-sayuran dan Tanaman Kontan
- Projek Pakej Amalan Teknologi Florikultur
- Projek Pembangunan Industri Cendawan
- Projek Pakej Amalan Teknologi Lebah Madu
- Projek Pembangunan Kluster Tanaman
- Projek Pembangunan Pertanian Bandar
|
ii. |
Program peningkatan pengeluaran & pemprosesan makanan |
|
- Projek Bantuan Bagi Peningkatan Pengeluaran Sayur-Sayuran
- Projek Pembangunan Tanah Terbiar (ACDA)
- Projek Ekonomi Gantian Tembakau (PEGT)
- Projek Fertigasi Rakyat
- Projek Pembangunan Kawasan Kelapa
|
iii. |
Program Khidmat Sokongan Teknikal |
|
- Projek Pembinaan Pejabat Komoditi Lundang, Kota Bahru
- Projek Pembinaan Makmal Diagnostik Bersepadu Wilayah Timur Di Besut, Terengganu
- Projek Pengawalan Perosak Tanaman Pertanian
- Latihan Petani
|
Jumlah peruntukan pembangunan yang diluluskan kepada Jabatan bagi tahun 2015 ialah RM 23,500,000 manakala RM 85,932,330 bagi peruntukan NKEA Agriculture EPP1 Dan EPP7. |
Fokus Pelaksanaan Projek
Fokus Jabatan Pertanian dalam melaksanakan projek-projek RMKe-10 adalah pembangunan projek bersifat 'people centric' dan pemindahan teknologi melalui Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) seperti Pakej Amalan Teknologi Padi, Buah-buahan, Sayur-sayuran dan Tanaman Kontan, Kelapa, Florikultur, produk bernilai tinggi seperti Herba, Rempah Ratus dan Cendawan.
|
Di samping itu, Jabatan juga memberi tumpuan kepada projek khidmat sokongan pengembangan dari segi pengurusan tanah, kejuruteraan pertanian, analisis dan pengurusan perosak serta diagnostik perosak tanaman dan projek sambungan seperti pembinaan Makmal Diagnostik Bersepadu di Besut. |
Pendekatan Pelaksanaan Projek
Kekangan peruntukan dalam tempoh Tahun 2011-2012 dan bilangan kakitangan Jabatan seramai 7,300 orang; suatu pendekatan pelaksanaan yang menyeluruh dan bersepadu perlu dirangka untuk menghasilkan suatu outcome yang cemerlang. Diantara pendekatan pelaksanaan projek RMKe-10 adalah seperti berikut:
|
i. |
Perancangan pelaksanaan secara bersepadu dan fokus kepada ‘people centric’ |
|
Perancangan perlu dibuat secara menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek teknikal dan pengurusan. Perancangan juga perlu dibuat secara bersepadu melibatkan semua Bahagian berkaitan. Projek yang dirancang merupakan projek Jabatan Pertanian bukan projek Bahagian-Bahagian dengan fokus kepada ‘people centric’.
|
ii. |
Pemindahan teknologi secara pakej |
|
Pemindahan teknologi secara pakej perlu dilaksanakan bagi pembangunan tanaman yang dikenalpasti samada di kawasan sediada ataupun kawasan baru. Teknologi yang ditawarkan meliputi input-input pertanian, pengurusan tanah, tanaman, perosak, pengendalian lepas tuai, pemprosesan dan pemasaran yang melibatkan beberapa bahagian di Jabatan Pertanian perlu disepadukan bagi memastikan projek berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu peningkatan produktiviti dan pengeluaran. Teknologi yang ditawarkan selaras dengan pendekatan berasaskan rantaian nilai bagi meningkatkan daya saing dan kemampan sektor.
|
iii. |
Fokus kawasan pengeluaran mengikut komoditi terpilih berasaskan pendekatan kluster |
|
Kawasan pengeluaran tanaman akan ditumpukan kepada menaiktaraf kawasan sediada untuk meningkatkan potensi hasil projek berkenaan. Kawasan pengeluaran baru yang dikenalpasti pula akan dibangunkan sebagai satu kluster bagi memastikan peruntukan yang terhad digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat projek yang dilaksanakan oleh Jabatan. Pembahagian peruntukan akan dilaksanakan mengikut pembangunan kluster tanaman yang dikenalpasti selaras dengan Dasar Agro Makanan. Komoditi buah-buahan terpilih untuk eksport adalah nanas, belimbing, betik, nangka, pisang dan tembikai, buah-buahan terpilih untuk eksport jangka masa panjang adalah durian (sejuk beku), rambutan dan manggis serta buah-buahan terpilih untuk pemprosesan adalah nanas, nangka dan durian (sejuk beku). Komoditi sayur-sayuran terpilih adalah cili, tomato, jagung dan sayuran daun.
|
iv. |
Jaminan keselamatan makanan |
|
Bagi menjamin keselamatan dan kualiti hasil, Jabatan Pertanian akan terus melaksanakan khidmat regulatori dan penguatkuasaan akta-akta pertanian untuk memastikan industri sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab bagi meminimumkan impak negatif ke atas pengguna, haiwan dan alam sekitar. Selain itu, Jabatan Pertanian akan memberi perkhidmatan analisis sisabaki racun perosak bagi menyokong usaha-usaha ke arah Amalan Pertanian Baik. Untuk meningkatkan perdagangan global, Jabatan Pertanian akan memastikan pengeksport mematuhi peraturan antarabangsa mengenai keperluan SPS.
|
|
Jabatan Pertanian juga menguatkuasakan Akta Perlindungan Varieti Tanaman untuk memberi perlindungan hak pembiakbaka bagi varieti baru dan pengiktirafan ke atas sumbangan petani, masyarakat tempatan dan peribumi.
|
v. |
Pembangunan modal insan |
|
Jabatan Pertanian akan memberi pelbagai jenis latihan dan kursus secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kepakaran pegawai bagi memastikan pemindahan teknologi dapat disampaikan kepada golongan sasar dengan berkesan supaya dapat mencapai matlamat peningkatan produktiviti, pengeluaran dan pendapatan golongan sasar. Di samping itu, Jabatan juga menggalakkan kerjasama dengan industri untuk meningkatkan kemahiran perniagaan tani pegawai melalui sandaran (attachment) dengan pihak industri. |
Transformasi Peranan Jabatan Pertanian Dalam Pembangunan Industri Pertanian
Peranan Jabatan Pertanian dalam pembangunan industri pertanian adalah berorientasikan kepada pemindahan teknologi dengan memberi insentif amalan teknologi kepada pengusaha. Transformasi peranan Jabatan adalah seperti ditunjukkan dalam gambahrajah di bawah:
|
 |
Kesimpulan
Dengan peruntukan RMKe-10 yang lebih kecil berbanding RMKe-9, pelaksanaan projek Jabatan perlu difokuskan mengikut keutamaan bagi mencapai matlamat peningkatan produktiviti, pengeluaran dan pendapatan golongan sasar. Kejayaan pelaksanaan projek dalam dua (2) tahun tersebut akan menjadi pengukur kepada permohonan peruntukan pada tahun 2013 – 2015. |
Garis Panduan Pertama Penyediaan Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 - 2015 Garis Panduan Kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 - 2012 Rujukan
- Buku Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Tahun 2011 - 2015, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jun 2010
- Buku Draf Kedua Dasar Agro Makanan (2011-2020), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Julai 2009
- Garis Panduan Pertama : Penyediaan Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 - 2015 : Prospek Ekonomi dan Hala Tuju Strategik, 2009
- Garis Panduan Kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh: Penyediaan Pelan Pelaburan Sektor Awam (2011 - 2012), 2009
- Model Ekonomi Baru Untuk Malaysia : Ringkasan Eksekutif, Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Mac 2010
- Program Transformasi Kerajaan : Pelan Hala Tuju - Ringkasan Eksekutif, Jabatan Perdana Menteri, Januari 2010
|
|