Maklumat Pendaftaran Direktori Pakar Industri Negara (DPIN)
DIREKTORI PAKAR INDUSTRI NEGARA (DPIN)
|

|
Pengenalan
DPIN adalah satu kumpulan data yang mendaftarkan Personal yang mempunyai kepakaran dan kemahiran di dalam National Occupational Skills Standard (NOSS). Melalui DPIN, Pakar akan didaftarkan dalam SALAH SATU kategori sahaja iaitu sama ada sebagai Pakar Industri (PIND) atau Pakar Pengajar (PAJAR).
|
Direktori ini diselaras oleh Unit Pentauliahan Personel & Pakar, Program Kelayakan Kekompetenan, CIAST di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). |
Kriteria Pendaftaran
Kriteria Umum
- Warganegara Malaysia
- Pengalaman kerja / mengajar dalam bidang kemahiran yang berkaitan melebihi 10 tahun
|
Kriteria Khusus
Pakar Industri (PIND)
|
Memenuhi sekurang-kurangnya satu (1) daripada kriteria berikut :
- Pakar Rujuk (Pengesahan Majikan / Badan-badan Pengiktirafan)
- Pereka sesuatu produk bernilai komersial
- Diiktiraf Badan Profesional yang diiktiraf Kerajaan Malaysia
- Diiktiraf oleh agensi kerajaan tertentu
- Diperaku oleh Badan Penguatkuasa; atau
- Memenangi mana-mana pertandingan kemahiran / rekacipta (kebangsaan / antarabangsa)
|
Pakar Pengajar (PAJAR)
|
Memenuhi sekurang-kurangnya satu (1) daripada kriteria berikut :
- Memiliki SKM = T3 (kecuali I-031-3/4/5 & T-010-3)
- Diiktiraf Badan Profesional yang diiktiraf Kerajaan Malaysia
- Memiliki Lesen dari Badan Pelesenan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
- Diiktiraf oleh agensi kerajaan tertentu
- Diperakukan oleh Badan Penguatkuasa tertentu; atau
- Memenangi mana-mana pertandingan kemahiran / rekacipta (kebangsaan / antarabangsa)
|
|
Faedah / Manfaat Setelah Didaftarkan Sebagai Pakar Industri (PIND)
Faedah Kepada Individu
- Diiktiraf sebagai Pakar Industri Negara.
- Diiktiraf sebagai Pakar Rujuk dalam bidang kepakaran masing-masing dan dilibatkan dalam perbincangan dan pembangunan Standard Pekerjaan Kemahiran Kebangsaan.
- Peluang untuk dilantik oleh JPK sebagai Pegawai Pengesah Luaran Bidang Berkaitan.
- Peluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang berkaitan agenda Mengarusperdanakan Latihan Kemahiran negara.
- Mewujudkan jaringan kerja antara industri dengan pihak kerajaan.
|
Faedah Kepada Organisasi
- Berpeluang untuk menyumbang kepakaran bagi melahirkan pekerja yang relevan dan kompeten dengan keperluan pasaran.
- Berpeluang menghasilkan keperluan latihan yang menepati kompetensi piawaian industri.
- Berpeluang meluas dan mengembangkan peluang perniagaan (Business Venture).
- Peluang untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang berkaitan agenda Mengarusperdanakan Latihan Kemahiran negara.
- Mewujudkan jaringan kerja antara industri dengan pihak kerajaan.
|
Faedah Kepada Negara
- Dapat mengukuhkan kekuatan sumber pakar dalam negara.
- Menggalakkan dan menarik minat pelabur-pelabur asing.
- Menentukan halatuju pembangunan sumber manusia.
|
|
Personel Lantikan JPK
Setelah didaftarkan sebagai PIND / PAJAR, JPK mempelawa tuan / puan untuk membantu Jabatan di dalam pelaksanaan latihan kemahiran dengan menjadi Personel Lantikan JPK. Pakar yang memenuhi syarat tambahan layak memohon untuk diperakukan sebagai :
|
Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
- Telah mendapat pengiktirafan PIND / PAJAR
- Lulus kursus induksi PP / PPD / PPB
- Lulus kursus induksi PPL; dan
- SKM / DKM / DLKM program berkaitan / bidang diiktiraf
|
Pegawai Penilai - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)
- Telah mendapat pengiktirafan PIND / PAJAR
- Lulus kursus induksi PP-PPT; dan
- SKM / DKM / DLKM program berkaitan / bidang diiktiraf
|
Pegawai Pengesah Luaran - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)
- Telah mendapat pengiktirafan PIND / PAJAR
- Telah diperaku sebagai PP-PPT
- Pengalaman sebagai PP-PPT ≥ 2 tahun; dan
- Penilaian portfolio PPT ≥ 30 portfolio
|
Pegawai Pengesah Luaran - Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)
- Telah mendapat pengiktirafan PIND / PAJAR
- Lulus kursus induksi PPL* / PPL-SLDN
- SKM / DKM / DLKM program berkaitan / kelayakan diiktiraf
|
Pegawai Pengesah Luaran - Pegawai Latihan Vokasional (PPL-PLV)
- Telah mendapat pengiktirafan PIND / PAJAR
- Lulus kursus induksi PP / PPD / PB
- Lulus kursus induksi PPL / PLV; dan
- Memiliki salah satu (1) kriteria berikut :
- Sijil VTO
- Pengalaman mengajar VTO ≥ 2 tahun
- Pengalaman mengajar kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun
|
Dual System Expert (DSE)
- Telah mendapat pengiktirafan PIND / PAJAR
- Berumur ≥ 35 tahun
- Berjawatan ≥ peringkat penyeliaan
- Lulus kursus induksi DSE
|
|
*Nota :
- Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh tiga (3) tahun selepas kursus untuk tujuan PERAKUAN PERTAMA jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
- Sekiranya peserta kursus tidak pernah diperaku selepas tempoh tiga (3) tahun, Sijil Induksi berkenaan tidak sah untuk perakuan dan peserta perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.
|
|