Bahasa : Melayu | English
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi_field.jpg
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
   
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN 
 
Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman

Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan

PERLINDUNGAN VARIETI TUMBUHAN MALAYSIA

Hak Pembiakbaka Tumbuhan juga dipanggil Perlindungan Varieti Tumbuhan (PVP), adalah satu bentuk Hak Harta Intelek (IPR). Ia adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pembiakbaka varieti baru untuk mengeksploitasi jenis dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan paten untuk ciptaan perindustrian. Kedua-dua bentuk geran perlindungan kepada pemegang merupakan satu bentuk hak eksklusif untuk meneruskan aktiviti yang inovatif.

PVP juga boleh dibandingkan dengan hak cipta, kerana PVP membolehkan pengeluaran semula (menyalin) varieti tumbuhan yang dilindungi dihalang oleh pemilik varieti yang dilindungi tersebut. PVP adalah sui generis (unik dalam sifatnya) dimana bentuk perlindungan disesuaikan untuk tujuan perlindungan varieti baru tumbuhan. Ia mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama dengan IPR lain tetapi pada masa yang sama, mempunyai perbezaan kepada perkara-perkara asas.

Sejak abad ke-19 awal, dalam bidang pertanian dan perhutanan, pengenalan varieti baru merupakan komponen penting untuk menjaga dan mengekalkan produktiviti tumbuhan yang baik dan tinggi serta berkualiti. Varieti baru sentiasa dibiakkan untuk hasil yang lebih tinggi, untuk ciri-ciri agronomi yang baik seperti rasa, untuk rintangan terhadap perosak atau penyakit, untuk toleransi kepada kemasinan atau keadaan kemarau dan lain-lain.

Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan PVP untuk pembangunan negara. Malaysia, yang merupakan ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan menandatangani Perjanjian TRIPS, di bawah Perkara 27.3 (b) menyatakan bahawa negara anggota hendaklah mengadakan peruntukan bagi perlindungan varieti tumbuhan melalui paten atau sistem sui generis yang berkesan atau oleh mana-mana kombinasi peraturan tersebut. Oleh itu, Malaysia mampu memenuhi obligasinya bagi Perkara 27.3 (b) bagi Perjanjian TRIPS dengan pengenalan undang-undang PVP ini.

Dengan undang-undang PVP, penanam berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mempunyai akses kepada varieti baru dan lebih baik untuk penanaman secara komersial. Penanam bunga iklim sederhana di Malaysia, sebagai contoh, menghadapi masalah untuk mendapatkan varieti baru dari Belanda dan negara-negara lain. Hak kepada bahan tumbuhan yang dituai merumitkan lagi isu ini. Matlamat Akta ini adalah untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan hak pembiak varieti baru tumbuhan, dan pengiktirafan serta perlindungan ke atas sumbangan yang dibuat oleh petani, masyarakat tempatan dan pribumi terhadap pewujudan varieti baru tumbuhan; untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam pembiakbakaan varieti baru tumbuhan dalam sektor awam dan swasta; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

Jabatan Pertanian (DOA) telah mendaftar klon buah-buahan sejak awal tahun 1930-an dan secara rasmi menjadi Pendaftar Kebangsaan Varieti pada tahun 1994 oleh Kementerian Pertanian. Tanggungjawab dalam melaksanakan PNPV Akta 2004 telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Pertanian Malaysia.
 
Akta PNPV adalah pan-Malaysia secara umum, yang terpakai kepada semua tumbuh-tumbuhan tetapi tidak termasuk mikroorganisma. Perlindungan IPR varieti baru diberikan melalui proses pendaftaran berdasarkan pengesahan ciri-ciri tumbuhan yang membezakannya daripada varieti lain

Di bawah Akta PNPV ini, skop hak pembiak baka yang meliputi tindakan yang dijalankan secara komersial termasuk mengeluarkan atau menghasilkan semula, penyediaan untuk tujuan penyebaran, menawarkan untuk jualan, pemasaran, mengeksport, mengimport dan menyimpan bahan untuk aktiviti-aktiviti awal. Oleh itu, perlakuan yang tidak dibenarkan daripada akta ini akan merupakan pelanggaran hak di bawah undang-undang PNPV.

Walau bagaimanapun, terdapat had kepada hak pembiak baka di bawah Akta ini. Had ini termasuk apa-apa perbuatan yang dilakukan secara peribadi atas dasar bukan komersial atau bagi maksud uji kaji atau apa-apa perbuatan yang dilakukan bagi tujuan pembiakan varieti tumbuhan lain, pembiakan oleh petani kecil yang menggunakan bahan tuaian varieti tumbuhan berdaftar yang ditanam oleh mereka sendiri, pertukaran jumlah yang munasabah bahan pembiakan di kalangan petani kecil dan penjualan biji benih dari ladang sendiri dalam keadaan di mana bukan penggunaan adalah di luar kawalan petani.

Individu yang boleh memohon untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka adalah pembiak baka, majikan pembiak baka itu, pewaris dalam hak milik pembiak baka itu, seorang petani atau sekumpulan petani, masyarakat tempatan atau pribumi yang telah menjalankan fungsi pembiak baka dan mana-mana badan kerajaan atau badan berkanun yang telah menjalankan fungsi pembiak baka. Walau bagaimanapun, jika tempat bermastautin biasa pemohon atau tempat utama perniagaan di luar Malaysia atau jika pemohon merupakan sekumpulan petani, pemohon perlu melantik ejen yang bermastautin atau yang mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia. Selain itu, jika pemohon adalah masyarakat tempatan atau seorang pribumi, pihak berkuasa yang mewakili masyarakat tempatan atau pribumi itu hendaklah menjadi ejen.

Varieti tumbuhan adalah baru jika pada tarikh pemfailan permohonan untuk pendaftaran dan pemberian hak pembiakan atau bahan tuaian pembiak baka tidak dijual atau dilupuskan secara komersial oleh atau dengan persetujuan pembiak baka itu lebih awal daripada satu tahun dalam Malaysia, dan di negara-negara lain, adalah lebih awal daripada enam tahun bagi pokok dan tumbuhan menjalar dan lebih awal daripada empat tahun bagi varieti tumbuhan lain.

Selain daripada Prosedur dan Syarat bagi Permohonan Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka, Hak, Had dan Tugas Pemegang, Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (PNPV) 2004 memperuntukkan :
  1. Menubuhkan dan menguruskan Lembaga Varieti Tumbuhan Malaysia untuk mentadbir kebenaran keseluruhan hak pembiak baka;
  2. Pengeluaran lesen wajib;
  3. Ketidaksahan, pembatalan, penyerahan dan penyerahhakan atau pemindahan hak;
  4. Penubuhan Lembaga Rayuan untuk mendengar rayuan daripada pihak yang teraniaya;
  5. Pelanggaran dan proses bagi tuntutan untuk ganti rugi;
  6. Kesalahan dan penalti; dan 
  7. Penguatkuasaan dan penyiasatan

Maklumat Lanjut - http://pvpbkkt.doa.gov.my/

 



Kemaskini pada 2021-10-30 15:10:20 daripada Aiza Admin

  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Kementerian Pertanian & Industri Makanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perikanan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  
  •   Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Agrobank Taman Botani Negara Shah Alam MyGovernment  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 3684720 KEMASKINI TERAKHIR : 30-05-2023 JUMLAH PELAWAT : 3684720 KEMASKINI TERAKHIR : 30-05-2023
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my