Bahasa : Melayu | English
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi_field.jpg
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
   
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN 
 
Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman

Skim Pengesahan Bahan Tanaman

SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN

 


 

Pengenalan

"SERTAILAH SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN UNTUK MENJADI PENGELUAR BAHAN TANAMAN TULEN DAN BERKUALITI"
 
Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman diperaku, menjamin ketulenan baka dan kualitinya. Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).
 
Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa kompeten akan memperakukan anak benih klon buah-buahan yang memenuhi standard ditetapkan. Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap nurseri tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperaku. SPBT terbuka kepada pengusaha nurseri tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Faedah

Pengusaha nurseri tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah berikut :
 
  • Berpeluang menjadi pembekal bahan tanaman untuk projek pertanian dibawah Jabatan/Agensi Kerajaan;
     
  • Bahan tanaman yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian dapat meningkatkan keyakinan pembeli terhadap ketulenan varieti tanaman;
     
  • Jabatan Pertanian membantu mempromosikan nurseri tanaman yang  menyertai SPBT melalui pameran dan Portal Rasmi Jabatan Pertanian;
     
  • Menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai Jabatan Pertanian.

Cara Menyertai SPBT

Pengusaha nurseri tanaman perlu mendaftar sebagai peserta skim dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dengan memuat turun dari ABK 1 atau di alamat Urusetia Skim Pengesahan Bahan Tanaman, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, Wisma Tani Aras 7, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4, 62624 Putrajaya.
 
Selepas menjadi Peserta Skim, pengusaha nurseri tanaman boleh memohon perakuan bahan tanaman mengikut jenis pengeluaran bagi jenis varieti tanaman yang terdapat dalam Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT. Jenis pengeluaran dan Senarai Varieti Tanaman untuk pengesahan SPBT sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa. Terkini, Nurseri bolehlah memohon pengesahan untuk pengeluaran bahan tanaman seperti berikut : Pengeluaran Anak Benih Klon Buah-buahan
 

Nurseri Berdaftar Sebagai Peserta Skim

Penerbitan

Hubungi Kami

Urus Setia,
Skim Pengesahan Bahan Tanaman,
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
 
No. Telefon : 03-8870 3448 / 3570 / 3578
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : spbtbkkt[at]doa[dot]gov[dot]my



  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Kementerian Pertanian & Industri Makanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perikanan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  
  •   Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Agrobank Taman Botani Negara Shah Alam MyGovernment  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 3684720 KEMASKINI TERAKHIR : 30-05-2023 JUMLAH PELAWAT : 3684720 KEMASKINI TERAKHIR : 30-05-2023
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my