Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (MPCA)
SKIM PERAKUAN PENSIJILAN FITOSANITASI MALAYSIA (MPCA)
|

|
Pengenalan
Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (MPCA) diwujudkan untuk memberi kemudahan pengeluaran Sijil Fitosanitasi kepada pengeksport dengan menjalankan langkah fitosanitasi, mengamalkan sistem pengurusan kualiti yang baik dan mengikut semua keperluan skim MPCA. Skim terbuka kepada pemilik ladang/nurseri, pusat pembungkusan dan kilang yang mengeksport tumbuhan dan produk tumbuhan. |
Skop
Permohonan untuk mendapatkan akreditasi ini adalah terbuka kepada pemilik ladang/nurseri, pusat pembungkusan dan kilang yang mengeksport tumbuhan dan produk tumbuhan. Skim MPCA sehingga kini hanya melibatkan pengeksportan bahan pertanian yang berisiko rendah. Pemohon hendaklah melaksanakan semua keperluan skim bagi melayakkan penyertaan.
|
Proses pensijilan melibatkan audit pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT). |
Syarat Permohonan
- Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan dari Agensi Kerajaan yang lain;
- Pemohon adalah pengeksport tumbuhan dan produk tumbuhan yang aktif;
- Konsainan yang dieksport tidak dikategorikan sebagai konsainan yang berisiko tinggi mempunyai perosak dan penyakit. Kelayakan penyertaan boleh disemak dengan pihak sekretariat;
- Pemohon mempunyai organisasi yang tersusun, pekerja yang mencukupi, menyediakan premis pemprosesan/pembungkusan yang menepati keperluan Skim dan mempunyai sumber kewangan untuk persediaan dalam memenuhi keperluan Skim; dan
- Pemohon perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.
|
Kos Akreditasi MPCA
Semua perkhidmatan diberi percuma. |
Proses Permohonan
Pemohon hendaklah memuat turun Borang MPCA 1 dan menghantar borang yang telah dilengkapkan kepada Urusetia. |
Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku Skim MPCA adalah selama dua (2) tahun. Audit pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali ke atas premis terbabit. |
Pembaharuan Skim MPCA
Permohonan pembaharuan Skim MPCA perlu dilakukan (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil. |
Hubungi Kami
Urus Setia Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (MPCA),
Seksyen Akreditasi dan Fasilitasi Eksport,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan,
Jabatan Pertanian,
Tingkat 1-3, Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.
|
No. Tel : 03-2030 1400
No. Faks : 03-2691 3530
Emel : myskim[dot]doa[at]doa[dot]gov[dot]my / myskim[dot]doa[at]gmail[dot]com |
Dokumen Rujukan
Sila muat turun keterangan di bawah untuk rujukan :
|
|
|