Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Bahagian ini memainkan tiga (3) peranan utama dalam memperkasakan petani/usahawan seterusnya membangunkan sektor pertanian di Malaysia:
|
i. |
Melaksanakan tugas pemindahan dan penerapan teknologi pertanian terkini di sepanjang rantaian nilai kepada kumpulan sasar mengikut keperluan, peringkat aktiviti dan keadaan setempat;
|
ii. |
Bertanggungjawab melahir dan membangunkan usahawan baru/pelapis serta membimbing usahawan sedia ada untuk mengembangkan perniagaan dalam sektor industri asas tani; dan
|
iii. |
Menyediakan khidmat sokongan dalam menggalakkan lebih ramai pelabur-pelabur swasta supaya terlibat dengan sektor pertanian.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Encik Mohd Hafizul Bin Husin |
No. Telefon |
: 03-8870 3552 |
No. Faks |
: 03-8870 3377 |
Emel |
: hafizul[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah
Jabatan Pertanian telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai pemegang amanah bagi maklumat siasatan tanah dan guna tanah Semenanjung Malaysia. Segala maklumat tersebut diurus dalam satu repositori yang turut menyimpan maklumat berkaitan pemuliharaan dan kesuburan tanah serta data berkaitan sumber tanah bagi Semenanjung Malaysia oleh Bahagian ini. Maklumat yang telah dikemaskini disediakan dalam bentuk peta dan juga dokumen geospatial yang boleh dibeli dengan terma dan syarat.
|
Bahagian ini juga memberi khidmat perundingan kepakaran teknikal untuk kesesuaian tanah, pemuliharaan tanah bagi tanah bermasalah, kawasan sensitif alam sekitar termasuk tanah bercerun dan kesan perubahan cuaca serta khidmat perundingan pengurusan kesuburan tanah. Bahagian ini juga menyedia khidmat analisis makmal sampel tanah, air, baja, daun dan hasil ladang serta memantau dan mengawal kualiti baja subsidi padi kebangsaan.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Puan Nur Zaitasha Binti Mahmudin |
No. Telefon |
: 03-8870 3492 |
No. Faks |
: 03-8888 4326 |
Emel |
: zaitasha[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah
Aras 9, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
Padi, Tanaman Industri dan Florikultur
Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur terdiri daripada tiga (3) Seksyen iaitu :
|
i. |
Seksyen Padi; |
ii. |
Seksyen Tanaman Industri dan Komoditi Berpotensi; dan |
iii. |
Seksyen Florikultur.
|

|
Antara fungsi-fungsi utama Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur adalah seperti berikut :
|
i. |
Menggalakkan pembangunan tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi serta florikultur bagi memenuhi matlamat Dasar Pertanian Negara;
|
ii. |
Membangunkan pakej teknologi dan sistem pengurusan ladang bagi tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur;
|
iii. |
Meningkatkan kemahiran agen pengembangan dalam aspek tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur melalui latihan teknikal;
|
iv. |
Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam teknologi pengeluaran tanaman dan pengurusan ladang;
|
v. |
Mengeluar dan membekalkan benih berkualiti dari varieti unggul (superior) bagi tujuan penanaman; dan
|
vi. |
Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi dalam pengeluaran benih padi sah.
|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Cik Umi Jainab Binti Mohamad Supaih |
No. Telefon |
: 03-8870 3278 |
No. Faks |
: 03-8888 9295 |
Emel |
: umi_jainab[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur
Aras 12, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
Hortikultur
Bahagian Hortikultur adalah salah satu daripada bahagian yang ditubuhkan di Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.
|
Peranan utama Bahagian Hortikultur ialah membangunkan industri buah-buahan, sayur-sayuran & tanaman kontan yang merangkumi aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemindahan teknologi pertanian, pengesyoran varieti tanaman, penyimpanan janaplasma buah-buahan & buah nadir, pembiakan benih tanaman terpilih, penyelenggaraan koleksi atau repositori klon buah-buahan berdaftar, pembangunan pusat kecemerlangan pertanian, perkhidmatan rundingan teknikal dan khidmat nasihat pemasaran kepada pelanggan. Bahagian ini terdiri daripada tiga seksyen iaitu Seksyen Pembangunan Industri, Seksyen Pembangunan Teknologi dan Seksyen Pembangunan Pusat Agroteknologi.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Puan Nur Azlinda Binti Zainal Arif |
No. Telefon |
: 03-8870 3477 |
No. Faks |
: 03-8888 8319 |
Emel |
: nurazlinda[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Hortikultur
Aras 10, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
Biosekuriti Tumbuhan
Bahagian ini melindungi sektor pertanian negara daripada serangan dan kemerebakan penyakit dan perosak melalui khidmat perundingan serta kepakaran dan program-program kawalan dalam bidang perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan.
|
Selain daripada itu, Bahagian ini juga menjaga keselamatan pertanian dan melindungi Negara daripada perosak asing melalui perlaksanaan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 serta penguatkuasaan Akta Kastam dan CITES untuk menjaga kepentingan Negara supaya bahan tumbuhan dan janaplasma yang bernilai tinggi dari segi genetik dan komersil tidak keluar dari negara.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Puan Muhaida Binti Mohamad |
No. Telefon |
: 03-2697 7214 |
No. Faks |
: 03-2691 3550 |
Emel |
: muhaida[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
Tingkat 1-3, Wisma Tani Jln Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur. |
Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Bahagian ini merupakan Urus Setia Direktorat kepada Jabatan Pertanian yang bertanggungjawab kepada pihak pengurusan atasan dari segi menyelaras perancangan program/projek dan penyediaan anggaran Belanjawan Pembangunan tahunan Jabatan. Bahagian ini turut memantau dan menilai prestasi perbelanjaan dan fizikal program/projek yang dilaksanakan di peringkat negeri supaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
|
Selain itu, Bahagian ini juga terlibat dalam perancangan dan pemantauan pelaksanaan projek Pembangunan Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian (ACDA), projek Pembangunan Pertanian Kawasan termasuk pertanian moden dan Pembangunan Tanah Terbiar serta Projek Dasar Agromakanan Negara (DAN).
|
Bahagian ini berusaha ke arah memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi terkini dengan merancang dan menyelenggara sistem pangkalan data bagi tujuan penyediaan dan pembekalan maklumat pertanian yang tepat.
|
Penglibatan Bahagian ini dalam menyelaras aktiviti-aktiviti antarabangsa merangkumi kerjasama teknikal dan ekonomi turut diketengahkan di samping menguruskan hal ehwal pentadbiran dan sistem kewangan.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Puan Rafidah Binti Ibrahim |
No. Telefon |
: 03-8870 3079 |
No. Faks |
: 03-8888 4775 |
Emel |
: rafidah[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Aras 14-17, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
Kawalan Racun Perosak
Bahagian Kawalan Racun Perosak merupakan sebuah bahagian teknikal yang bertanggungjawab dalam melaksana dan menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Bahagian ini terlibat di dalam mengawal mutu, keberkesanan dan kesan negatif racun makhluk perosak yang diimport dan dikilang di negara ini melalui skim pendaftaran. Manakala permit import digunakan bagi racun makhluk perosak tidak berdaftar bagi tujuan pelajaran dan penyelidikan. Premis-premis yang terlibat dengan aktiviti penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak pula dikawal melalui pelesenan premis.
|
Bahagian ini juga bertanggungjawab di dalam mengawal pengendalian dan pengunaan racun makhluk perosak, mengawal penggunaan racun makhluk perosak amat berbisa serta mengawal pelabelan dan pengiklanan sesuatu racun makhluk perosak. Hasil daripada aktiviti pendaftaran racun makhluk perosak bahagian ini bertanggungjawab menjalankan aktiviti selepas pendaftaran yang melibatkan penguatkuasaan, pengesanan residu racun makhluk perosak dalam hasil tanaman dan alam sekitar. Selain itu, bahagian ini bertindak sebagai agensi penyelaras dalam hal-hal berkaitan racun makhluk perosak diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Encik Baharuddin Bin Basri |
No. Telefon |
: 03-2030 1400 |
No. Faks |
: 03-2691 7551 |
Emel |
: baharuddinb[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Kawalan Racun Perosak
Tingkat 4-6, Wisma Tani Jln Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur. |
Kawalan Kualiti Tanaman
Bahagian ini merupakan bahagian utama yang bertindak mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) dan juga ladang-ladang yang menggunakan kaedah organik sepenuhnya bagi memastikan hasil pertanian yang dikeluarkan adalah selamat dimakan dan berkualiti disamping mengamalkan sistem pertanian yang memelihara alam sekitar, serta mengutamakan keselamatan dan kebajikan pekerja melalui Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic). Selain itu, Bahagian ini juga turut bertindak memperakukan bahan tanaman tulen yang dikeluarkan oleh pengeluar benih tanaman berdasarkan spesifikasi standard bahan tanaman yang ditetapkan melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman. Bahagian juga bertanggungjawab melaksanakan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 bagi menilai dan menerima pendaftaran serta memberi hak perlindungan ke atas varieti baru tumbuhan yang dibangunkan oleh pembiak baka di Malaysia. (Sila layari http://pvpbkkt.doa.gov.my bagi maklumat varieti baru tumbuhan)
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Puan Dayang Mazadah Binti Awang Danen |
No. Telefon |
: 03-8870 3587 |
No. Faks |
: 03-8870 7639 |
Emel |
: dygmazadah[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
Kejuruteraan Pertanian
Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP) bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan teknikal dalam bidang kejuruteraan pertanian bagi mempercepatkan transformasi sektor pertanian dalam bidang mekanisasi dan automasi ladang. Pejabat BKP terletak di Kompleks Pertanian Serdang, Selangor dan mempunyai tiga (3) seksyen utama iaitu Seksyen Kejuruteraan Projek (SKP) yang memberikan khidmat sokongan teknikal kejuruteraan pertanian dalam bentuk perundingan dan nasihat dan khidmat pemantauan projek pertanian kepada Jabatan, Agensi Pertanian, Usahawan dan Petani. Seksyen Pengurusan Logistik (SPL) menyediakan khidmat sokongan logistik dan Seksyen Pembangunan Teknologi Pertanian (SPTKP) pula membangunkan serta menyesuaikan teknologi kejuruteraan pertanian untuk meningkatkan produktiviti ladang dan daya saing sektor pertanian negara.
|
Semua khidmat dapat disampaikan kepada golongan sasar melalui sembilan (9) Pusat Kejuruteraan Pertanian (PKP) di negeri-negeri iaitu PKP Tg. Karang di Selangor, PKP Titi Gantong di Perak, PKP Telok Chengai di Kedah, PKP Lundang di Kelantan, PKP Bukit Payung di Terengganu, PKP Kuantan di Pahang, PKP Air Hitam di Johor, PKP Sg. Udang di Melaka dan PKP Pedas di Negeri Sembilan.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Encik Muhammad Khairul Azmi Bin Abu Johan |
No. Telefon |
: 03-8948 6058; samb : 139 |
No. Faks |
: 03-8948 3718 |
Emel |
: azmijohan[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Kejuruteraan Pertanian
Kompleks Pertanian Serdang,
Beg Berkunci 201, Pejabat Pos UPM,
43409 Serdang, Selangor. |
Pertanian Bandar
Bahagian ini merupakan sebuah bahagian teknikal yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Program Pertanian Bandar yang melibatkan komuniti bandar dan sekitarnya supaya dapat menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian untuk mengeluarkan sendiri sumber makanan bagi mengurangkan kos sara hidup dan menampung keperluan seharian selain menambahbaik dan mengindahkan landskap kawasan kediaman, pejabat, sekolah, institusi dan lain-lain.
|
Bahagian ini berfungsi dalam memberi khidmat nasihat, perundingan teknikal, latihan pertanian serta merancang, menyelaras dan memantau program dan aktiviti yang sesuai di kawasan bandar dan pinggir bandar.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Puan Rose Fazila Binti Md Zuki |
No. Telefon |
: 03-8870 4195 |
No. Faks |
: 03-8881 0215 |
Emel |
: rosefazila[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Pertanian Bandar
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
Pembangunan Sumber Manusia
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia terlibat dalam merancang dan menjalankan kursus serta latihan dalam perkhidmatan sama ada di dalam atau luar negara bagi meningkatkan kompetensi pegawai dan kakitangan dalam bidang pengembangan & keusahawanan, teknikal, pengurusan dan kewangan serta teknologi maklumat. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pertanian Malaysia pada hari ini terdiri daripada dua seksyen iaitu Seksyen Kemajuan Kerjaya (SKK) yang bertanggungjawab ke atas kursus dan latihan pegawai serta kakitangan Jabatan Pertanian dan Seksyen Latihan Kemahiran (SLK) yang memfokuskan kepada latihan Sijil Pertanian serta Program Inkubator Usahawan Tani.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Encik Mohd Jurijh Bin Abdullah Fauzi |
No. Telefon |
: 03-8870 3273 |
No. Faks |
: 03-8888 8475 |
Emel |
: jurijh[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
Pengurusan
Bahagian Pengurusan bertanggungjawab memberi khidmat sokongan dari segi pengurusan pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan kepada anggota di Jabatan Pertanian Malaysia. Bahagian Pengurusan terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran, Kewangan dan Perkhidmatan.
|
Seksyen Pentadbiran bertanggungjawab dalam pengurusan Aset Alih dan Aset Hidup (tumbuhan) Jabatan, urusan permohonan keluar dan masuk kuarters, Urusetia Majlis Bersama Jabatan, Sekreteriat Jawatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan urusan Pentadbiran Am yang lain. Seksyen Kewangan bertanggungjawab dalam pengurusan Kewangan Jabatan termasuk Pengurusan Bajet, Perolehan, Akaun Amanah dan Pengurusan Gaji. Seksyen Perkhidmatan bertanggungjawab dalam urusan berkaitan perkhidmatan anggota Jabatan termasuk urusan Pemangkuan, Kenaikan Pangkat, HRMIS, Penempatan dan Pertukaran.
|

|
PEGAWAI PENGHUBUNG
|
Nama |
: Encik Khairul Anuar Bin Abdul Latib |
No. Telefon |
: 03-8870 3353 |
No. Faks |
: 03-8888 6242 |
Emel |
: khairulanuar[at]doa[dot]gov[dot]my |
Alamat |
: Bahagian Pengurusan
Aras 11, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya. |
|