Bahasa : Melayu | English
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi_field.jpg
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
   
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN 
 
Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman

Perkhidmatan Diagnostik Perosak Tanaman

PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK PEROSAK TANAMAN

 


 
Pengenalan
 
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) menyediakan perkhidmatan diagnostik perosak dan penyakit tanaman kepada petani, usahawan tani, agensi kerajaan, organisasi swasta dan individu.

Perkhidmatan diagnostik yang dijalankan adalah termasuk pengenalpastian perosak atau melakukan ujian makmal untuk mengenal pasti organisma penyebab dan seterusnya memberikan nasihat teknikal mengenai kawalan makhluk perosak atau penyakit.

Pelanggan boleh membawa sampel tumbuh-tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang terjejas, sampel perosak (serangga, vertebrata, moluska dan rumpai) dan sampel-sampel penyakit ke makmal-makmal BBT di Ibu Pejabat Kuala Lumpur atau Unit Biosekuriti Tumbuhan Negeri untuk pengenalpastian.

Di Ibu Pejabat BBT, terdapat makmal diagnostik khusus, koleksi rujukan spesimen perosak dan rujukan maklumat perosak dan penyakit tanaman yang boleh digunakan untuk mengenal pasti sampel penyakit dan perosak sampel. Unit Biosekuriti Tumbuhan di negeri-negeri juga boleh dihubungi untuk bantuan bagi menangani masalah perosak dan penyakit.

 
Bagaimana Untuk Mengemukakan Sampel Untuk Diagnosis Penyakit?
 
  1. Pastikan sampel tumbuh-tumbuhan yang dikumpulkan adalah yang menunjukkan pelbagai peringkat kerosakan. JANGAN MENGEMUKAKAN/HANTAR TUMBUHAN YANG SUDAH MATI - sampel akan membusuk atau rosak sebelum pegawai teknikal/makmal membuat diagnostik. Pastikan spesimen menunjukkan simptom atau kesan kepada masalah perosak/penyakit yang dihadapi. Hantar sampel bahan tumbuhan yang cukup untuk menunjukkan semua peringkat penyakit - iaitu dari bahagian yang sihat kepada bahagian yang paling tidak sihat. Untuk ujian virus, pastikan untuk menghantar daun yang hijau dan daun yang menunjukkan simptom penyakit. Hantarkan juga sampel bahagian tumbuhan yang menunjukkan simptom dari keseluruhan tumbuhan, akar dan yang berkaitan. Akar hendaklah digali dan bukannya ditarik atau dicabut.
 
  2. Semasa menyerahkan sampel, maklumkan mengenai sejarah tanaman/penanaman dan corak simptom yang berlaku di lapangan. Sesetengah penyakit cenderung untuk merebak dalam corak atau ciri yang tertentu di kawasan penanaman.
 
  3. Sertakan juga maklumat-maklumat lain : maklumat tanah, tumbuh-tumbuhan di kawasan berhampiran, dan kronologi masalah yang dihadapi. Sila kemukakan gambar sekiranya ada. Pejabat dan Makmal Bahagian Biosekuriti Tumbuhan mempunyai Borang Penghantaran Sampel Khidmat Diagnostik Perosak Tanaman untuk dibawa atau disertakan dengan sampel.
 
  4. Balut spesimen dalam tuala kertas atau surat khabar bersih untuk mengelakkan kelembapan. Bungkus secara longgar dalam beg plastik untuk mengurangkan berlakunya kekeringan. Pastikan spesimen berada dalam keadaan sejuk dan hantar pada hari yang sama.
 
  5. Untuk surat-menyurat, gunakan bekas yang kukuh seperti kotak beralun (corrugated boxes) atau bekas tiub untuk mengelakkan spesimen rosak dalam perjalanan. Isikan ruang kosong di dalam kotak dengan kertas yang dipotong kecil untuk melindungi spesimen.


  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Kementerian Pertanian & Industri Makanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perikanan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  
  •   Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Agrobank Taman Botani Negara Shah Alam MyGovernment  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 3684720 KEMASKINI TERAKHIR : 30-05-2023 JUMLAH PELAWAT : 3684720 KEMASKINI TERAKHIR : 30-05-2023
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my