Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Perkhidmatan Analisa Makmal

PERKHIDMATAN ANALISA MAKMAL

 
image

 

Pengenalan

Perkhidmatan ini disediakan untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam sampel tanah, daun, baja dan air. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk menyokong pelaksanaan program-program pembangunan Jabatan Pertanian. Perkhidmatan ini juga diberikan kepada lain-lain agensi kerajaan atas permintaan. Pihak swasta dan individu boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan caj yang berpatutan dikenakan.

Pada masa sekarang, Makmal Analisa Jabatan Pertanian terdapat di ini memberikan perkhidmatan analisis sampel tanah, daun, baja dan air. Tiga (3) buah Makmal Wilayah yang masing-masing terletak di Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah, Kompleks Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Pertanian Besut, Terengganu menjalankan analisis sampel tanah, daun dan air .
 
Khidmat yang disediakan termasuk :
 
  a) Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah.
 
  b) Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan.
 
  d) Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani dan pengguna lain.
 
  c) Analisis sampel air untuk menentukan kualiti air bagi pengairan dan parameter hakisan pemuliharaan tanah.

Prosedur Permohonan

  a) Setiap permohonan perlu mengisi borang permohonan analisis.
 
  b) Borang permohonan bersama dengan sampel hendaklah dihantar ke makmal yang berkenaan.
 
  c) Tempoh analisis bagi SATU sampel adalah antara 7 hingga 30 hari bergantung kepada jenis sampel serta jumlah penentuan yang diperlukan.

Syarat Permohonan

  a) Permohonan boleh dibuat oleh pegawai Jabatan Pertanian, agensi kerajaan, pihak swasta dan individu. Caj yang berpatutan dikenakan kepada pihak swasta dan individu.
 
  b) Borang permohonan yang lengkap diisi samada asal atau salinan (diisi dalam 2 salinan).
 
  c) Kuantiti minima sampel yang diperlukan :
 
  i) sampel tanah - 1 kg
  ii) sampel daun (segar) - 1 kg
  iii) sampel baja pepejal - 250 g
  iv) sampel baja cecair - 250 ml
  v) sampel air - 1 liter

Bayaran Permohonan

Bayaran dalam bentuk bank draf atau kiriman wang di atas nama KETUA PENGARAH PERTANIAN.

Borang Permohonan

Borang permohonan boleh dimuat turun secara percuma melalui Portal Rasmi Jabatan Pertanian atau perlu hadir ke Makmal Bahagian Perkhidmatan Makmal atau ke Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, yang terletak di Jabatan Pertanian Negeri.
 
  a) Borang Permohonan Analisis Tanah
  b) Borang Permohonan Analisis Daun/Hasil Tanaman
  c) Borang Permohonan Analisis Baja
  d) Borang Permohonan Analisis Air
  e) Borang Permohonan Analisis Logam Berat Hasil Pertanian

Kelulusan

  a) Permohonan akan diluluskan oleh setiap Ketua Seksyen dalam Bahagian Perkhidmatan Makmal dan Ketua Unit Negeri.
 
  b) Tiada tempoh sah laku. Semua permohonan akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
 

Caj Analisis

Tanah

BIL. ELEMEN HARGA (RM)

1.

C (Organik)
N (Nitrogen)
 

RM 10 bagi setiap elemen

2.

K mudah larut
Kebolehtukaran Ca
Kebolehtukaran Mg
Kebolehtukaran K
 

RM 5 bagi setiap elemen untuk 3 sampel pertama
RM 3 bagi setiap elemen untuk sampel berikutnya

3.

Keupayaan Pertukaran Kation (CEC)

RM 15 bagi setiap elemen untuk 3 sampel pertama
RM 10 bagi setiap elemen untuk sampel berikutnya
 

4.

pH
Konduktiviti

RM 3 bagi setiap elemen untuk 3 sampel pertama
RM 1 bagi setiap elemen untuk sampel berikutnya
 

5.

Analisis Lengkap
(pH, Konduktiviti, C, N, S, CEC, Mg, K, Na, Ca, Fe, Al, Available P)
 

RM 75 untuk 3 sampel pertama
RM 50 untuk sampel berikutnya

6.

Lain-Lain Unsur

RM 10 bagi setiap elemen
 

Daun

BIL. ELEMEN HARGA (RM)

1.

N (Nitrogen)

RM 10 bagi setiap elemen
 

2.

P
K
Ca
Mg
 

RM 5 bagi setiap elemen untuk 3 sampel pertama
RM 3 bagi setiap elemen untuk sampel berikutnya
 

3.

Analisis Lengkap
(N, P, K, Ca, Mg)

RM 25 untuk 3 sampel pertama
RM 20 untuk sampel berikutnya
 

4.

Lain-Lain Unsur

RM 10 bagi setiap elemen
 

Baja

BIL. ELEMEN HARGA (RM)

1.

N (Nitrogen)
P
K
Ca
Mg
 

RM 20 bagi setiap elemen untuk 3 sampel pertama
RM 10 bagi setiap elemen untuk sampel berikutnya

2.

Abu (Bahan Organik/Karbon)
Kelembapan

RM 10 bagi setiap elemen untuk 3 sampel pertama
RM 5 bagi setiap elemen untuk sampel berikutnya
 

Air

BIL. ELEMEN HARGA (RM)

1.

pH
Konduktiviti

RM 3 bagi setiap elemen untuk 3 sampel pertama
RM 1 bagi setiap elemen untuk sampel berikutnya
 

2.
 

Jumlah Pepejal

RM 5 bagi setiap elemen

Pegawai Penghubung

Ibu Pejabat (Putrajaya & Kuala Lumpur)

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Jabatan Pertanian,
  Aras 9, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.
  No. Telefon : 03-8870 3000
  No. Faks : 03-8888 4326
 
2.   Bahagian Perkhidmatan Makmal,
  Jabatan Pertanian,
  Blok C, Jalan Gallagher,
  50480 Kuala Lumpur.
  No. Telefon : 03-2697 7220
  No. Fax : 03-2697 7225
 

Kedah

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Kompleks Pertanian Telok Chengai,
  06600 Kuala Kedah,
  Kedah.
  No. Telefon : 04-777 2100
  No. Faks : 04-777 2102
 
2.   Pegawai Pertanian K/U
  Unit Makmal Wilayah Utara,
  Bahagian Perkhidmatan Makmal,
  Kompleks Pertanian Telok Chengai,
  06600 Kuala Kedah,
  Kedah.
  No. Telefon : 04-777 2100
  No. Faks : 04-777 2102
 

Pulau Pinang

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Kompleks Pertanian Bumbung Lima,
  13200 Kepala Batas, Seberang Perai,
  Pulau Pinang.
  No. Telefon : 04-575 1004
  No. Faks : 04-574 1911
 

Selangor

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan,
  No.3, Jalan Indah, Seksyen 14,
  40632 Shah Alam,
  Selangor.
  No. Telefon : 03-5544 5426
  No. Faks : 03-5510 5044
 

Negeri Sembilan

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Kompleks Pertanian Chembong,
  71300 Rembau,
  Negeri Sembilan.
  No. Telefon : 06-685 5779
  No. Faks : 06-685 7082
 

Melaka

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Pusat Pertanian Pulau Gadong,
  75200 Melaka.
  No. Telefon : 06-335 4602
  No. Faks : 06-337 4094
 

Johor

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Kompleks Pertanian Ayer Hitam,
  86100 Kluang,
  Johor.
  No. Telefon : 07-758 1031
  No. Faks : 07-758 1388
 
2.   Pegawai Pertanian K/U
  Unit Makmal Wilayah Selatan,
  Bahagian Perkhidmatan Makmal,
  Pusat Pertanian Ayer Hitam,
  86100 Kluang,
  Johor.
  No. Telefon : 07-758 1585
  No. Faks : 07-758 1814
 

Pahang

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Jabatan Pertanian Negeri Pahang,
  Tingkat 6, Kompleks Tun Razak,
  25290 Kuantan,
  Pahang.
  No. Telefon : 09-573 2518
  No. Faks : 09-573 9113
 
2.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  KM 3, Jalan Triang,
  28000 Temerloh,
  Pahang.
  No. Telefon : 09-296 2322
  No. Faks : 09-296 1700
 

Terengganu

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  KM. 07, Jalan Kuala Berang,
  20050 Kuala Terengganu,
  Terengganu.
  No. Telefon : 09-622 1563
  No. Faks : 09-622 5099
 
2.   Pegawai Pertanian K/U
  Unit Makmal Bersepadu Wilayah Timur,
  Bahagian Perkhidmatan Makmal,
  Kompleks Makmal Diagnostik Bersepadu Wilayah Timur,
  Jabatan Pertanian,
  22000 Jerteh,
  Terengganu.
  No. Telefon : 09-690 3372
  No. Faks : 09-622 4963
 

Kelantan

BIL. MAKLUMAT PERHUBUNGAN
1.   Pegawai Pertanian K/U
  Bahagian Pengurusan Sumber Tanah,
  Kompleks Pertanian Lundang,
  15990 Kota Bharu,
  Kelantan.
  No. Telefon : 09-744 2149
  No. Faks : 09-746 2655
 

Penutup

Makmal Analisa Jabatan Pertanian yang terdapat di Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur, Kompleks Pertanian Telok Chengai, Kedah, Pusat Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Makmal Diagnostik Bersepadu Wilayah Timur Besut, Terengganu sangat mengalu-alukan permohonan khidmat analisa makmal daripada pihak Jabatan Kerajaan, swasta dan juga orang awam.
 
**Nota : Makmal  Tanah  hanya  menerima sampel  tanah  pemantauan  daripada  Jabatan  Pertanian Negeri dan  sampel  Soil  Profilling
              buat masa ini. Maaf di atas kesulitan yang berlaku.


  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini940
Minggu IniMinggu Ini2456
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3908809
Jumlah Pelawat : 3908809 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024