Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic)
SKIM PENSIJILAN ORGANIK MALAYSIA (myORGANIC)
|

|
Pengenalan

|
Skim Organik Malaysia (SOM)
|
Skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan perladangan organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production, Processing, Labeling & Marketing of Plant Based Organically Produced Food.
|
Malaysian Organic (myOrganic)
|
Penjenamaan semula Skim Organik Malaysia (SOM) dalam memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision). |
Objektif
- Sebagai alat atau teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
- Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.
|
Kelebihan
- Menghasilkan produk-produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan (bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat).
- Memelihara alam sekitar.
- Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
- Meningkatkan produktiviti pengeluaran.
- Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
|
Kriteria Permohonan
a) |
Kategori pemohon adalah seperti berikut :
|
- Persendirian
- Syarikat Swasta
- Agensi/Badan Berkanun
|
b) |
Pemohon hendaklah memastikan :
|
- Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang.
- Ladang telah bertanam dan mula mengeluarkan hasil.
- Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan.
|
Prosedur Permohonan
a) |
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan myOrganic 1-1. Borang tersebut boleh didapati di :
|
- Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya
- Jabatan Pertanian Negeri
- Pejabat Pertanian Daerah
- Portal Rasmi Jabatan Pertanian
|
b) |
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan. Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :
|
- Borang Permohonan myOrganic 1-1
- Salinan kad pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM yang telah disahkan.
- Salinan bukti pemilikan tanah seperti geran tanah, surat perjanjian sewa tanah dan Surat kebenaran mengusahakan tanah.
|
Kadar Caj Perkhidmatan
Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan diberikan adalah secara PERCUMA. |
Kriteria Permohonan
Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu :
|
- Pemeriksaan Tapak
- Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial
- Audit amalan ladang
|
Proses Pensijilan
- Sila rujuk Carta Alir Pensijilan myOrganic
- Tempoh kelulusan pensijilan adalah dalam tempoh 24 bulan
|
Audit
a) |
Pra-Audit
|
- Dijalankan bagi memastikan pengusaha mengamalkan perladangan organik.
- Pegawai pra-audit terdiri daripada Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah.
- Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah akan mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial.
|
b) |
Audit Susulan
|
- Audit luar dijalankan bagi mengenalpasti pengusaha mengamalkan dan mematuhi amalan perladangan organik berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan seterusnya mengesyorkan untuk dipersijilkan.
- Pengauditan dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Pertanian (Teknikal) yang telah dilantik oleh Ketua Pengarah Pertanian.
|
Tempoh Sahlaku
Tempoh sahlaku pensijilan myOrganic adalah selama satu tahun. |
Pemantauan
Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya enam bulan sekali oleh pihak Jabatan Pertanian. |
Pembaharuan Sijil
- Permohonan pembaharuan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku.
- Pembaharuan sijil akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
|
Pembatalan Sijil
Pengiktirafan myOrganic boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut :
|
- Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.
- Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.
- Menyalahgunakan sijil dan logo myOrganic dalam apa jua cara.
|
Senarai Penerima SijilPertanyaan
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :
|
Urusetia
Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
|
No. Tel : 03-8870 3570 / 3566 / 3569 / 3580 / 3587 /3571 / 3450 / 3446 / 3454
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : salmsom[at]doa[dot]gov[dot]my |
|