Bahasa : Melayu | English
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi_field.jpg
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
   
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN 
 
Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman

Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP)

SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA (myGAP)

 


 

Pengenalan


 
myGAP (Malaysia Good Agricultural Practices / Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia) adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan sejak tahun 2002 oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik bagi mengeluarkan makanan yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar, serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.
 

Objektif:

Meningkatkan bilangan petani supaya mengamalkan amalan pertanian baik dan diberi pengiktirafan supaya menghasilkan pengeluaran ladang yang selamat dan berkualiti di samping memelihara alam sekitar serta menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja.

Kelebihan

  • Pengurusan ladang yang lebih cekap
  • Mengeluarkan hasil ladang yang dijamin selamat dan berkualiti
  • Produktiviti dan pengeluaran meningkat
  • Meningkatkan peluang untuk ke pasaran eksport
  • Boleh menggunakan logo myGAP dan nombor pensijilan myGAP bagi tujuan promosi hasil ladang dan meningkatkan keyakinan pengguna
  • Menyumbang dalam kelestarian alam sekitar
  • Keselamatan dan kebajikan pekerja terjaga
  • Penjimatan dengan menggunakan sumber dari dalam ladang sebagai bahan pembajaan
  • Penggunaan racun makhluk perosak yang kurang dan menjimatkan kos

Cara Memohon

Jenis Tanaman/Ladang Yang Boleh Dipersijilkan

Terdapat tiga (3) skop pensijilan myGAP iaitu:

1.   Tanaman (myGAP)
 
    a) Hasil adalah bertujuan untuk dimakan oleh manusia dan haiwan seperti sayur-sayuran, buah-buahan termasuk pengeluaran makanan untuk haiwan seperti napier dan jagung bijirin, atau
 
    b) Hasil adalah untuk tujuan penyediaan makanan secara fizikal dan/atau bersentuhan dengan makanan seperti daun pisang, daun buluh, daun palas, buluh.
 
2.   Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM)
 
    a) Hasil bukan tujuan dimakan oleh manusia dan haiwan, atau
 
    b) Hasil bukan tujuan untuk penyediaan makanan secara fizikal dan/atau bersentuhan dengan makanan.
Contoh : Florikultur atau tanaman hiasan.
 
3.   Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM)
 
  Untuk ladang lebah dan kelulut yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik.

Kriteria Permohonan

a)   Kategori pemohon adalah seperti berikut:
 
  • Persendirian
  • Syarikat Swasta
  • Agensi/Badan Berkanun
     
b)   Pemohon hendaklah memastikan:
 
  • Tanah/tapak yang diusahakan sah di sisi undang-undang.
  • Skop tanaman dan tanaman bukan makanan: Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil.
  • Skop pemeliharaan lebah dan kelulut: Minimum 10 haif aktif (70 ekor/minit fly-in and fly-out).
  • Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport.
     
c)   Persediaan awal bagi pemohon yang berminat hendaklah memastikan:
 

Borang Permohonan

Borang permohonan hendaklah diisi mengikut skop yang ingin dimohon. Permohonan yang telah lengkap berserta lampiran yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Sila isi menggunakan borang permohonan mengikut skop yang diminta:

Kadar Caj Perkhidmatan

Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan yang diberikan adalah secara PERCUMA.

Proses Pensijilan

Carta Alir Pensijilan

Proses pensijilan mengikut skop yang dimohon adalah seperti berikut:
  • Skop Tanaman Makanan (myGAP 14-1)
  • Skop Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM 14-1)
  • Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM 14-1)

Syarat Kelulusan

Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu:
  • Pemeriksaan Tapak
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat (jika diragui) dan mikrobial
  • Audit amalan ladang

Sah Laku Sijil & Pembaharuan Sijil

Sijil dan Tempoh Sah Laku

Pemohon yang berjaya akan diberikan sijil dan tempoh sah laku pensijilan adalah seperti berikut:
  • Skop Tanaman Makanan dan Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut: Dua (2) tahun
  • Skop Tanaman Bukan Makanan: Satu (1) tahun bagi kali pertama, dan pembaharuan adalah dua (2) tahun
     
Pemohon yang berjaya boleh menggunakan logo dan nombor pensijilan untuk tujuan promosi pada pembungkus hasil atau tujuan pengiklanan.

Pemantauan

Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.

Pembaharuan Sijil

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pembaharuan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sahlaku sijil menggunakan borang mengikut skop seperti berikut:
  • Skop Tanaman Makanan (myGAP 11-1B)
  • Skop Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM 11-1B)
  • Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM 11-1B)
     
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Syarat Pembaharuan

Pemohon mesti lulus perkara berikut iaitu:
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat (jika diragui) dan mikrobial
  • Audit amalan ladang
     
Pemohon hendaklah memastikan sama seperti peringkat awal permohonan iaitu:
  • Keperluan pematuhan pensijilan berpandukan Pelan Tindakan mengikut skop berikut:
    • Skop Tanaman Makanan (myGAP 6)
    • Skop Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM 6)
    • Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM 6)
       

Pembatalan Sijil

Pengiktirafan myGAP boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut:
  • Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.
  • Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
  • Menyalahgunakan sijil dan logo myGAP dalam apa jua cara.

Senarai Penerima Sijil

Senarai penerima sijil adalah seperti berikut:
  • Skop Tanaman Makanan
  • Skop Tanaman Bukan Makanan
  • Skop Pemeliharaan Lebah dan Kelulut

Khidmat Perunding/Pembimbing Persendirian

Pengusaha juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan khidmat perundingan/bimbingan persendirian bagi memohon pensijilan myGAP skop tanaman makanan. Caj untuk perkhidmatan perundingan ini adalah tertakluk kepada persetujuan antara kedua-dua pihak (Pengusaha dan Perunding).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :
 
Urusetia
Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
 
No. Tel : 03-8870 3597 / 3570 / 3566 / 3193 / 3580 / 3587 / 3450 / 3569 / 3446 / 3454
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : mygapmyorganic[at]doa[dot]gov[dot]my



  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Kementerian Pertanian & Industri Makanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perikanan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  
  •   Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Agrobank Taman Botani Negara Shah Alam MyGovernment  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 3684720 KEMASKINI TERAKHIR : 30-05-2023 JUMLAH PELAWAT : 3684720 KEMASKINI TERAKHIR : 30-05-2023
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my