Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Skim Pengesahan Benih Padi

SKIM PENGESAHAN BENIH PADI

 
image

 
Pengenalan

Tujuan utama skim ini adalah untuk memperakukan ketulenan genetik dan identiti varieti benih padi yang dikeluarkan. Skim ini disediakan untuk pengeluaran benih padi sah oleh pengeluar yang dilantik sahaja. Lot-lot benih yang diperakui menepati piawaian akan diberi label perakuan kualiti berwarna biru bagi benih padi sah dan ungu muda bagi benih padi daftar.

 
Klasifikasi Kategori Benih Dalam Proses Pengeluaran Benih Padi Sah
 
  • Biji Benih Asas : Biji benih asas adalah progeni daripada penanaman benih baka yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Benih asas dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
     
  • Biji Benih Daftar : Biji benih daftar adalah progeni daripada penanaman biji benih asas yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan di bawah Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM - 2009).
     
  • Biji Benih Sah : Biji benih sah adalah progeni daripada penanaman biji benih daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur Skim Pengesahan Benih Padi dan Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM - 2009) bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan.

     
Elemen-Elemen Penting Dalam Pengeluaran Benih Padi Sah
 
  • Tapak semaian dan ladang benih : Memenuhi jarak pemencilan dan kesempurnaan tapak.
     
  • Sumber kategori benih yang diperakui : Menanam dari sumber yang sah. Pembuktian sumber benih diwajibkan.
     
  • Pemeriksaan ladang : Pemeriksaan ladang dijalankan di empat peringkat iaitu peringkat pra-tanam, tampang, berbunga dan pra-tuai. Ia bertujuan untuk memastikan varieti yang ditanam mengikut ciri-ciri varieti dan memenuhi piawaian ladang seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM – 2009.
     
  • Pemeriksaan loji pemprosesan benih padi : Loji pemprosesan benih padi mestilah dalam keadaan bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran atau percampuran varieti.
     
  • Ujian kualiti biji benih : Tiga jenis ujian yang dijalankan iaitu ujian ketulenan fizikal, kelembapan dan percambahan bertujuan untuk menentukan samada benih padi yang telah diproses mememenuhi piawaian minimum biji benih seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM – 2009.
     
  • Pemeriksaan stor dan stok : Hanya benih padi yang telah mendapat perakuan sahaja ditawarkan untuk jualan. Lot benih padi mestilah dalam keadaan baik, teratur dan mudah dikesan.
     
  • Label perakuan kualiti : Lot benih yang memenuhi piawaian mempunyai label perakuan kualiti benih yang ditetapkan.

     
Dokumen Berkaitan
 

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1157
Minggu IniMinggu Ini2673
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3909023
Jumlah Pelawat : 3909023 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024