Skim Akreditasi Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS)
SKIM AKREDITASI RAWATAN HABA MALAYSIA (MAHTAS)
|

|
Pengenalan
Skim Akreditasi Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS) diwujudkan untuk memberi akreditasi kepada industri penyedia rawatan haba yang menjalankan rawatan mengikut standard dan prosedur yang telah ditetapkan. Setiap syarikat yang ingin menjalankan rawatan haba bagi keperluan fitosanitasi import dan eksport perlu diakreditasi di bawah MAHTAS. |
Skop
Permohonan untuk mendapatkan akreditasi ini adalah terbuka kepada penyedia rawatan haba yang merujuk kepada rawatan haba dilakukan pada komoditi yang telah disyaratkan dalam syarat import negara pengimport dan pada bahan pembungkus kayu (wood packaging material - WPM) dengan menggunakan haba sehingga suhu teras kayu mencapai suhu 56 ºC selama 30 minit. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua standard yang terkandung di dalam ISPM No. 15 dan Code Agricultural Practise: Requirement for Heat Treatment of Wood and Wood Packaging Material (WPM).
|
Proses akreditasi melibatkan audit pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT). |
Syarat Permohonan
Syarat Umum :
|
- Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan dari Agensi Kerajaan yang lain; kecuali bagi premis yang diselenggara oleh Kerajaan.
- Premis perlu mendapat pengesyoran Jabatan Bomba dan Penyelamat.
- Premis perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.
|
Syarat Khusus :
|
- Premis dilengkapi sistem pemanasan, thermocouple dan sistem pemantauan suhu yang mengikut standard.
- Thermocouple dikalibrasi oleh syarikat yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia.
- Mempunyai pekerja mahir menjalankan rawatan haba dengan mengikut standard dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan.
- Mempunyai fasiliti yang dapat menyediakan persekitaran yang bersih dan mempunyai stor penyimpanan supaya tiada infestasi berlaku terhadap bahan yang telah dirawat.
|
Kos Akreditasi MAHTAS
Semua perkhidmatan diberi percuma. |
Proses Permohonan
Pemohon hendaklah memuat turun Borang MAHTAS 1 dan menghantar borang yang telah dilengkapkan kepada Urusetia. |
Tempoh Sah Laku
Tempoh sah laku Skim MAHTAS adalah selama dua (2) tahun. Audit pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali ke atas premis terbabit. |
Pembaharuan Skim MAHTAS
Permohonan pembaharuan Skim MAHTAS perlu dilakukan (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil. |
Hubungi Kami
Urus Setia Skim Akreditasi Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS),
Seksyen Akreditasi dan Fasilitasi Eksport,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan,
Jabatan Pertanian,
Tingkat 1-3, Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.
|
No. Tel : 03-2030 1400
No. Faks : 03-2691 3530
Emel : myskim[dot]doa[at]doa[dot]gov[dot]my / myskim[dot]doa[at]gmail[dot]com |
Dokumen Rujukan
Sila muat turun keterangan di bawah untuk rujukan :
|
|
|