Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Skim Pensijilan myGAP Pesticide Free (myGAP.PF)

SKIM PENSIJILAN myGAP PESTICIDE FREE (myGAP.PF)

 
image

 

Pengenalan

image
 
myGAP Pesticide Free adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan pada tahun 2022 untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja serta tidak menggunapakai racun perosak sintetik bagi menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti.
 

Objektif:

Menggalakkan petani tidak menggunakan bahan kimia sintetik sebagai kaedah kawalan penyakit dan perosak bagi tanaman.

Kelebihan

  • Pengurusan ladang yang lebih cekap
  • Mengeluarkan hasil ladang yang bebas racun kimia sintetik
  • Produktiviti dan pengeluaran meningkat
  • Meningkatkan peluang untuk ke pasaran eksport
  • Boleh menggunakan logo myGAP.PF dan nombor pensijilan myGAP bagi tujuan promosi hasil ladang dan meningkatkan keyakinan pengguna
  • Menyumbang dalam kelestarian alam sekitar
  • Keselamatan dan kebajikan pekerja terjaga
  • Penjimatan dengan menggunakan sumber dari dalam ladang sebagai bahan pembajaan
  • Tiada penggunaan racun perosak sintetik

Cara Memohon

Jenis Tanaman/Ladang Yang Boleh Dipersijilkan

Tanaman Makanan
 
  a) Hasil adalah bertujuan untuk dimakan oleh manusia seperti tanaman hidroponik, sayur-sayuran, buah-buahan.
  b) Tidak menggunapakai racun kimia sintetik dalam amalan ladang.

Kriteria Permohonan

a)   Kategori pemohon adalah seperti berikut:
 
  • Persendirian
  • Syarikat Swasta
  • Agensi/Badan Berkanun
     
b)   Pemohon hendaklah memastikan:
 
  • Tanah/tapak yang diusahakan sah di sisi undang-undang.
  • Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil.
  • Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport.
     
c)   Persediaan awal bagi pemohon yang berminat hendaklah memastikan:
 
  • Rekod Ladang disediakan seperti contoh format (myGAP.PF 4)
  • Keperluan pematuhan pensijilan berpandukan Pelan Tindakan (myGAP.PF 6-1)

Borang Permohonan

Borang permohonan hendaklah diisi berserta lampiran yang diperlukan dan dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.
 
Sila isi menggunakan borang permohonan (myGAP.PF 1-1, myGAP.PF 1-2)

Kadar Caj Perkhidmatan

Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan yang diberikan adalah secara PERCUMA.

Proses Pensijilan

Carta Alir Pensijilan

Proses pensijilan adalah seperti di myGAP.PF 14-1

Syarat Kelulusan

Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu:
  • Pemeriksaan Tapak
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat (jika diragui) dan mikrobial
  • Audit amalan ladang

Sah Laku Sijil & Pembaharuan Sijil

Sijil dan Tempoh Sah Laku

Pemohon yang berjaya akan diberikan sijil dan tempoh sah laku pensijilan adalah selama dua (2) tahun.
 
Pemohon yang berjaya boleh menggunakan logo dan nombor pensijilan untuk tujuan promosi pada pembungkus hasil atau tujuan pengiklanan.

Pemantauan

Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.

Pembaharuan Sijil

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pembaharuan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sahlaku sijil menggunakan borang myGAP.PF 11-1B.
 
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Syarat Pembaharuan

Pemohon mesti lulus perkara berikut iaitu:
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat (jika diragui) dan mikrobial
  • Audit amalan ladang
     
Pemohon hendaklah memastikan sama seperti peringkat awal permohonan iaitu:

Pembatalan Sijil

Pengiktirafan myGAP Pesticide Free boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut:
  • Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.
  • Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
  • Menyalahgunakan sijil dan logo myGAP.PF dalam apa jua cara.

Senarai Penerima Sijil

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :
 
Urusetia
Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
 
No. Tel : 03-8870 3597 / 3570 / 3566 / 3193 / 3580 / 3587 / 3450 / 3569 / 3446 / 3454
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : mygapmyorganic[at]doa[dot]gov[dot]my

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini400
Minggu IniMinggu Ini8669
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3951730
Jumlah Pelawat : 3951730 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 2024