Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Pendaftaran Varieti Tanaman

PENDAFTARAN VARIETI TANAMAN

 
image

 

Pendahuluan

Pendaftaran varieti tanaman bagi Daftar Varieti Tanaman adalah bertujuan untuk mendaftar kepelbagaian varieti yang ditanam di Malaysia. Senarai varieti tanaman adalah merangkumi varieti diketahui umum (common knowledge) termasuklah varieti yang dilindungi di bawah Hak Pembiak Baka.
 
Pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Komoditi, Jabatan Pertanian sejak tahun 1930an dan kini dipanggil Bahagian Pembangunan Industri Tanaman selepas penstrukturan semula Jabatan Pertanian pada tahun 2019. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang dan Dasar Kementerian Pertanian Bil. 5/94 (JPPKPBil5/94) yang bersidang pada 13 Julai 1994, mesyuarat telah memutuskan bahawa Jabatan Pertanian diiktiraf oleh Kementerian Pertanian sebagai agensi pelaksana aktiviti pendaftaran dan pengesyoran kultivar/varieti. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tertangguh seketika berikutan penstrukturan semula jabatan dan penyediaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004.
 
Berikutan desakan dari petani bagi mendaftarkan varieti mereka, Jabatan Pertanian mengambil keputusan agar aktiviti Pendaftaran Varieti Tanaman dilaksanakan. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (pada ketika itu) telah mengarahkan supaya Jawatankuasa Pendaftaran dan Pengesyoran Kultivar Tanaman Jabatan Pertanian (JPKTJP) diaktifkan semula bagi membolehkan Jabatan Pertanian dapat memainkan peranan dalam perkara-perkara berkaitan dengan pendaftaran dan pengesyoran kultivar/varieti tanaman.
 
Sehubungan dengan itu, aktiviti Pendaftaran Varieti Tanaman ini dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan (PVP) seperti yang termaktub di bawah Seksyen 4(1)(g), Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 menyatakan bahawa penyimpanan rekod, selain daripada varieti baru yang diberi perlindungan, juga perlu dijalankan.

Objektif Pendaftaran Varieti Tanaman

Objektif Pendaftaran Varieti Tanaman adalah seperti berikut :
 
  • Merekod inventori sumber genetik yang terdapat di dalam negara;
     
  • Memberi pengiktirafan kepada pemilik varieti;
     
  • Sebagai rujukan rasmi negara dan pengenalpastian varieti; dan
     
  • Sebagai sumber asas varieti.

Skop Pendaftaran

Pendaftaran ini terbuka untuk semua komoditi tanaman yang terdapat di dalam negara :
 
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Tanaman bijirin
  • Tanaman industri (kelapa sawit, kelapa, kopi, teh dan sebagainya)
  • Tanaman umbisi
  • Herba dan tanaman ubatan
  • Cendawan
  • Tanaman bunga dan hiasan
  • Tanaman akuatik
  • Tanaman ternakan
  • Tanaman hutan (Akasia, Batai, Jarak, Karas dan sebagainya)

Pemohon

Permohonan ini terbuka kepada tiga (3) kategori :
 
  • Pemilik asal (individu / komuniti)
  • Pemilik asal (Agensi Kerajaan / Syarikat Swasta)
  • Pelapor (bukan pemilik asal)

Permohonan

a)   Permohonan untuk Pendaftaran Varieti Tanaman hendaklah dibuat kepada :
 
  Urus Setia Daftar Varieti Tanaman
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,
Jabatan Pertanian,
Aras 7, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4,
No. 30, Persiaran Perdana,
62624 Putrajaya.
 
b)   Pendaftaran varieti perlu menggunakan Borang DT1 seperti di Lampiran I.

Syarat-Syarat Pendaftaran

Varieti-varieti tanaman yang hendak didaftarkan dalam senarai Daftar Varieti Tanaman perlu mematuhi syarat-syarat seperti berikut:
 
a)   Sesuatu varieti boleh didaftarkan sekiranya ianya adalah berlainan dengan varieti sediada yang telah didaftarkan.
 
b)   Sesuatu varieti yang hendak didaftarkan mesti mempunyai bilangan yang mencukupi bagi mewakili varieti tersebut mengikut jenis tanaman seperti berikut :
 
BIL. JENIS TANAMAN BILANGAN (POKOK)
1. Buah-buahan 5
2. Sayur-sayuran 30
3. Tanaman bijirin 100
4. Tanaman industri 5
5. Herba dan tanaman ubatan 30
6. Cendawan 30 bag
7. Tanaman bunga dan hiasan 30
8. Tanaman akuatik 30
9. Tanaman ternakan 30
10. Tanaman hutan 5
11. Umbisi 30

 

Larangan Pendaftaran

Pendaftaran tidak boleh diluluskan terhadap mana-mana varieti tanaman :
 
a)   Yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau prinsip moral; atau
 
b)   Jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa penanaman, penghasilan atau apa-apa kegunaan lain varieti tanaman itu boleh mengakibatkan suatu kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar.

Nama Pengenalan Varieti Tanaman

a)   Mestilah membolehkan varieti tanaman itu dikenalpasti;
 
b)   Tidak boleh menyebabkan kekeliruan berkenaan dengan ciri tanaman tersebut;
 
c)   Hendaklah berbeza daripada nama pengenalan varieti dengan tanaman lain yang mana suatu varieti tanaman yang sedia ada terkandung dalam spesies tanaman yang sama atau dalam suatu spesies yang berhubungkait;
 
d)   Tidak boleh mempunyai nama yang membawa pengertian kualiti yang tertinggi seperti madu, best dll;
 
e)   Hendaklah dalam huruf atau gabungan huruf dan angka;
 
f)   Tidak boleh semata-mata berasaskan angka;
 
g)   Tidak boleh bercanggah dengan hak terdahulu pihak ketiga;
 
h)   Tidak bertentangan dengan kepentingan awam atau prinsip moral; dan
 
i)   Penggunaan nama tempat (GI) bagi varieti baharu adalah tidak dibenarkan kecuali bagi varieti lama yang telah terkenal dengan penamaan tersebut.

Kaedah Pemeriksaan

Pemeriksaan Awal

a)   Borang permohonan (Borang DT1) yang diterima akan diberi nombor dan tarikh pemfailan dan disemak oleh Urus Setia untuk memastikan ianya diisi dengan lengkap.
 
b)   Borang permohonan yang tidak lengkap dan/atau permohohan yang tidak mematuhi Syarat-Syarat Pendaftaran akan dikembalikan kepada pemohon untuk pembetulan dalam tempoh 2 bulan mengikut format yang ditetapkan oleh Urus Setia.
 
c)   Selepas tamat tempoh masa yang diberi, permohonan tersebut dianggap terbatal sekiranya pemohon gagal untuk kembalikan borang permohonan yang lengkap dan pemohon akan dimaklumkan.
 
d)   Permohonan yang tidak mematuhi Syarat-Syarat Pendaftaran akan ditolak dan pemohon akan dimaklumkan tentang penolakan tersebut.

Pemeriksaan Lanjutan

a)   Kaedah pemeriksaan adalah berdasarkan pemeriksaan di ladang/dokumen dengan berpandukan Garis Panduan Teknikal (Test Guidelines) tanaman yang berkaitan.
 
b)   Jika Garis Panduan Teknikal (Test Guidelines) bagi sesuatu tanaman belum dibentuk, Urus Setia perlu menyediakan Descriptor’s List bagi tanaman tersebut.
 
c)   Pegawai Penciri hendaklah melaporkan hasil pencirian kepada Jawatankuasa Teknikal Pendaftaran Varieti Tanaman untuk kelulusan.

Pegawai Penciri

a)   Pegawai Penciri terdiri daripada Pegawai dan Penolong Pegawai Pertanian daripada Bahagian-Bahagian Jabatan Pertanian yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pertanian.
 
b)   Pegawai Penciri dikehendaki menghadiri kursus asas pencirian yang dianjurkan oleh Urus Setia Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan.

Jawatankuasa Teknikal Pendaftaran Varieti Tanaman

Jawatankuasa Teknikal Pendaftaran Varieti Tanaman akan menilai dengan lebih terperinci laporan yang telah dikemukakan oleh Pegawai Penciri.
 
Keahlian Jawatankuasa Teknikal terdiri daripada :
 
1.   Pengerusi : Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
 
2.   Setiausaha : Timbalan Pengarah Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan
 
3.   Ahli Tetap (Lantikan oleh Ketua Pengarah Pertanian) : Bahagian Pembangunan Industri Tanaman
Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
Bahagian Pengembangan Pertanian
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
 
4.   Jemputan Khas : Pakar tanaman dari Jabatan Pertanian / Agensi Luar yang berkaitan dan masih berkhidmat / telah bersara yang mahir dalam bidang tanaman berkaitan.
Pegawai Penciri (mengikut kes)
 
5.   Urus Setia : Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan, Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
 

Fungsi Jawatankuasa Teknikal

Fungsi Jawatankuasa Teknikal Pendaftaran Varieti Tanaman adalah untuk meneliti laporan daripada Pegawai Penciri dan meluluskan perkara-perkara berikut :
 
a)   Menilai kesesuaian pendaftaran dan penamaan sesuatu varieti.
 
b)   Menilai dan memperakui laporan Pegawai Penciri dan pengesyoran yang disediakan oleh Pegawai Penciri terhadap varieti pemohon.
 
c)   Mengkaji, memperakui dan meluluskan keputusan kajian semula varieti tanaman yang telah didaftarkan.
 
d)   Memberi khidmat nasihat teknikal terhadap penyenaraian varieti yang diketahui umum (Varieties of Common Knowledge).
 
e)   Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pendaftaran varieti tanaman dalam negara.
 
f)   Meneliti dan menilai bangkangan yang berkaitan dengan pertikaian Pendaftaran Varieti Tanaman bagi sesuatu varieti.
 
g)   Meneliti dan menilai perkara-perkara yang berkaitan dengan pembatalan kelulusan permohonan.

Pendaftaran

Permohonan varieti dengan maklumat yang lengkap akan disiarkan di Portal Rasmi Jabatan Pertanian untuk notifikasi orang awam dan mengemukakan bantahan sekiranya ada. Tempoh bantahan bermula dari tarikh siaran sehingga tarikh Jawatankuasa Teknikal Pendaftaran Varieti Tanaman bersidang. Jika tiada bantahan dalam tempoh tersebut, permohonan yang telah diluluskan akan diberi no pendaftaran dan sijil pendaftaran. Pendaftaran secara rasminya akan direkodkan ke dalam senarai Daftar Varieti Tanaman serta dipaparkan di Portal Rasmi Jabatan Pertanian.

No. Pendaftaran Varieti

Kod daftar yang digunapakai sebelum ini adalah seperti di Lampiran II. Kod daftar tersebut akan terus digunakan untuk pendaftaran varieti yang seterusnya. Bagi tanaman baru selain di atas, kod daftar diseragamkan mengikut singkatan nama botani tanaman tersebut seperti di Lampiran III.
 

Bantahan

Mana-mana orang yang berkepentingan boleh membuat bantahan terhadap mana-mana varieti yang telah didaftar dengan menggunakan Borang DT2 seperti di Lampiran IV.
 


  •  

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1767
Minggu IniMinggu Ini3283
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3909625
Jumlah Pelawat : 3909625 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024