Bahasa : Melayu | English | Lain-lain
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
padi_field.jpg
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi.JPG
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
   
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN 
 
Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman

Maklumat Kesalahan Rasuah & Tatatertib

MAKLUMAT KESALAHAN RASUAH & TATATERTIB

 


 

Apa Itu Jenayah Rasuah?

  • Apa-apa penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan atau upah untuk seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
     
  • Suapan terdiri daripada wang, hadiah, harta, bonus, diskaun, komisen, jawatan, kontrak pekerjaan, perkhidmatan dan lain-lain tafsiran di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

Kesalahan Rasuah

  • Akta SPRM 2009 memperuntukkan kesalahan rasuah :
     
    1. Meminta atau menerima suapan di bawah Seksyen 16 dan 17 (a) Akta SPRM 2009;
       
    2. Menawar atau memberi suapan di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009;
       
    3. Mengemukakan tuntutan palsu di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009;
       
    4. Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
     
  • Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009.

Kegagalan Melaporkan Rasuah

  • Akta SPRM 2009 memperuntukkan kegagalan melaporkan rasuah merupakan kesalahan :
     
    1. Gagal melaporkan pemberian atau tawaran suapan di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009; denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali;
       
    2. Gagal melaporkan permintaan atau memperoleh suapan di bawah Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009; denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Perlindungan Pemberi Maklumat

  • Pemberi maklumat merupakan seseorang yang membuat pendedahan mengenai perlakuan rasuah berdasarkan pengetahuannya yang diberikan perlindungan di bawah seksyen 65 Akta SPRM 2009.
     
  • Pemberi maklumat boleh diberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
     
  • Pemberi maklumat yang menjadi saksi bagi perbicaraan kes rasuah diberikan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

Apa Itu Salah Laku Tatatertib?

  • Apa-apa perbuatan salah laku selain daripada jenayah :
     
    1. Salah laku iaitu apa-apa perbuatan yang melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 dan peraturan lain yang berkuatkuasa;
       
    2. Salahguna kuasa iaitu apa-apa ketidakpatuhan semasa menjalankan tugas terhadap peruntukan undang-undang, ketetapan prosedur kerja atau peraturan lain yang berkuatkuasa;
       
    3. Cuai iaitu apa-apa kelalaian semasa melaksanakan pekerjaan, tugasan atau arahan rasmi.

Saluran Aduan

  • Orang awam atau warga Jabatan Pertanian Malaysia boleh mengemukakan aduan mengenai jenayah rasuah atau salah laku tatatertib kepada Unit Integriti dengan cara :
     
    1. Menghadirkan diri ke Unit Integriti Jabatan Pertanian di alamat :

             Aras 13, Wisma Tani
             No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4
             Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
             62624 Putrajaya
       
    2. Mengemukakan surat ke alamat tersebut;
       
    3. Menggunakan saluran e-Integriti di Portal Rasmi Jabatan Pertanian
       
    4. Mengemukakan emel ke integriti@doa.gov.my;
       
    5. Menghubungi talian 03-8870 3022 / 3024.



  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Kementerian Pertanian & Industri Makanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jabatan Perikanan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  
  •   Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Agrobank Taman Botani Negara Shah Alam MyGovernment  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 3538924 KEMASKINI TERAKHIR : 26-10-2021 JUMLAH PELAWAT : 3538924 KEMASKINI TERAKHIR : 26-10-2021
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my