Bahasa : Melayu | English | Lain-lain
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
padi_field.jpg
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi.JPG
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
 
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)

PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI (IUBT)

 

Pengenalan

Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) merupakan satu program yang memberi latihan kepada belia tani, bertujuan untuk membimbing dan memberi pengalaman secara ‘hands-on' berkenaan ilmu pertanian di ladang.
 

Objektif

  • Peserta mendapat bimbingan dan pengalaman secara ‘hands-on' di ladang
  • Peserta menjadi usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing

Ciri-Ciri Utama Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT)

Satu program khas Jabatan Pertanian yang dinamakan "Program Inkubator Usahawan Belia Tani" telah dilaksanakan. Melalui program tersebut, peserta program akan melalui satu tempoh ‘incubation' selama lapan bulan untuk memperolehi kemahiran teknikal, kemahiran keusahawanan dan membangunkan rangkaian dan kontak perniagaan di kalangan usahawan.
 
Setelah melalui tempoh ‘incubation' tersebut, peserta program akan ditempatkan di Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), iaitu kawasan kekal yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sebagai zon pengeluaran taman kekal. Para peserta TKPM akan dibekalkan pembangunan infrastruktur ladang dan lot-lot tanah disewakan kepada usahawantani. Bilangan belia tani yang akan dilatih adalah bergantung kepada jumlah bajet tahunan dan kekosongan tempat di TKPM. Sekiranya para peserta tidak memperoleh kawasan di TKPM sedia ada, para peserta akan diminta untuk mencari tanah pertanian yang sesuai dibangunkan dengan projek pertanian.
 
Para peserta bagi program ini merangkumi lepasan graduan institut pertanian, IPTA/IPTS, belia tani, orang awam dan pesara tentera/polis yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan tani. Kumpulan sasar perlu mendaftar melalui Jabatan Pertanian Malaysia dan akan ditemuduga bagi mencari calon peserta yang sesuai.
 
Latihan ini merangkumi pelbagai aktiviti dan modul termasuklah agronomi, mekanisasi ladang, pengurusan projek, perekodan data ladang, pelan perniagaan, pemasaran, keusahawanan dan kemahiran komunikasi serta ‘team building'. Keseluruahan idea program ini bertujuan bagi membantu para peserta menggunakan kemahiran teknikal dan personel yang diperolehi sebagai usahawan.
 
Kaedah latihan untuk program ini adalah latihan secara ‘hands-on' di mana para peserta akan menghabiskan 80% masa mereka di ladang dan projek tersebut dipantau oleh penyelia. Melalui latihan secara praktikal ini akan menjadi lebih efektif untuk para peserta apabila diberikan tugas. Manakala masa selebihnya para peserta akan menghadirkan diri kelas teori melalui kuliah, perbincangan kumpulan dan bengkel.
 
Setelah tamat melalui tempoh latihan, para peserta mempunyai pelauang untuk melibatkan diri dengan TKPM yang sedia ada di seluruh Malaysia. Para peserta perlu menyewa tanah pertanian TKPM. Malah, para peserta akan diberi insentif dan kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti kos pembersihan tapak, sistemperparitan dan pengairan serta jalan ladang. Para peserta yang memerlukan sistem fertigasi, struktur sistem turut disediakan. Sekiranya tiada kawasan dan infrastruktur dibekalkan, para peserta perlu memulakan projek sama ada di tanah sewa perseorangan atau luar TKPM.
 
Akhir program ini menjadikan peserta bijak menguruskan projek pertanian dengan modal yang sedia ada. Sekiranya para peserta tidak mendapat keuntungan lebih daripada jumlah modal yang diberikan, para peserta perlu mendapatkan sokongan modal melalui institusi kewangan yang sedia ada.
 
NO. LOKASI KAEDAH
1. Institut Pertanian Serdang, Selangor Sistem Terbuka dan Fertigasi di Bawah Pelindung Hujan
2. Centre of Excellence (CoE), Serdang, Selangor Sistem Terbuka dan Fertigasi di Bawah Pelindung Hujan
3. Institut Pertanian Titi Gantong, Perak Sistem Terbuka dan Fertigasi di Bawah Pelindung Hujan
4. Insitut Pertanian Kuala Lipis, Pahang Sistem Terbuka dan Fertigasi di Bawah Pelindung Hujan
5.
 
Pusat Latihan Pembangunan Pengembangan Wilayah Timur, Besut, Terengganu Sistem Terbuka dan Fertigasi di Bawah Pelindung Hujan

Kumpulan Sasar

  • Memiliki sijil SPM/Sijil Pertanian/IPTA/IPTS;
  • Lepasan Japan Agricultural Exchange Council (Program JAEC);
  • Belia tani yang terlibat dalam projek pertanian komersil atau perniagaan;
  • Orang awam yang berminat atau pesara tentera/polis.

Kemudahan

  • Elaun saku/makan
  • Penginapan

Kandungan Latihan

  • Teknologi Tanaman
  • Pelan perniagaan
  • Implementasi/pelaksanaan projek
  • Perekodan ladang
  • Pemasaran
  • Lawatan sambil belajar
  • Amalan Pertanian Baik

Skop Latihan

  • 4 bulan pertama : Para peserta didedahkan kepada pelaksanaan projek di bawah seliaan penyelia terlatih
  • 4 bulan kedua : Para peserta merancang dan melaksanakan projek Individu atau kumpulan dan dipantau oleh penyelia
  • Tempoh lepasan : Para peserta perlu menyambung 1-4 bulan sehingga pengambilan

Kesimpulan

Program Inkubator Usahawan Belia Tani ini merupakan inisiatif kerajaan dalam memajukan bidang pertanian. Bermula 2003 sehingga 2013, seramai 474 peserta IUBT telah terlibat dan selesai menjalani program ini. Pada tahun 2011, tiada sebarang pengambilan peserta berikutan tiada peruntukan diberikan. Namun begitu, program ini masih lagi dilaksanakan semula 2012 sehingga sekarang.



  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Mygov msc iim MyGovMobile  
  •   moa Bless MyAgro SPRM  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 1515698 KEMASKINI TERAKHIR : 22-07-2019 JUMLAH PELAWAT : 1515698 KEMASKINI TERAKHIR : 22-07-2019
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my