Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN KAWALAN KUALITI TANAMAN

 

Apa itu myGAP?

myGAP merupakan satu skim pensijilan yang memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB).

[ Maklumat lanjut Skim Pensijilan myGAP ]

Apakah jenis tanaman yang boleh dipersijilkan myGAP?

Terdapat tiga (3) skop pensijilan myGAP iaitu :
i)  Tanaman (myGAP)
-   Pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik bagi pengeluaran hasil tanaman makanan yang berkualiti dan selamat dimakan, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.
-   Hasil adalah bertujuan untuk dimakan oleh manusia dan haiwan seperti sayur-sayuran, buah-buahan termasuk pengeluaran makanan untuk haiwan seperti napier dan jagung bijirin.
-   Hasil adalah untuk tujuan penyediaan makanan secara fizikal dan / atau bersentuhan dengan makanan seperti daun pisang, daun buluh, daun palas dan buluh.
 
ii)  Tanaman Bukan Makanan (myGAP.TBM)
-   Pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik bagi pengeluaran hasil tanaman bukan makanan yang bersih dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.
-   Hasil bukan tujuan dimakan oleh manusia dan haiwan.
-   Hasil bukan tujuan untuk penyediaan makanan secara fizikal dan / atau bersentuhan dengan makanan.
-   Contoh : Florikultur atau tanaman hiasan.
 
iii)  Pemeliharaan Lebah dan Kelulut (myGAP.AM)
-   Pengiktirafan pemeliharaan lebah dan kelulut yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik bagi pengeluaran madu, hasilan lebah dan kelulut yang berkualiti dan selamat dimakan, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.
-   Contoh : Ladang yang memelihara lebah atau kelulut.

Berapakah had minima keluasan ladang untuk memohon pensijilan myGAP?

i)   Tiada had minima keluasan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan.
ii)   Minima 10 haif aktif bagi pemeliharaan lebah dan kelulut. Haif aktif merujuk kepada 70 ekor / minit fly in fly out bagi kelulut.

Apa itu myGAP Pesticide Free (myGAP.PF)?

Pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik serta tidak menggunapakai racun perosak sintetik bagi pengeluaran hasil tanaman makanan yang berkualiti dan selamat di makan, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.

[ Maklumat lanjut Skim Pensijilan myGAP.PF ]

Apakah jenis tanaman yang boleh dipensijilkan myGAP.PF?

Semua jenis tanaman makanan yang diusahakan tanpa menggunakan racun perosak sintetik bagi kawalan penyakit dan perosak seperti tanaman yang ditanam menggunakan sistem hidroponik dan fertigasi.

Berapakah had minima keluasan ladang untuk memohon pensijilan myGAP.PF?

Tiada had minima keluasan.

Berapa lama tempoh saya boleh mendapatkan sijil myGAP / myGAP.PF?

Dalam tempoh 90 hari bekerja jika semua kriteria pensijilan dipenuhi.

Apa itu myOrganic?

myOrganic (Malaysia Organic / Skim Pensijilan organic Malaysia) adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan untuk mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan perladangan secara organik bagi pengeluaran hasil tanaman makanan yang berkualiti dan selamat dimakan, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.

[ Maklumat lanjut Skim Pensijilan myOrganic ]

Apakah jenis tanaman yang boleh dipensijilkan myOrganic?

i)  Tanaman makanan
-   Hasil adalah bertujuan untuk dimakan oleh manusia seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Berapa lama tempoh saya boleh mendapatkan sijil myOrganic?

Dalam tempoh enam (6) bulan bagi tanaman cendawan atau lebih jika semua kriteria pensijilan dipenuhi.

Apakah Skim Pengesahan Bahan Tanaman?

Satu skim yang mengesahkan bahan tanaman yang dikeluarkan adalah tulen dan berkualiti melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan mencapai standard yang ditetapkan.

[ Maklumat lanjut Skim Pengesahan Bahan Tanaman ]

Kenapa Skim Pengesahan Bahan Tanaman diperlukan?

Bagi mengesahkan ketulenan dan kualiti bahan tanaman yang dikeluarkan oleh pengeluar bahan tanaman.

Siapakah yang layak menyertai Skim Pengesahan Bahan Tanaman ini?

Terbuka kepada semua pengeluar bahan tanaman yang berminat untuk menyertai.

Berapakah bayaran atau caj yang dikenakan untuk menyertai Skim Pengesahan Bahan Tanaman?

Tiada bayaran dikenakan dan skim ini adalah secara sukarela.

Berapa lamakah tempoh proses permohonan untuk menjadi peserta Skim Pengesahan Bahan Tanaman?

Kurang dari tiga (3) bulan sehingga ke peringkat kelulusan Jawatankuasa Teknikal Pengesahan Bahan Tanaman.

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Encik Mohd Azwadi bin Abd Wahid
No. Telefon : 03-8870 3567
Emel : azwadi[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
  Aras 7, No.30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

  •  

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini125
Minggu IniMinggu Ini125
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3960981
Jumlah Pelawat : 3960981 Tarikh Kemaskini : 06 - 05 - 2024