Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Bahagian Pembangunan Industri Tanaman

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI TANAMAN

 

Apakah Benih Padi Sah?

Benih padi sah adalah kategori benih padi yang dikeluarkan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. Ia dibiakkan daripada benih daftar mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan dan telah mendapat perakuan pematuhan piawaian mutu yang ditentukan. Piawaian mutu yang ditetapkan ialah aspek ketulenan jenis, ketulenan fizikal, tahap percambahan dan peratus kelembapan. Benih daftar pula merupakan benih padi yang dibiakkan daripada benih asas yang diperolehi daripada MARDI. Benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar yang dilantik oleh Kerajaan.
 
Dari sudut nilai penanaman, benih padi sah merupakan kategori benih yang tulen, cergas dan tidak tercemar dengan bahan asing, rumpai dan padi angin serta tidak dijangkiti oleh penyakit merbahaya. Ia merupakan kategori benih yang mempunyai potensi yang tinggi untuk tumbuh dengan baik apabila ditanam di ladang.

Apakah kepentingan menggunakan Benih Padi Sah?

Kepentingan menggunakan Benih Padi Sah adalah :
i)   Dapat memastikan tumbesaran tanaman yang seragam;
ii)   Dapat mengelakkan pencemaran benih rumpai berbahaya dan benih padi angin yang boleh menjejaskan tumbesaran pokok padi;
iii)   Dapat menjauhi serangan penyakit berbahaya yang dibawa melalui benih;
iv)   Dapat meningkatkan hasil dengan menggunakan benih tulen daripada varieti yang terpilih;
v)   Dapat meningkatkan produktiviti dan penjimatan kos operasi di peringkat ladang dengan penggunaan benih bermutu; dan
vi)   Dapat memperolehi kelebihan hasil seperti beras yang sedap dan bermutu.

Berapakah harga Benih Padi Sah?

Harga benih padi sah di pintu kilang adalah tertakluk kepada harga kawalan yang ditetapkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.

Bagaimanakah mendapatkan bekalan Benih Padi Sah?

Bekalan benih padi sah boleh diperolehi daripada pengeluar yang dilantik oleh Kerajaan dan wakil-wakil pengeluar yang tersenarai. Mendapatkan serta menggunakan benih padi sah melayakkan petani memperolehi semua subsidi dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan.

Apakah itu LCC Padi Apps?

LCC Padi Apps merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian sesuai dengan pemahaman rakyat Malaysia. Inovasi ini melibatkan aktiviti pemantauan keperluan pembajaan nitrogen untuk tanah sawah tempatan berpandukan penggunaan Leaf Color Chart (LCC) yang telah diterbitkan oleh International Rice Research Institute (IRRI). Melalui inovasi ini, petani dapat membekalkan baja nitrogen pada kadar sebenar yang diperlukan oleh padi mengikut varieti padi dan tanah sawah seterusnya dapat meningkatkan hasil padi.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan LCC Padi Apps?

LCC Padi Apps boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Playstore.

Apakah itu Rice Check?

Jabatan Pertanian telah memperkenalkan Rice Check sejak tahun 2002. Rice Check adalah panduan untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama mesti dipatuhi untuk pertumbuhan tanaman yang baik ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti hasil padi.

Kenapa perlu Rice Check dijadikan sebagai panduan bagi aktiviti penanaman padi?

Berdasarkan Rice Check, pesawah dapat mengesan berlakunya sesuatu masalah sekiranya sasaran Check yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi. Masalah-masalah ini perlu diatasi dengan segera bagi mendapatkan hasil potensi yang paling optimum berdasarkan kecekapan pesawah dalam menyelesaikan setiap masalah yang timbul di sepanjang musim penanaman.

Apakah Check yang tersenarai di dalam Rice Check?

Terdapat sepuluh (10) senarai semak dalam Rice Check iaitu :
i)   Rice Check 1   :  Penentuan Kesesuaian Tanah
ii)   Rice Check 2   :  Keadaan Petak Sawah
iii)   Rice Check 3   :  Penyediaan Tanah
iv)   Rice Check 4   :  Penanaman
v)   Rice Check 5   :  Pengurusan Pembajaan
vi)   Rice Check 6   :  Pengurusan Air
vii)   Rice Check 7   :  Pengurusan Perosak Bersepadu
viii)   Rice Check 8   :  Pengurusan Penuaian
ix)   Rice Check 9   :  Pengendalian Lepas Tuai
x)   Rice Check 10 :  Pengurusan Alam Sekitar

Saya berminat untuk menanam semula kebun kelapa tua. Apakah jenis kelapa yang Jabatan Pertanian syorkan bagi menggantikan kelapa tua dan bagaimanakah caranya untuk saya memohon bantuan dan mendapatkan khidmat nasihat?

Pada masa ini Jabatan Pertanian mengesyorkan jenis kelapa MATAG dan kelapa pandan. Kedua-dua jenis kelapa ini mempunyai ketinggian yang sederhana berbanding kelapa tua yang ada sekarang jenis tinggi iaitu Malayan Tall.
 
Kelapa MATAG adalah jenis baru yang boleh memberi hasil tinggi jika dijaga dengan baik. Pokok yang matang (berusia 7 tahun) boleh memberikan hasil sehingga 22,000 biji setahun. Buahnya boleh dipetik awal sebagai kelapa muda dan boleh juga dipetik tua untuk santan dan kelapa parut.
 
Kelapa Pandan pula sesuai kelapa muda kerana mempunyai aroma yang harum seperti pandan. Bagi menanam semula kebun kelapa yang telah tua, Jabatan Pertanian ada melaksanakan Program Penanaman Semula Kelapa yang dibuat secara berkelompok di mana bantuan untuk membiayai aktiviti membersih kawasan, membina sistem perparitan, membina pagar dan membekal input dan benih disediakan. Tuan bolehlah menghubungi Jabatan Pertanian terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Saya adalah seorang pengusaha cendawan tiram kelabu. Akhir-akhir ini saya dapati cendawan saya diserang beberapa perosak seperti bari-bari dan tikus. Apakah cara terbaik bagi mengawal perosak tersebut? Bolehkah saya gunakan racun serangga dan racun tikus?

Sebarang racun perosak tidak dibenarkan digunakan dalam penanaman cendawan kerana kelopak cendawan boleh menyerap racun dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Bagi mengelakkan serangan perosak, pengusaha disyorkan supaya mengikuti langkah-langkah berikut :
 
Untuk mengawal serangan serangga :
i)   Pastikan rumah cendawan kalis serangga. Tutup setiap laluan angin dengan jaring dan pasang langsir plastik pada pintu;
ii)   Gantung pelekat kuning (yellow sticker) di dalam dan luar rumah cendawan supaya serangga-serangga yang berterbangan akan melekat dan terperangkap;
iii)   Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan; dan
iv)   Kawal secara manual. Asingkan beg yang terkena serangan dan musnahkan perosak.
 
Untuk mengawal serangan tikus :
i)   Pastikan rumah cendawan kalis tikus dengan memasang satu (1) lapis dawai mata punai supaya tikus tidak dapat masuk ke dalam rumah cendawan;
ii)   Pasang perangkap tikus dengan menggunakan umpan kesukaannya seperti ikan kering. Jangan gunakan racun tikus. Keluarkan perangkap berisi tikus dari rumah cendawan dan bunuh tikus; dan
iii)   Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.

Cendawan jenis apakah yang paling popular, yang paling tinggi permintaan dan paling banyak ditanam pada masa ini?

Jenis Cendawan Tiram Kelabu.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat untuk penanaman cendawan?

Sila hubungi Jabatan Pertanian yang berhampiran dengan anda.

Apakah masalah utama yang biasanya dihadapi oleh penanaman cendawan?

Pencemaran dan serangan perosak yang akan mengakibatkan beg cendawan tidak mengeluarkan hasil.

Apakah jenis baru kopi yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian dan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bekalan anak benih kopi tersebut?

Pada masa ini Jabatan Pertanian mengesyorkan kopi klon baru jenis Liberica yang telah dihasilkan oleh MARDI iaitu MKL5, MKL6 dan MKL7 kerana mempunyai ciri-ciri baik seperti hasil lebih tinggi, penyelenggaraan lebih mudah, kurang masalah serangan perosak dan harga pasaran yang lebih baik.

Saya berminat untuk menternak lebah madu. Apakah syarat yang diperlukan untuk memulakan projek penternakan lebah madu?

Untuk memulakan projek penternakan lebah madu, tiga (3) syarat utama perlu ada iaitu ilmu/pengetahuan, peralatan dan kawasan yang sesuai. Jabatan Pertanian ada menyediakan kursus penternakan lebah madu bagi menyebarkan pengetahuan kepada sesiapa yang berminat di samping memberikan khidmat nasihat teknikal kepada penternak-penternak lebah madu dan juga bantuan dalam bentuk peralatan dan koloni / ratu lebah jenis Apis millifera (jenis yang diimport) untuk penternak baru. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Jabatan Pertanian terdekat.

Apakah jenis-jenis herba / rempah ratus yang berdaya maju untuk dibangunkan?

Jenis-jenis herba dan rempah ratus yang berdaya maju serta mempunyai potensi pasaran yang tinggi atau pasaran kontrak ladang di bawah penyelaran Jabatan pertanian adalah seperti berikut:
  Herba : Sirih, Rosel, Petai, Moringga/ Kelor, Belalai Gajah
  Rempah Ratus : Serai, Limau Kasturi, Limau Nipis, Kari, Halia, Lengkuas, Kunyit, Pandan, Bunga Kantan, Kesum

Bagaimanakah hendak menyertai Projek TKPM?

Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri / Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut. Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga.

Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera?

Projek TKPM terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan (mempunyai sijil atau pengalaman dalam bidang pertanian) dan berkemampuan (modal untuk memulakan projek).

Sekiranya peserta mengusahakan projek dalam jangkamasa yang lama, adakah tanah tersebut akan menjadi hak milik peserta?

Konsep pelaksanaan TKPM adalah dengan sewaan lot penanaman dengan kadar tertentu dan tidak diberi hak milik.

Apakah yang dimaksudkan dengan Import Permit (IP) dan Approved Permit (AP) bagi pengimportan komoditi agromakanan berasaskan tumbuhan?

Import Permit (IP) dikenakan ke atas pengimportan sesetengah komoditi agromakanan berasaskan tumbuhan seperti kelapa, bijirin, pisang, mangga, buah-buahan keluarga citrus, durian, cili dan lain-lain yang mempunyai risiko membawa bersama perosak dan penyakit tumbuhan berbahaya ke dalam negara.
 
IP dikeluarkan melalui Sistem ePermit DagangNET oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), manakala syarat pengimportan yang dinyatakan di dalam IP ditetapkan oleh Jabatan Pertanian sebagai Jabatan Dasar.
 
Approved Permit (AP) adalah kelulusan kuota import bagi komoditi agromakanan berdasarkan kuantiti dan syarikat pengimport bagi komoditi seperti kubis bulat dan kelapa tua biji.

Apakah komoditi agromakanan berasaskan tumbuhan yang dikenakan IP?

Tumbuhan, Produk Tumbuhan dan Artikel Terkawal yang berisiko sederhana dan tinggi seperti di Jadual ke-3 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Apakah sistem yang digunakan bagi pengimportan komoditi kelapa tua biji dan kubis bulat?

Sistem yang digunakan dalam pengimportan kelapa tua biji dan kubis bulat adalah Sistem ePermit dan FAMA 3P. Permohonan adalah melalui sistem Dagang Net Technologies Sdn. Bhd.

Bagaimana cara untuk mendaftar Sistem ePermit dan FAMA 3P?

Syarikat boleh melayari laman sesawang Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. dan mendaftar secara atas talian.

Apakah nombor talian perkhidmatan pelanggan DagangNet yang boleh dihubungi?

Hubungi Perkhidmatan Pelanggan DagangNet di talian 1 300 133 133 atau emel careline@dagangnet.com

Apakah Akta-akta yang terlibat dalam pengimportan komoditi makanan?

i)   Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin 1981.
ii)   Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa (MAQIS).
iii)   Peraturan-peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Perlabelan Keluaran Pertanian) (FAMA) 2008.

Bagaimanakah jika saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan Sistem AgroTrade?

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Sistem AgroTrade, sila emel atau hubungi pegawai terlibat:
Unit Kawalan Komoditi,
Seksyen Sayuran dan Tanaman Kontan
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT)
Aras 10, Wisma Tani, Blok 4G2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
 
No. Telefon : 03-8870 3483 / 3473
Emel : apkelapa[at]doa[dot]gov[dot]my / apkubis[at]doa[dot]gov[dot]my

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Encik Mohd Noor Azlan bin Othman
No. Telefon : 03-8870 2477
Emel : noorazlan[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Pembangunan Industri Tanaman
  Aras 10 & 12, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

  •  
  • Print
  • Email this page

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini174
Minggu IniMinggu Ini9188
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3969429
Jumlah Pelawat : 3969429 Tarikh Kemaskini : 11 - 05 - 2024