Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Bahagian Kawalan Racun Perosak

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN KAWALAN RACUN PEROSAK DAN BAJA

 

Apakah yang dimaksudkan dengan racun makhluk perosak?

Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yang digunakan dalam rumah.

Apakah Akta Racun Makhluk Perosak 1974?

Akta Racun Makhluk Perosak 1974 ialah satu undang-undang yang digubal bagi mengawal berbagai aspek yang berkaitan dengan racun makhluk perosak yang mana meliputi :
i)   Pengimportan, pengilangan racun makhluk perosak melalui pendaftaran dan pengeluaran permit;
ii)   Pengawalan, penjualan dan penyimpanan melalui kaedah-kaedah pelesenan;
iii)   Pengawalan residu racun makhluk perosak dalam bahan makanan, melalui cerakinan dan persampelan hasil pertanian;
iv)   menjalankan penyiasatan berkaitan dengan kes-kes keracunan yang disebabkan oleh racun makhluk perosak;
v)   Penguatkuasaan undang-undang berkaitan;
vi)   Pengawalan iklan racun makhluk perosak di media massa;
vii)   Pengawalan label racun makhluk perosak melalui Peraturan Perlabelan; dan
viii)   Pengawalan pengendali kawalan makhluk perosak.

Apakah objektif / matlamat Akta ini?

Matlamat Akta adalah seperti berikut :
i)   Mengawal perkilangan, penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak di negara ini;
ii)   Memastikan racun makhluk perosak adalah berkesan sebagaimana didakwa pada label;
iii)   Mengawal pemalsuan racun makhluk perosak dari segi kandungan, kepekatan bahan aktif, kemujaraban serta lain-lain sifat yang terdapat pada sesuatu racun makhluk perosak;
iv)   Mengawal residu racun makhluk perosak dalam makanan untuk kegunaan tempatan dan juga untuk eksport; dan
v)   Mengawal bahaya racun makhluk perosak ke atas pengguna, pengendali, orang awam, ternakan, punca-punca air dan juga alam sekitar.

Apakah peruntukan-peruntukan yang telah dilaksanakan di bawah Akta ini?

Peruntukan-peruntukan tersebut adalah :
i)   Pendaftaran racun makhluk perosak;
ii)   Pengeluaran permit mengimport racun makhluk perosak untuk tujuan penyelidikan pelajaran dan/atau sebagai contoh atau piawaian cerakinan;
iii)   Pemantauan residu dalam hasil pertanian;
iv)   Penyiasatan ke atas kematian dan bencana racun makhluk perosak;
v)   Pengawalan iklan makhluk perosak;
vi)   Pengawalan pengendalian kawalan makhluk perosak;
vii)   Pengawalan label racun makhluk perosak; dan
viii)   Pengawalan semburan udara racun makhluk perosak.

Apakah pendaftaran racun makhluk perosak?

Ia adalah suatu skim untuk mendaftarkan racun makhluk perosak yang diluluskan untuk diimport, dikilang, dijual dan digunakan di dalam negara ini yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di bawah arahan Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Apakah tujuan pendaftaran ini dijalankan?

Skim pendaftaran racun makhluk perosak adalah bertujuan menentukan racun makhluk perosak yang dipasarkan adalah berkesan seperti mana didakwa oleh pihak syarikat yang mendaftar dan selamat dikendalikan dengan syarat segala garis panduan dan peraturan penggunaannya dipatuhi.
 
Pendaftaran juga bertujuan untuk memastikan racun makhluk perosak yang didapati di pasaran itu mengandungi perawis aktif tertentu dalam kuantiti yang betul seperti yang dinyatakan di label dan dalam perumusan-perumusan yang sesuai dan diisi dalam bekas-bekas yang sesuai dan berlabel.

Apakah yang dimaksudkan dengan racun makhluk perosak yang diluluskan?

la adalah racun yang pada pendapat Lembaga Racun Makhluk Perosak berkesan untuk tujuan penggunaannya dan secara relatifnya selamat untuk digunakan dan boleh dijual di negara ini dengan mematuhi syarat-syarat tertentu.

Apakah jenis racun makhluk perosak yang dikawal oleh pendaftaran ini?

Penguatkuasaan pendaftaran pada 1 April 1981 ini meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan lain-lain yang digunakan dalam bidang pertanian, haiwan, kesihatan umum, rumahtangga dan lain-lain. Oleh yang demikian lingkaran nyamuk, bahan pengewasapan, aerosol dan minyak yang digunakan sebagai racun serangga mestilah semuanya didaftarkan.

Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesuatu racun makhluk perosak itu telah didaftarkan?

Suatu racun makhluk perosak yang berdaftar mempunyai label yang membawa satu nombor pendaftaran (No. Pendaftaran LRMP.R1/..........) dan kenyataan-kenyataan lain seperti nama racun, kepekatan perawis aktif, kenyataan amaran dan aturan menggunakannya.

Bilakah tarikh penguatkuasaan?

Mulai daripada 1 April 1981 di Semenanjung Malaysia dan 1 Januari 1982 di Sabah dan Sarawak, hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk diimport atau dikilang, dirumus, dibungkus, dibungkus semula atau dilabel di Malaysia. Racun makhluk perosak yang tidak berdaftar tidak boleh dijual di pasaran tempatan.

Apakah hukuman mengimport dan mengilang racun makhluk perosak yang salah jenama atau tidak didaftarkan?

Bagi kesalahan pertama, seseorang boleh dipenjarakan selama lima (5) tahun atau didenda sebanyak RM50,000 dan pada kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dipenjarakan selama sepuluh tahun atau didenda sebanyak RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Bolehkah anda mengimport racun makhluk perosak yang tidak berdaftar selepas tarikh tersebut?

Ya, boleh! Mengikut Seksyen 14 Akta, seseorang dibenarkan mengimport sesuatu racun makhluk perosak yang tidak berdaftar bagi maksud-maksud pelajaran, penyelidikan atau sebagai contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan sahaja. Walau bagaimanapun, beliau mestilah terlebih dahulu mendapatkan suatu permit daripada Jabatan Pertanian.

Apakah permit mengimport racun makhluk perosak?

Permit mengimport racun makhluk perosak adalah satu permit/kebenaran yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak 1974 (Pengimportan Bagi Maksud-Maksud Pelajaran, Penyelidikan atau sebagai contoh Pendaftaran atau Piawaian Cerakinan) bagi seseorang yang berhasrat mengimport racun makhluk perosak.

Apakah yang dimaksudkan dengan permit mengimport?

Permit import ini hanya dikeluarkan bagi tujuan Pelajaran, Penyelidikan atau sebagai contoh Pendaftaran atau Piawaian Cerakinan. Permit ini tidak dikeluarkan untuk membolehkan racun makhluk perosak diimport untuk tujuan jualan dalam pasaran tempatan. Bagi membolehkan sesuatu racun makhluk perosak itu dijual, ia mestilah didaftarkan terlebih dahulu dengan pihak Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Apakah hukuman yang boleh dikenakan sekiranya melanggar peraturan ini?

Bagi kesalahan pertama, seseorang yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan penjara sehingga enam (6) bulan atau didenda sebanyak RM5,000, dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya ia boleh dipenjarakan sehingga satu (1) tahun atau didenda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Apakah yang dimaksudkan dengan residu racun makhluk perosak dalam tanaman makanan?

Residu racun makhluk perosak adalah racun makhluk perosak yang tertinggal dalam tanaman makanan akibat penggunaan racun makhluk perosak untuk mengawal perosak tanaman.

Kenapakah residu racun makhluk perosak dalam makanan perlu dikawal?

Residu racun makhluk perosak dalam makanan perlu dikawal supaya kandungannya berada di paras yang selamat kepada pengguna. Kawalan residu juga adalah untuk memastikan :
i)   Bahan makanan mengandungi residu racun makhluk perosak tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang; dan
ii)   Keluaran hasil komoditi dapat diterima oleh negara luar selaras dengan had maksimum residu yang dtetapkan oleh pihak negara pembeli.

Di manakah maklumat berkaitan Had Maksimum Residu (MRL) racun perosak dalam tanaman makanan di Malaysia boleh diperolehi?

Had Maksimum Residu (MRL) racun perosak dalam tanaman makanan di Malaysia boleh disemak melalui Sistem myMRL.

Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada pengusaha ladang/pembekal/pengeksport/pengimport yang menjual atau mengedar hasil tanaman yang tidak mematuhi nilai Had Maksimum Residu (MRL) racun perosak?

Pengusaha ladang/pembekal/pengeksport/pengimport yang menjual hasil tanaman yang tidak mematuhi nilai Had Maksimum Residu (MRL) racun perosak akan dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Apabila disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit RM 10,000 ATAU penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun".

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Pertanian dalam memastikan hasil tanaman yang dihasilkan di Malaysia adalah mematuhi Had Maksimum Residu (MRL) racun perosak?

Jabatan Pertanian melaksanakan aktiviti pemantauan residu racun perosak dalam hasil tanaman makanan di Malaysia secara berterusan. Ia dilaksanakan melalui pengambilan sampel di peringkat ladang serta analisis residu racun perosak dimakmal bagi menentukan kepatuhan terhadap nilai MRL yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian.

Bagaimanakah Penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dijalankan?

Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja sentiasa menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis yang mengendalikan racun makhluk perosak, kebun, ladang untuk memastikan segala peruntukan Akta dipatuhi. Selain daripada itu Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja juga bertindak di atas laporan yang diterima dari mana-mana pihak bersabit dengan penguatkuasaan Akta ini. Orang ramai juga dapat membantu dalam penguatkuasaan Akta ini dengan memberi laporan serta maklumat mengenai pelanggaran mana-mana peruntukan Akta kepada Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja yang berdekatan.

Apakah tujuan mengadakan lesen bagi penjualan dan penyimpanan untuk jualan racun makhluk perosak?

Tujuannya adalah untuk :
i)   Mengawal penjualan dan penyimpanan serta keselamatan pengendalian racun makhluk perosak; dan
ii)   Mengawal pencemaran racun makhluk perosak terhadap makanan, minuman dan alam sekitar.

Apakah yang dimaksudkan dengan lesen dan jenis lesen yang dikeluarkan di bawah kaedah-kaedah pelesenan tersebut?

a)   Lesen Menjual Racun Makhluk Perosak
  Lesen ini dikeluarkan kepada penjual-penjual racun makhluk perosak. Pemegang lesen ini cuma dibenarkan menyimpan dan menjual racun makhluk perosak pada premis yang dinyatakan dalam lesen sahaja. Satu lesen dikeluarkan untuk satu premis sahaja.
 
b)   Lesen Menyimpan Racun Makhluk Perosak Untuk Jualan
  Lesen ini dikeluarkan kepada penjual-penjual racun makhluk perosak yang menyimpan racun tersebut di premis selain daripada premis jualan. Pemegang lesen ini tidak dibenarkan menjalankan aktiviti penjualan pada premis yang disebutkan di dalam lesen tersebut.

Siapakah yang layak memohon lesen di bawah Kaedah-Kaedah Pelesenan?

Hanya syarikat-syarikat, pertubuhan perniagaan, koperasi-koperasi dan lain-lain badan/agensi yang didaftarkan di bawah undang-undang yang berkaitan di negara ini boleh memohon lesen tersebut. Permohonan atas nama perseorangan tanpa memenuhi syarat di atas tidak dapat diterima.

Apakah jenis racun makhluk perosak yang dikecualikan daripada mempunyai lesen?

Racun makhluk perosak yang disenaraikan di bawah ini adalah dikecualikan daripada mempunyai lesen :
i)   Bacillus thuringensis subsp. israelensis serotype H-14 yang mengandungi 200 I.T.U/mg;
ii)   Bacillus thuringensis subsp. israelensis serotype H-14 yang mengandungi 1200 I.T.U/mg;
iii)   Cecair "spot on" untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing;
iv)   Cecair penghalau nyamuk untuk pengewapan;
v)   Kelambu atau kertas yang diserapkan dengan racun serangga;
vi)   Kepingan penghalau nyamuk;
vii)   Lingkaran penghalau nyamuk;
viii)   Losyen untuk mengawal kutu, pinjal dan hama pada anjing dan kucing;
ix)   Penghalau serangga;
x)   0.5% atau kurang b/b serbuk permethrin;
xi)   1% atau kurang b/b butir temephos;
xii)   Relang leher untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing;
xiii)   Sabun untuk binatang peliharaan;
xiv)   Serbuk untuk mengawal sengkenit dan pinjal pada anjing dan kucing;
xv)   Syampu untuk mengawal kutu, pinjal dan hama pada anjing dan kucing;
xvi)   Tablet untuk mengawal lipas; dan
xvii)   Umpan lalat, lipas atau semut.

Bolehkah anda menjual racun makhluk perosak tanpa lesen selepas kaedah-kaedah pelesenan dikuatkuasakan?

Tidak boleh! Mengikut Seksyen 59 Akta Racun Makhluk Perosak 1974, seseorang itu tidak dibenarkan menjual racun makhluk perosak selain daripada racun makhluk perosak yang disenaraikan di bawah Perintah Racun Makhluk Perosak (Pengecualian) 1988, tanpa lesen. Seseorang itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan lesen menjual racun makhluk perosak daripada Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Berapa lamakah tempoh lesen itu dikeluarkan?

Lesen tersebut dikeluarkan hanya untuk tempoh tiga (3) tahun dari tarikh ianya dikeluarkan dan perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh lesen. Untuk membaharui lesen, pemohon dikehendaki mengemukakan satu (1) permohonan memperbaharui beserta dengan bayaran.

Apakah hukuman jika menjual atau menyimpan bagi tujuan jualan racun makhluk perosak tanpa lesen atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan?

Sesiapa yang menjual/menyimpan untuk jualan racun makhluk perosak tanpa lesen, adalah melakukan satu (1) kesalahan di bawah Seksyen 20 (1) Akta Racun Makhluk Perosak 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 20 (4) A Akta tersebut. Penalti bagi kesalahan adalah seperti berikut :
i)   Bagi kesalahan kali pertama, boleh didenda sebanyak RM10,000 atau tiga (3) tahun penjara;
ii)   Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, boleh didenda sebanyak RM20,000 atau enam (6) tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Di manakah pemohon boleh mendapatkan borang permohonan lesen tersebut?

Borang-borang permohonan lesen boleh didapati di tempat-tempat berikut :
i)   Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Negeri; dan
ii)   Portal Rasmi Jabatan Pertanian.

Apakah yang dimaksudkan dengan Peraturan Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa?

Peraturan Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa adalah satu (1) peraturan bertujuan mengawal serta menghadkan penggunaan beberapa jenis racun makhluk perosak tersebut.

Di bawah peraturan ini apakah jenis racun yang dikawal?

Buat masa kini cuma tiga (3) jenis racun makhluk perosak yang dikawal iaitu :
i)   Acephate
ii)   Monocrotophos; dan
ii)   Methamidophos.

Mengapakah racun makhluk ini dikawal?

Racun makhluk perosak ini dikawal oleh sebab tahap keracunan atau kebisaannya yang amat tinggi pada manusia dan binatang apabila terdedah padanya.

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Encik Baharuddin bin Basri
No. Telefon : 03-2030 1485
Emel : baharuddinb[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja
  Tingkat 4-6, Wisma Tani Jln Sultan Salahuddin,
  50632 Kuala Lumpur.

  •  
  • Print
  • Email this page

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini715
Minggu IniMinggu Ini6371
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3921437
Jumlah Pelawat : 3921437 Tarikh Kemaskini : 28 - 03 - 2024