INSTITUT PERTANIAN TITI GANTONG (IPTG) |
||||||||||||
Institut Pertanian Titi Gantong (IPTG) telah ditubuhkan pada tahun 1974 dengan mempunyai keluasan seluas 64 hektar termasuklah ladang-ladang. Namun begitu pada tahun ini, keluasan institut ini telah bertambah kepada 80 hektar. Selain daripada mengendalikan Kursus Sijil Pertanian, IPTG turut menguruskan Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) yang mengambil masa selama lapan (8) bulan bagi setiap sesi. Asrama untuk para pelajar mampu menampung seramai 90 orang pelajar bagi asrama lelaki dan 90 orang bagi asrama perempuan. Di antara kemudahan lain yang terdapat di sini termasuklah dewan besar yang mampu memuatkan seramai 200 orang, bilik kuliah berhawa dingin, bilik komputer, bilik mesyuarat dan perpustakaan. |
||||||||||||
Pegawai Penghubung
|