Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Program Sijil Pertanian (IPSM)

PROGRAM SIJIL PERTANIAN (IPSM)

 

Pengenalan

Institut Pertanian Malaysia merupakan institusi yang mempelopori pendidikan dan latihan pertanian secara holistik peringkat sijil sejak tahun 50an. Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.
 
Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.
 
Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak; Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.
 
Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang tidak mengendalikan Program Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
 
Semua Institut Pertanian di Semenanjung Malaysia adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.

Visi

Menjadi peneraju pembangunan modal insan bagi mentransformasikan sektor pertanian.

Misi

Melahirkan modal insan berkompetensi melalui program pengajian yang dinamik dan mampan.

Matlamat Program

  • Melahirkan graduan pertanian yang berpengetahuan dan berkemahiran;
     
  • Menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan pasaran;
     
  • Membangunkan usahawan yang kompetitif dan berdaya tahan; dan
     
  • Menyediakan laluan pendidikan bagi pembelajaran sepanjang hayat.

Objektif Pendidikan Program (OPP)

Program Sijil Pertanian akan menghasilkan graduan yang :
 
  • Berpengetahuan saintifik serta berkemahiran pertanian dan keusahawanan.
     
  • Berkebolehan untuk mengenalpasti idea, proses dan prosedur dalam bidang pertanian.
     
  • Berkemahiran interpersonal dan komunikasi dengan berkesan.
     
  • Mempunyai etika dan tanggungjawab terhadap masyarakat, keselamatan makanan dan kelestarian alam sekitar.
     
  • Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Hasil Pembelajaran Program (HPP)

  • Menggunakan pengetahuan serta maklumat secara pintar dalam pengurusan pertanian.
     
  • Mengadaptasi idea, proses dan prosedur dalam bidang pertanian dan industri asas tani.
     
  • Mengorganisasi semula teknologi dalam pengeluaran pertanian dan industri asas tani.
     
  • Berkomunikasi dengan berkesan dan boleh bekerja secara berpasukan.
     
  • Menggunakan data untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
     
  • Mempamerkan kualiti kepimpinan yang dinamik dan bertanggungjawab.
     
  • Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat.
     
  • Mengamalkan etika dan profesionalisme sepanjang masa.

Sinopsis Program

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pengurusan pengeluaran pertanian, industri asas tani serta pemasaran. Kategori kursus yang ditawarkan ialah Kursus Umum, Kursus Teras, Kursus Pengkhususan dan Latihan Industri.
 
KATEGORI KETERANGAN
 Kursus Umum
  Kursus yang membina aspek asas dan kemahiran insaniah bagi semua pelajar.
 
 
 Kursus Teras
  Kursus yang ditetapkan bagi memastikan pelajar mencapai tahap kemahiran dalam aspek teknikal pertanian dan keusahawanan.
 
 
 Kursus Pengkhususan
  Kursus untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengurusan projek yang lebih khusus berdasarkan kecenderungan serta memenuhi prasyarat yang ditetapkan.
 
 
 Latihan Industri (LI)
  Penempatan pelajar disesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal selama lapan minggu sebelum dianugerahkan Sijil Pertanian.
 
 

Senarai Kursus Program Sijil Pertanian

TAHUN 1 (SATU)

  SEMESTER I
 
  • 111 - Pendidikan Islam I
  • 112 - Asas Pendidikan Moral
  • 113 - Aplikasi Komputer
  • 121 - Kejuruteraan Pertanian
  • 122 - Pengurusan Tanaman Sayuran dan Kontan
  • 123 - Tanaman Industri
  • 124 - Pengurusan Tanah
  • 125 - Perlindungan Tanaman
     

  SEMESTER II
 
  • 211 - Pendidikan Islam II
  • 212 - Pendidikan Moral
  • 213 - Keusahawanan
  • 221 - Mekanik Pertanian
  • 222 - Pengurusan Tanaman Buah-Buahan
  • 223 - Hortikultur Hiasan
  • 224 - Asas Pengurusan Ternakan
  • 225 - Asas Pemprosesan Makanan
     
TAHUN 2 (DUA)

  SEMESTER III
 
  • 311 - Communicative English I
  • 312 - Tamadun Islam
  • 321 - Pengembangan Pertanian
  • 322 - Perniagaan Tani
  • 331 - Landskap I
  • 332 - Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan (S)
  • 333 - Teknologi Memproses Hasil Pertanian I
  • 334 - Mekanisasi Ladang I
  • 335 - Pengurusan Estet I
  • 336 - Pengurusan Ternakan I
     

  SEMESTER IV
 
  • 411 - Communicative English II
  • 412 - Pengurusan Am
  • 421 - Padi Dan Pertanian Berpotensi Tinggi
  • 431 - Landskap II
  • 432 - Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan (B)
  • 433 - Teknologi Memproses Hasil Pertanian II
  • 434 - Mekanisasi Ladang II
  • 435 - Pengurusan Estet II
  • 436 - Pengurusan Ternakan II
  • 441 - Latihan Industri - 8 Minggu
  • 551 - Pembangunan Modal Insan*
     

Minggu Pengajian

SEMESTER I
  Pengajian
  Cuti Pertengahan Semester
  Pengajian
  Peperiksaan Akhir
  Cuti Antara Semester
 
  8 minggu
  1 minggu
  8 minggu
  1 minggu
  9 minggu
 
SEMESTER II
  Pengajian
  Cuti Pertengahan Semester
  Pengajian
  Peperiksaan Akhir
  Cuti Antara Semester
 
  8 minggu
  1 minggu
  8 minggu
  1 minggu
  6 minggu
 
SEMESTER III
  Pengajian
  Cuti Pertengahan Semester
  Pengajian
  Peperiksaan Akhir
  Cuti Antara Semester
 
  8 minggu
  1 minggu
  8 minggu
  1 minggu
  9 minggu
 
SEMESTER IV
  Pengajian
  Cuti Pertengahan Semester
  Pengajian
  Peperiksaan Akhir

  Latihan Industri
 
  8 minggu
  1 minggu
  8 minggu
  1 minggu

  8 minggu
 

* Minggu pengajian tertakluk kepada perubahan

Kos Pengajian

  • Penginapan dan makan minum dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan.
     
  • Bayaran Pendaftaran dan pengkhususan dibiayai oleh pelajar.

Pengiktirafan Kelayakan

  • Diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Prospek Kerjaya

Graduan Sijil Pertanian adalah kompeten untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan, badan berkanun, majlis tempatan, swasta atau menceburi bidang keusahawanan.

Permohonan

Pengambilan pelajar baru akan diiklankan di Portal Rasmi Jabatan Pertanian pada Jun setiap tahun. Mereka yang berminat boleh memohon secara online bagi lepasan sijil SPM. Manakala bagi kakitangan Kerajaan, permohonan hendaklah dibuat secara bertulis melalui kebenaran Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada :

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Pertanian,
Aras 13, No.30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
(u.p. : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional)

 

Pegawai Penghubung

Sebarang pertanyaan berkenaan Program Sijil Pertanian di Institut Pertanian ini, bolehlah menghubungi :
 
Nama : Puan Noorzilawati Binti Abd Kamis
No. Telefon : 03-8870 3035
No. Faks : 03-8888 8475
Emel : noorzilawati[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional
  Bahagian Pembangunan Modal Insan
  Jabatan Pertanian,
  Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

 
Nama : Puan Sitti Binti Rudin
No. Telefon : 03-8870 3228
No. Faks : 03-8888 8475
Emel : sitti[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional
  Bahagian Pembangunan Modal Insan
  Jabatan Pertanian,
  Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

 
Nama : Encik Amirul Azmi Bin Supuan
No. Telefon : 03-8870 3238
No. Faks : 03-8888 8475
Emel : amirul[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Seksyen Latihan Teknikal dan Vokasional
  Bahagian Pembangunan Modal Insan
  Jabatan Pertanian,
  Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.


  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini571
Minggu IniMinggu Ini8024
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3941712
Jumlah Pelawat : 3941712 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 2024