Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak

LESEN PENGENDALI KAWALAN MAKHLUK PEROSAK

 
image

 
Pengenalan
 
Seseorang yang mempunyai, mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak yang terlibat dalam menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah, hendaklah memiliki suatu Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga.

Permohonan untuk Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak melalui Borang B dan disertakan dengan fi permohonan sebanyak RM400.00.

Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak tidak boleh dipindahkan miliknya dan dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut :
 
  1. Melainkan jika dibatalkan atau digantung telebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh dua (2) tahun dari tarikh lesen dikeluarkan.
     
  2. Lesen ini hendaklah dipamerkan pada sepanjang masa di premis yang dinyatakan dalam lesen ini.
     
  3. Tiada seorang pun boleh menjalankan suatu syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak selain di premis yang dinyatakan dalam lesen ini.
     
  4. Lembaga tidak akan mengeluarkan Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak sehingga pemohon, atau seorang pemakai racun makhluk perosak yang bekerja di bawahnya, yang menjalankan atau menyelia penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak di atas harta orang lain bagi upah, ialah pemakai racun makhluk perosak berlesen.
     
  5. Pemegang lesen hendaklah memohon kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa pertukaran dalam alamat bagi syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak itu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum pertukaran itu, disertakan dengan satu (1) salinan Lesen untuk Menjual dan Menyimpan untuk Penjualan Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak dan, dalam hal perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak, lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan bagi premis yang baru.
     
  6. Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perubahan mengenai pemakai racun makhluk perosak berlesen yang bekerja di bawahnya dalam tempoh 10 hari daripada perubahan itu.
     
  7. Lembaga Racun Makhluk Perosak boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu.

     
Pegawai Penghubung
 
Nama : Encik Mohamad Rizalasri bin Che Hashim
No. Telefon : 03-2030 1457
No. Faks : 03-2994 7001
Emel : rizalasri[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja
  Jabatan Pertanian,
  Tingkat 4-6 Wisma Tani,
  Jalan Sultan Salahuddin,
  50632 Kuala Lumpur.

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini790
Minggu IniMinggu Ini2306
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3908664
Jumlah Pelawat : 3908664 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024