Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Pendaftaran Baru/Semula Racun Makhluk Perosak

PERMOHONAN UNTUK PENDAFTARAN BARU / SEMULA RACUN MAKHLUK PEROSAK

 
image

 

Pengenalan

Permohonan untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak hendaklah dibuat kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak melalui Borang A.

Permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi racun makhluk perosak yang berlainan.

Pertubuhan perbadanan yang mengemukakan sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

Bayaran Permohonan

Bayaran bagi permohonan untuk Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak ialah RM1,500.00 dan dibayar semasa permohonan dibuat. Bayaran permohonan yang dibayar tidak boleh dikembalikan.

Bayaran Pendaftaran

Bayaran bagi Pendaftaran Baru / Semula Racun Makhluk Perosak mengikut kelas yang diperuntukkan bagi racun makhluk perosak sebagaimana yang ditetapkan dalam subperenggan 4(j)(i) Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984 [P.U. (A) 251/1984] seperti yang berikut :
 
a) RM3,500.00 bagi racun makhluk perosak Kelas 1a dan Kelas 1b;
b) RM2,000.00 bagi racun makhluk perosak Kelas II;
c) RM1,000.00 bagi racun makhluk perosak Kelas III; dan
d) RM500.00 bagi racun makhluk perosak Kelas IV.
 
dan perlu dibayar sebelum perakuan pendaftaran dikeluarkan.

Carta Alir Pemprosesan Permohonan Yang Diterima

image

Pegawai Penghubung

Nama : Puan Haslina Binti Mohd Saleh
No. Telefon : 03-2030 1489
No. Faks : 03-2691 7551
Emel : haslina[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja
  Jabatan Pertanian,
  Tingkat 4-6 Wisma Tani,
  Jalan Sultan Salahuddin,
  50632 Kuala Lumpur.

 
Nama : Encik Malek Bin Haron
No. Telefon : 03-2030 1494
No. Faks : 03-2691 7551
Emel : malek[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja
  Jabatan Pertanian,
  Tingkat 4-6 Wisma Tani,
  Jalan Sultan Salahuddin,
  50632 Kuala Lumpur.


  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1117
Minggu IniMinggu Ini2633
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3908985
Jumlah Pelawat : 3908985 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024