Bahasa : Melayu | English | Lain-lain
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
padi_field.jpg
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi.JPG
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
 
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Info Racun Perosak

INFO RACUN PEROSAK
 
Salah satu isu utama bagi mereka yang terlibat dalam perladangan dan pertanian adalah penggunaan racun perosak. Dalam tajuk berita baru-baru ini, telah berlaku penularan serangga bena perang yang telah memusnahkan sejumlah 211 hektar tanaman padi. Kebimbangan yang timbul ini telah mencetuskan perbincangan kemungkinan penggunaan racun perosak secara berlebihan yang bukan sekadar membunuh serangga perosak berbahaya, tetapi juga haiwan lain yang membantu memerangi serangga perosak tersebut. Oleh itu, perkara yang akan dibincangkan di sini adalah berkaitan peraturan dan pengurusan makhluk perosak dalam industri pertanian Malaysia.
 
Di Malaysia, produk racun perosak dinilai dari segi:
  • keberkesanan biologi;
  • kesesuaian untuk keperluan pasaran tempatan;
  • cadangan penggunaan;
  • had risiko terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar; dan
  • kesahan penggunaan, yang dibuktikan dengan pendaftaran atau penolakan pendaftaran.
     
Seperti yang sewajarnya, Lembaga Racun Perosak perlu mendaftarkan racun perosak tertentu bagi membolehkan pengedaran secara sah di Malaysia. Oleh itu, pelbagai penyelidikan dan penilaian produk tersebut telah dibuat sebelum racun perosak tersebut sedia untuk dijual di Malaysia.
 
Antara cabaran utama yang berkaitan dengan kesihatan tumbuhan dan racun perosak adalah gangguan endokrin, kerosakan pembiakan dan perkembangan, neurotoksik, peningkatan kadar morbid dan sebagainya. Di Malaysia, salah satu daripada kebimbangan adalah disebabkan oleh kepelbagaian pendedahan serta kepelbagaian ciri racun perosak, yang menyebabkan kesukaran untuk mendiagnosis penyakit tertentu yang diakibatkan oleh kesan racun perosak. Penyelidikan berterusan perlu dilakukan keatas hubung kait antara penggunaan racun perosak dan kesihatan awam di Malaysia agar keputusan yang memuaskan dapat diperolehi.
 
Buat masa ini, Kod Etika Antarabangsa bagi Pengedaran dan Penggunaan Racun Perosak adalah satu kaedah memastikan peraturan yang sesuai ke atas racun perosak di Malaysia, dan di peringkat global, bagi mengurangkan risiko kerosakan terhadap tanaman dan juga manusia. Seperti yang dinyatakan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), kod ini menjurus kepada "pengurusan yang kukuh ke atas racun perosak dengan tumpuan terhadap pengurangan risiko, perlindungan kesihatan manusia dan alam sekitar, dan sokongan bagi pembangunan pertanian yang mampan secara penggunaan berkesan racun perosak dan penggunaan strategi IPM".
 


  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Mygov msc iim MyGovMobile  
  •   moa Bless MyAgro SPRM  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 1750698 KEMASKINI TERAKHIR : 17-11-2019 JUMLAH PELAWAT : 1750698 KEMASKINI TERAKHIR : 17-11-2019
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my