Bahasa : Melayu | English | Lain-lain
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
padi_field.jpg
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi.JPG
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
   
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN 
 
Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman

Pembangunan Pertanian Komuniti

PEMBANGUNAN PERTANIAN KOMUNITI

 


 

Pengenalan

Pembangunan Pertanian Komuniti atau juga dikenali program pertanian bandar merupakan program yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pembangunan pertanian komuniti berperanan sebagai salah satu strategi untuk menggalakkan interaksi sosial antara penduduk tempatan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.

Objektif

  • Membantu mengurangkan kos sara hidup.
     
  • Mewujudkan aktiviti pertanian komuniti bagi memastikan pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
     
  • Mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi dikalangan komuniti.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia.
     
  • Menetap di kawasan bandar dan pinggir bandar.
     
  • Berminat untuk melaksanakan projek pertanian.
     
  • Bersedia memberi komitmen sepenuhnya.

Projek / Aktiviti

Individu / Usahawan

Program dilaksanakan secara individu / usahawan pertanian bandar sama ada di kawasan kediaman, tanah kosong dan sebagainya untuk menjana pendapatan melalui pengeluaran dan jualan hasil.
 
img
 

TAMAN PERUMAHAN TANAH LOT 18, KUALA BERANG, TERENGGANU

Komuniti

Program ini melibatkan kawasan penanaman yang dikenal pasti di sekitar pangsapuri / kediaman yang dilaksanakan bersama oleh penduduk secara komuniti. Aktiviti pertanian dapat untuk menjana pendapatan komuniti melalui pengeluaran dan jualan hasil. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan keharmonian di antara kejiranan dan mengindahkan lagi landskap di sekitar kawasan tersebut.
 
img
 

PERUMAHAN AWAM SRI PERLIS 2, DATO KERAMAT, KUALA LUMPUR

Sekolah

Melaksanakan aktiviti pertanian di sekolah bagi mengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan pelajar, guru dan ibu bapa kepada kepentingan aktiviti pertanian untuk pengeluaran makanan dan melalu aktiviti dapat menjana pendapatan di samping mengindahkan landskap dipersekitaran sekolah. Pelajar dapat menjalankan aktiviti fizikal melalui aktiviti pertanian.
 
img
 

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 17 (1)

Institusi

Melaksanakan aktiviti pertanian menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai di kawasan institusi, pejabat kerajaan, pejabat swasta dan sebagainya bagi menghasilkan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan selain mengindahkan landskap kawasan.
 
img
 

JABATAN KASTAM, PERLIS

Permohonan Untuk Menyertai Program

Mana-mana yang berminat untuk menyertai progam ini perlu membuat permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan seperti di Lampiran 1. Borang boleh dimuat turun dari Laman Web Jabatan Pertanian atau dengan menghubungi Pejabat Pertanian Daerah / Kawasan berdekatan untuk perkhidmatan atau keterangan lanjut. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada ke Pegawai Pertanian Daerah / Kawasan berkenaan.

Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian Daerah / Kawasan akan melawat kawasan projek untuk menentukan lokasi, keluasan projek serta mencadangkan kategori projek yang sesuai.
 
Lampiran 1 - Borang Permohonan Pembangunan Pertanian Komuniti

Outcome Program

Program ini dijangka mendapat outcome sebagaimana berikut :
 
  • Pengeluaran hasil pertanian yang selamat dimakan sebanyak 8,800 metrik tan pada tahun 2025.
     
  • Pengurangan kos sara hidup sebanyak RM1,296.00 pada tahun 2021 kepada RM1,680.00 pada tahun 2025.



  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Mygov msc iim MyGovMobile  
  •   moa Bless MyAgro SPRM  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 3114483 KEMASKINI TERAKHIR : 19-04-2021 JUMLAH PELAWAT : 3114483 KEMASKINI TERAKHIR : 19-04-2021
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my