Bahasa : Melayu | English | Lain-lain
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
padi_field.jpg
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi.JPG
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
 
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Pelaporan Serangan Perosak Tanaman Padi

PELAPORAN SERANGAN PEROSAK TANAMAN PADI

 
Pengenalan
 
Perkhidmatan Pelaporan Serangan Perosak Tanaman Padi ini merupakan inisiatif baru Jabatan Pertanian bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan rakyat. Perkhidmatan MySMS ini membolehkan petani melaporkan masalah perosak padi meliputi serangan perosak dan penyakit tanaman padi melalui SMS supaya tindakan susulan dapat diambil oleh pihak Jabatan Pertanian dengan segera. Melalui gerbang perkhidmatan ini, amaran awal serangan perosak dapat disalurkan dengan mudah, cepat dan beroperasi 24 jam sehari.

**Caj penghantaran satu (1) permohonan katalog adalah sebanyak RM0.35 (caj penghantaran SMS RM 0.15 dan caj penerimaan SMS auto-reply RM0.20).

 
Panduan Perkhidmatan
 
1. Taip kod perkhidmatan MySMS Jabatan Pertanian seperti berikut :

DOA [jarak] PROSAKPADI [jarak] kod_negeri [jarak] lokasi_kejadian [jarak] aduan_ringkas
 
  Contoh :
 
 
DOA PROSAKPADI A PARIT BUNTAR SERANGAN BENA PERANG
 

 
  **kod_negeri adalah seperti berikut :
 
  • A = Perak
  • B = Selangor
  • C = Pahang
  • D = Kelantan
  • J = Johor
  • K = Kedah
  • M = Melaka
  • N = Negeri Sembilan
  • P = Pulau Pinang
  • R = Perlis
  • T = Terengganu

 
2. Hantar SMS ke nombor 15888
 
3. Anda akan menerima satu (1) SMS auto-reply yang mempunyai no. rujukan seperti berikut :

"DOA: Laporan anda bernombor rujukan [refnum] telah diterima. Anda akan dihubungi untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan, hubungi 03-2030 1400."
 
4. Pegawai Jabatan Pertanian akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
5. Tindakan susulan seperti bancian dan kawalan perosak akan diambil.

  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Mygov msc iim MyGovMobile  
  •   moa Bless MyAgro SPRM  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 317462 KEMASKINI TERAKHIR : 21-07-2017 JUMLAH PELAWAT : 317462 KEMASKINI TERAKHIR : 21-07-2017
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Tel. : 03-88703000 | Faks: 03-88885069
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my