Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Unit Integriti

SOALAN LAZIM - UNIT INTEGRITI

 

Bilakah Unit Integriti Jabatan Pertanian ditubuhkan?

Unit Integriti telah ditubuhkan pada 2 Mei 2014 berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP Bil. 6/2013) Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam.

Apakah fungsi Unit Integriti ini?

Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
i)   Tadbir Urus
ii)   Pengukuhan Integriti
iii)   Pengesanan dan Pengesahan
iv)   Pengurusan Aduan
v)   Pematuhan
vi)   Tatatertib

Apakah tujuan Pelan Antirasuah Jabatan Pertanian (PLANT DOA) 2020-2025 diwujudkan?

PLANT DOA diwujudkan sebagai ‘living document’ utama Jabatan yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus dalam negara bagi tempoh lima (5) tahun akan datang (2020-2025).

Apakah prosedur pengurusan aduan yang dirujuk dan digunakan oleh Unit Integriti?

Unit Integriti merujuk dan mengguna pakai Prosedur Pengurusan Aduan, Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) MS ISO 37001:2016 DOA.PSPAR(S)03 Keluaran 03 yang telah berkuatkuasa pada 1 November 2022.

Bagaimana aduan atau maklumat boleh disalurkan kepada Unit Integriti?

Aduan atau maklumat boleh dikemukakan kepada Unit Integriti dengan cara:
i)   Menghadirkan diri ke Unit Integriti Jabatan Pertanian di alamat:

Aras 14, Wisma Tani,
No. 30, Lot 4G2, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya.
 
ii)   Mengemukakan surat ke alamat tersebut;
 
iii)   Menggunakan saluran e-Integriti di Portal Rasmi Jabatan Pertanian;
 
iv)   Mengemukakan emel ke aduanintegriti[at]doa[dot]gov[dot]my;
 
v)   Menghubungi talian 03-8870 3166.

Apakah jenis aduan atau maklumat yang boleh disalurkan kepada Unit Integriti?

Aduan atau maklumat berkaitan salah laku pegawai/kakitangan Jabatan Pertanian.

Siapakah yang boleh membuat aduan berkaitan pelanggaran tatatertib dan salahlaku yang berlaku di Jabatan Pertanian kepada Unit Integriti?

Mana-mana pihak sama ada orang awam atau pegawai/kakitangan Jabatan Pertanian boleh membuat aduan.

Bolehkah seseorang membuat aduan atau memberi maklumat bagi pihak orang lain?

Boleh. Seseorang boleh membuat aduan walaupun beliau bukan mangsa tindakan salah laku yang ingin diadukan. Walau bagaimanapun, orang tersebut hendaklah mengemukakan butir-butir mangsa tersebut untuk tindakan lanjut Unit Integriti.

Adakah pengadu atau pemberi maklumat dilindungi?

Pengadu atau Pemberi Maklumat akan dilindungi di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Jabatan Pertanian.

Adakah Unit Integriti akan melayan aduan berbentuk surat layang?

Ya, Unit Integriti menerima semua jenis aduan termasuk surat layang. Sekiranya Unit Integriti mendapati aduan tersebut berasas, ianya akan diambil tindakan selanjutnya.

Apakah prosedur siasatan yang dirujuk dan digunakan oleh Unit Integriti?

Unit Integriti merujuk dan mengguna pakai Tatacara Operasi Piawai Pengesanan dan Pengesahan 1.5.13/0006/UI/0001 yang telah diluluskan pada 23 Mac 2022.

Berapa lama tempoh yang diambil oleh Unit Integriti untuk melengkapkan sesuatu siasatan?

Tempoh masa penyiapan siasatan adalah bergantung kepada tahap kerumitan sesuatu kes. Jika Ketua Unit Integriti (KUI) mendapati kertas siasatan masih belum lagi sempurna, KUI boleh melanjutkan lagi tempoh masa penyiapan bergantung kepada situasi kes.

Sekiranya mana-mana pegawai/kakitangan Jabatan Pertanian diminta untuk hadir sesi temu bual atau pemeriksaan siasatan, adakah pegawai tersebut perlu hadir dan memberikan kerjasama?

Ya, pegawai/kakitangan berkenaan hendaklah mematuhi arahan tersebut dan sekiranya tidak hadir tanpa sebab yang munasabah, ia boleh dianggap sebagai ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Apakah panduan yang boleh dirujuk oleh Ketua Jabatan/Penyelia dalam menguruskan salah laku kakitangan?

Adakah Jabatan Pertanian mempunyai dasar atau prosedur mengenai kes gangguan seksual?

Jabatan Pertanian merujuk dan mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 - Garis Panduan Pengendalian Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.

Siapakah yang menganggotai Lembaga Tatatertib di Jabatan Pertanian?

Mengikut Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] keanggotaan Lembaga Tatatertib terdiri dari anggota yang dinyatakan dalam ruang 4 Jadual.

Apakah jenis dan pelaksanaan hukuman tatatertib?

Berdasarkan Peraturan 38 P.U.(A) 395/1993, jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, pegawai boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman bergantung kepada keseriusan kesalahan iaitu :
i)   Amaran
ii)   Denda
iii)   Lucut Hak Emolumen
iv)   Tangguh Pergerakan Gaji
v)   Turun Gaji
vi)   Turun Pangkat
vii)   Buang Kerja

Bolehkah Mesyuarat Lembaga Tatatertib bersidang untuk menjatuhkan hukuman ke atas pegawai sekiranya tempoh representasi pembelaan diri pegawai belum tamat 21 hari?

Tidak boleh. Pegawai perlu mengemukakan representasi dalam tempoh 21 hari, Jika, selepas tamat tempoh 21 hari pegawai tidak mengemukakan representasi maka Mesyuarat Lembaga Tatatertib boleh bersidang untuk menentukan hukuman ke atas pegawai tersebut.

Bolehkah pegawai atau kakitangan membuat rayuan bagi tindakan tatatertib yang telah dikenakan?

Boleh. Mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib termasuk pegawai yang dibuang kerja melalui Warta boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (LRTT).

Apakah kesan jika pegawai atau kakitangan dikenakan tindakan Tatatertib?

i)   Tindakan tatatertib akan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan.
 
ii)   Pegawai atau kakitangan berkenaan tidak layak untuk memohon kenaikan pangkat mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009.
 
iii)   Tindakan tatatertib yang dikenakan akan diambilkira di dalam urusan pengesahan jawatan, kenaikan pangkat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Apakah yang dimaksudkan dengan hadiah atau sumbangan?

Maksud hadiah atau sumbangan di dalam Ceraian UP.7.2.5 Pengurusan Penerimaan atau Pemberian Hadiah, Keraian dan Tajaan Dalam Perkhidmatan Awam termasuk :
i)   Harta alih seperti wang tunai, mata wang kripto, syer, saham, tiket loteri, debenture, bon atau sekuriti lain, peralatan dan kelengkapan, kenderaan, barang kemas, perabot, hamper, perhiasan, cenderamata atau harta intelek;
 
ii)   Harta tak alih seperti tanah, tempat kediaman atau bangunan; atau
 
iii)   Keistimewaan (privilege) atau perkhidmatan seperti pakej percutian, keahlian kelab, hiburan, aktiviti sukan dan riadah, diskaun, rebat, komisen, lesen, penyelenggaraan rumah atau baik pulih kenderaan.

Bolehkah pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian menerima hadiah?

Jabatan Pertanian melarang pegawai dan kakitangan daripada menerima atau memberi hadiah jika melibatkan tugas rasminya selaras dengan peruntukan subperaturan 8(1) P.U.(A) 395/1993.

Bolehkah seorang penjawat awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya?

Hadiah tersebut boleh diterima dan perlu diuruskan mengikut situasi berikut :
A)   Perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan melalui Borang A jika nilai hadiah adalah ¼ emolumen dan ke atas atau RM500 dan ke atas (yang mana lebih rendah).
B)   Tidak perlu kelulusan Ketua Jabatan jika :
  i)   Nilai hadiah kurang daripada ¼ emolument atau kurang daripada RM500 (mana yang lebih rendah);
  ii)   Barangan cepat rosak atau tidak tahan lama; atau
  iii)   Hadiah daripada ahli keluarga terdekat (apa-apa nilai).

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Encik Mohd Azhrulnoor bin Ab Manaf
No. Telefon : 03-8870 3163
Emel : azhrulnoor[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Unit Integriti
  Aras 14, No.30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

  •  

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini490
Minggu IniMinggu Ini490
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3961321
Jumlah Pelawat : 3961321 Tarikh Kemaskini : 06 - 05 - 2024