Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Bahagian Perkhidmatan Makmal

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN PERKHIDMATAN MAKMAL

 

Apakah jenis perkhidmatan analisis pertanian yang ditawarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Makmal, Jabatan Pertanian?

i)   Analisis perumusan racun perosak bagi menyokong pelaksanaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
ii)   Analisis residu racun perosak di dalam hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.
iii)   Analisis residu racun perosak di dalam sampel ekosistem seperti air dan tanah bagi tujuan pemantauan.
iv)   Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah.
v)   Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan.
vi)   Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani dan pengguna lain.
vii)   Analisis sampel air bagi menentukan kualiti dan kandungan logam berat dalam sumber pengairan.

Bilakah analisis pertanian ini boleh dimohon?

Analisis pertanian ini boleh dimohon pada bila-bila masa namun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan bagi setiap jenis permohonan analisis.

Siapakah yang boleh membuat permohonan analisis ini?

i)   Individu / Persendirian
ii)   Syarikat Swasta
iii)   Jabatan Kerajaan / Agensi / Badan Berkanun

Bagaimanakah hendak memohon?

i)   Pemohon boleh memohon melalui Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran di seluruh Malaysia (Sila rujuk Pejabat Pertanian Daerah di negeri masing-masing); atau
ii)   Borang permohonan boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi Jabatan Pertanian; atau
iii)   Memohon secara atas talian di Sistem Makmal Residu bagi analisis residu racun perosak dalam hasil pertanian.
iv)   Borang yang telah lengkap diisi atau dokumen sokongan perlu dihantar kepada Pejabat Pertanian Daerah yang terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Apakah dokumen / maklumat yang diperlukan?

Sila rujuk Borang Permohonan dan dokumen sokongan (jika berkaitan) di Portal Rasmi Jabatan Pertanian atau Sistem Makmal Residu.

Bilakah laporan analisis boleh diperolehi?

Laporan analisis boleh diperolehi dalam tempoh tujuh (7) hingga tiga puluh (30) hari bekerja selepas tarikh sampel diterima oleh pihak Makmal dan bergantung kepada jenis permohonan analisis yang dimohon.

Adakah makmal-makmal di bawah Bahagian Perkhidmatan Makmal (BPM) adalah makmal yang telah mendapat pengiktirafan mana-mana badan kualiti sama ada dalam atau luar negara?

Kebanyakan makmal di bawah BPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17025:2017 di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia sejak tahun 2007 yang diiktiraf oleh Jabatan Standard Malaysia. Berikut adalah senarai makmal yang telah mendapat pengiktirafan tersebut:
i)   Makmal Racun Perosak, Kuala Lumpur
ii)   Makmal Residu Racun Perosak, Kuala Lumpur
iii)   Makmal Residu Racun Perosak Wilayah Selatan, Ayer Hitam, Johor
iv)   Makmal Residu Racun Perosak Wilayah Timur, Jerteh, Terengganu
v)   Makmal Residu Racun Perosak Cameron Highlands, Pahang
vi)   Makmal Lestari Alam Sekitar, Kuala Lumpur
vii)   Makmal Baja, Kuala Lumpur
viii)   Makmal Daun dan Hasil, Kuala Lumpur

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Encik Noor Azhim bin Ab Malek
No. Telefon : 03-2697 7249
Emel : azhim[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Perkhidmatan Makmal
  Blok C, Jalan Gallagher,
  50480 Kuala Lumpur.

  •  

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini217
Minggu IniMinggu Ini217
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3961064
Jumlah Pelawat : 3961064 Tarikh Kemaskini : 06 - 05 - 2024