Bahasa : Melayu | English | Lain-lain
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
padi_field.jpg
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi.JPG
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
 
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Kursus Keusahawanan Pemprosesan Makanan (PBU)

KURSUS KEUSAHAWANAN PEMPROSESAN MAKANAN (PBU)

 

Pengenalan

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, produk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.

Pelaksanaan

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

Pengambilan Peserta

Pengambilan peserta dibuat setahun sekali.

Tempoh Kursus

Jangkamasa kursus ialah selama empat (4) bulan secara sepenuh masa.

Kemudahan Disediakan

Makan minum dan tempat tinggal disediakan sepanjang tempoh kursus.

Syarat-Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 20-40 tahun pada 1 Januari 2017
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV
  • Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus
  • Sihat tubuh badan dan tidak hamil
  • Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

Tempat-Tempat Latihan

Kursus ini dijalankan di lima (5) buah Pusat Bimbingan Usahawan mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut :
 
PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN PENGKHUSUSAN
  PBU Manong, Perak   Bakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa)
  (Contoh : Kerisek, santan, dodol, serikaya, biskut kelapa, pes rendang dan candy kelapa)
 
  PBU Teluk Chengai, Kedah   Sejuk Beku
  (Contoh : Karipap, pizza, pai, roti canai, donut, kasturi dan roti boom)
 
  PBU Ajil, Terengganu   Bakeri
  (Contoh : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)
 
  PBU Pagoh, Johor   Bakeri & Sejuk Beku (Asas Buah)
  (Contoh : Jem buah-buahan, kordial, puree, ban, kek buah, buah bersalut dll)

  Bakeri
  (Contoh : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut)
 
  PBU Melor, Kelantan   Snek dan Makanan Ringan
  (Contoh : Pelbagai kerepek dan kuih tradisional seperti maruku, rempeyek, buah rotan,
  denderam dll)
 

Cara-Cara Memohon

Sila dapatkan borang permohonan melalui alamat di bawah :

Portal Rasmi Jabatan Pertanian. Muat Turun Borang Permohonan Kursus di Pusat Bimbingan Usahawan, atau

Jabatan Pertanian Negeri / Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran, atau

Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian
Wisma Tani, Lot 4G2, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4, 62624 Putrajaya.

No. Telefon : 03-8870 3554/ 3539
(Puan Noraini Binti Abdullah / Puan Norhafizatul Binti Mohd Razali)

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi pengambilan 2017 telah ditutup pada 31 Januari 2017.

Makluman

Borang yang telah dilengkapkan hendaklah mendapat pengesahan dari Pejabat Pertanian yang berhampiran. Sila kemukakan borang yang telah lengkap diisi ke alamat seperti berikut :

Timbalan Pengarah (Industri Asas Tani)
Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian,
Wisma Tani, Lot 4G2, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.

**Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pusat-Pusat Bimbingan Usahawan, Jabatan Pertanian

 

PBU Manong, Perak (Produk Bakeri & Sejuk Beku-Asas Kelapa)

 

PBU Teluk Chengai, Kedah (Sejuk Beku)

 

PBU Ajil, Terengganu (Produk Bakeri)

 

PBU Melor, Kelantan (Produk Snek & Makanan Ringan)

 

PBU Pagoh, Muar Johor (Produk Bakeri & Sejuk Beku-Asas Buah)

Aktiviti-Aktiviti Di Pusat Bimbingan Usahawan

 

 

 

 

Antara Produk-Produk Yang Dihasilkan

 

 

 

 

 

 

 

 



  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Mygov msc iim MyGovMobile  
  •   moa Bless MyAgro SPRM  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 1628305 KEMASKINI TERAKHIR : 18-09-2019 JUMLAH PELAWAT : 1628305 KEMASKINI TERAKHIR : 18-09-2019
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my