Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Sijil Fitosanitasi

SIJIL FITOSANITASI

 
image

 

Pengenalan

Sijil Fitosanitasi adalah satu dokumen rasmi Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengesahkan bahawa tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal yang dieksport adalah bebas daripada perosak dan penyakit tumbuhan serta memenuhi syarat fitosanitasi yang ditetapkan oleh negara pengimport.
 
Sijil Fitosanitasi Malaysia hanya boleh dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian sebagai Organisasi Perlindungan Tumbuhan Kebangsaan (National Plant Protection Organization, NPPO) yang telah diiktiraf. Jabatan Pertanian tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk mengeluarkan Sijil Fitosanitasi bagi pihak Jabatan Pertanian.
 
Model format Sijil Fitosanitasi adalah mengikut ketetapan International Standards for Phytosanitary Measures ISPM12 - Phytosanitary Certificates, Konvensyen Perlindungan Tumbuhan Antarabangsa (International Plant Protection Convention, IPPC).

Permohonan Sijil Fitosanitasi

Permohonan Sijil Fitosanitasi boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem MyPhyto. Pemohon perlulah mendaftar sebagai pengguna Sistem MyPhyto terlebih dahulu sebelum dapat membuat permohonan Sijil Fitosanitasi. Terdapat tiga (3) kategori pengguna iaitu :
 
  i. Pengeksport - Syarikat yang ingin membawa tumbuhan, produk tumbuhan atau artikel terkawal ke luar negara.
 
  ii. Agen - Pihak yang mewakili syarikat yang ingin membawa tumbuhan, produk tumbuhan atau artikel terkawal ke luar negara. Agen boleh bertindak bagi pihak pengimport dan pengeksport untuk mejalankan urusan pelepasan barangan dan perlulah berdaftar dengan Kastam. Agen adalah tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 90 Akta Kastam 1967.
 
  iii. Individu - Orang perseorangan yang ingin membawa tumbuhan, produk tumbuhan atau artikel terkawal ke luar negara bukan untuk tujuan komersil, seperti untuk kegunaan peribadi atau pelancong.
 
Selepas membuat permohonan pendaftaran, pemohon akan menerima emel notifikasi yang mengandungi nombor rujukan pendaftaran. Pihak Jabatan akan membuat semakan dan meluluskan permohonan pendaftaran yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Seterusnya pemohon akan menerima emel yang mengandungi ID pengguna dan kata laluan bagi log masuk ke Sistem MyPhyto dan membuat permohonan Sijil Fitosanitasi.
 
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pendaftaran pengguna Sistem MyPhyto.

Pemeriksaan Konsainan

Pemeriksaan konsainan untuk eksport secara umumnya melibatkan tiga (3) komponen iaitu :
 
  i. Pemeriksaan dokumen yang berkaitan dengan konsainan;
  ii. Pengesahan identiti dan integriti konsainan; dan
  iii. Pemeriksaan visual ke atas konsainan.
 
Pemeriksaan visual ke atas konsainan oleh Pegawai Pemeriksa boleh dilakukan sama ada di premis pemohon atau dibawa ke Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi. Semasa pemeriksaan, pemohon perlulah memastikan bahawa :
 
  i. Semua konsainan yang akan dieksport perlu berada di tempat pemeriksaan. Kuantiti serta jenis produk hendaklah sama seperti yang telah diisytiharkan dalam permohonan; dan
  ii. Konsainan perlulah boleh diakses dan telah siap dibungkus dan dilabel.

Caj Pemeriksaan

Bagi pengeluaran Sijil Fitosanitasi, Jabatan Pertanian hanya mengenakan caj pemeriksaan selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 Peraturan 15. Caj pemeriksaan ini adalah termasuk tempoh masa yang diambil ( pemeriksaan konsainan & perjalanan pergi balik ) serta jarak perjalanan pergi dan balik daripada Pejabat Pengeluar ke tempat pemeriksaan. Kadar bayaran pemeriksaan bagi pengeluaran Sijil Fitosanitasi adalah seperti di bawah :
 
Perkara Kadar (RM)
1.  ½ jam tenaga kerja pertama ( man/hour ) atau sebahagian darinya 10.00
2.  ½ jam tenaga kerja kedua ( man/hour ) atau sebahagian darinya 10.00
3.  Tiap-tiap jam tenaga kerja tambahan ( man/hour ) atau sebahagian darinya 20.00
4.  Elaun kerja lebih masa melebihi waktu pejabat biasa ( man/hour ) 4.00
5.  Elaun kerja lebih masa pada hari pelepasan mingguan atau pelepasan awam ( man/hour ) 8.00
6.  Kos perjalanan pergi balik ( jarak perbatuan mengikut jalan raya ) 0.50 / km

* Caj minimum untuk pengeluaran Sijil Fitosanitasi ialah RM20.00 / sijil ( permohonan biasa )

Tempoh Sahlaku

Sijil Fitosanitasi yang dikeluarkan adalah sah untuk penggunaan eksport selama 14 hari daripada tarikh kelulusan sehingga konsainan dieksport keluar daripada Malaysia.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :
 
Unit Perakuan Fitosanitasi dan CITES,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan,
Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
No. Tel : 03-2030 1400
 
atau Pejabat Pengeluar Sijil Fitosanitasi berhampiran anda.

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1767
Minggu IniMinggu Ini3283
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3909625
Jumlah Pelawat : 3909625 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024