Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (Skim MPCA)

SKIM PERAKUAN PENSIJILAN FITOSANITASI MALAYSIA (SKIM MPCA)

 
image

 

Pengenalan

Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (MPCA) diwujudkan untuk memberi kemudahan pengeluaran Sijil Fitosanitasi kepada pengeksport dengan menjalankan langkah fitosanitasi, mengamalkan sistem pengurusan kualiti yang baik dan mengikut semua keperluan skim MPCA. Skim terbuka kepada pemilik ladang/nurseri beserta pusat pembungkusan, ladang turf, pusat pengedaran dan kilang yang mengeksport tumbuhan dan produk tumbuhan.

Skop

Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah terbuka kepada ladang/nurseri beserta pusat pembungkusan, ladang turf, pusat pengedaran dan kilang yang mengeksport tumbuhan dan produk tumbuhan. Skim MPCA sehingga kini hanya melibatkan pengeksportan bahan pertanian yang berisiko rendah. Pemohon hendaklah melaksanakan semua keperluan skim bagi melayakkan penyertaan.
 
Proses pensijilan melibatkan audit pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT).

Syarat Permohonan

  • Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
     
  • Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan dari agensi kerajaan yang lain;
     
  • Pemohon adalah pengeksport tumbuhan dan produk tumbuhan yang aktif;
     
  • Konsainan yang dieksport tidak dikategorikan sebagai konsainan yang berisiko tinggi mempunyai perosak dan penyakit. Kelayakan penyertaan boleh disemak dengan pihak Urus setia;
     
  • Pemohon mempunyai organisasi yang tersusun, pekerja yang mencukupi, menyediakan premis pemprosesan/pembungkusan yang menepati keperluan Skim dan mempunyai sumber kewangan untuk persediaan dalam memenuhi keperluan Skim; dan
     
  • Pemohon perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.

Kos Pensijilan MPCA

Semua perkhidmatan diberi percuma.

Proses Permohonan

Pemohon hendaklah memuat turun Borang MPCA 1 dan menghantar borang yang telah dilengkapkan kepada Urus setia.

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku Skim MPCA adalah selama dua (2) tahun. Audit pemantauan akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali ke atas premis terbabit.

Pembaharuan Skim MPCA

Permohonan pembaharuan Skim MPCA perlu dilakukan (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil.

Senarai Peserta MPCA

Hubungi Kami

Urus Setia Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (MPCA),
Seksyen Akreditasi dan Fasilitasi Eksport,
Bahagian Biosekuriti Tumbuhan,
Jabatan Pertanian,
Tingkat 1-3, Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin,
50632 Kuala Lumpur.
 
No. Tel : 03-2030 1400
No. Faks : 03-2691 3530
Emel : myskim[dot]doa[at]doa[dot]gov[dot]my / myskim[dot]doa[at]gmail[dot]com

Dokumen Rujukan

Sila muat turun dokumen di bawah untuk rujukan :
 
BIL. PERKARA
1.  Pengenalan MPCA
2.  Proses Pensijilan Skim MPCA
3.  Tanggungjawab Peserta Skim MPCA
4.  Borang Permohonan MPCA 1
5.  Risalah MPCA

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1884
Minggu IniMinggu Ini3400
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3909739
Jumlah Pelawat : 3909739 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024