Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic)

SKIM PENSIJILAN ORGANIK MALAYSIA (myORGANIC)

 
image

 

Pengenalan

image
 
myOrganic (Malaysia Organic / Skim Pensijilan Organik Malaysia) adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan sejak tahun 2003 oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang yang diusahakan secara organik bagi mengeluarkan makanan yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar, serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja.
 

Objektif:

Meningkatkan bilangan petani supaya mengamalkan perladangan organik tanpa menggunakan racun perosak dan baja kimia sintetik dan diberi pengiktirafan supaya menghasilkan pengeluaran ladang yang selamat dan berkualiti di samping memelihara alam sekitar serta menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja.

Kelebihan

  • Mengeluarkan hasil ladang yang organik
  • Tiada penggunaan racun perosak dan baja kimia sintetik
  • Menyumbang dalam kelestarian alam sekitar
  • Penjimatan dengan menggunakan sumber dari dalam ladang sebagai bahan pembajaan
  • Tidak menggunakan bahan tanaman GMO (genetically modified organism)
  • Pengurusan ladang yang lebih cekap
  • Produktiviti dan pengeluaran meningkat
  • Boleh menggunakan logo myOrganic dan nombor pensijilan myOrganic bagi tujuan promosi hasil ladang dan meningkatkan keyakinan pengguna
  • Keselamatan dan kebajikan pekerja terjaga

Cara Memohon

Jenis Tanaman/Ladang Yang Boleh Dipersijilkan

Skop pensijilan myOrganic iaitu:

1.   Tanaman
 
  • Persendirian
  • Hasil adalah bertujuan untuk dimakan oleh manusia seperti ladang sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Tanaman berasaskan tanah atau keadaan semulajadi seperti cendawan.
  • Tanaman hidroponik adalah tidak dibenarkan.
  • Bahan Tanaman GMO (genetically modified organism) adalah tidak dibenarkan.

Kriteria Permohonan

a)   Kategori pemohon adalah seperti berikut:
 
  • Persendirian
  • Syarikat Swasta
  • Agensi/Badan Berkanun
     
b)   Pemohon hendaklah memastikan:
 
  • Tanah/tapak yang diusahakan sah di sisi undang-undang.
  • Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil.
  • Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport.
     
c)   Persediaan awal bagi pemohon yang berminat hendaklah memastikan:
 
  • Rekod Ladang disediakan seperti contoh format (myOrganic 4)
  • Keperluan pematuhan pensijilan berpandukan Pelan Tindakan Pengeluaran Tanaman (myOrganic 6)
  • Mematuhi tempoh Peralihan/Pertukaran
    • Tempoh peralihan daripada konvensional kepada organik adalah sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan satu (1) tahun untuk hutan dara dan ladang organik (tidak terpakai untuk tuaian semulajadi).
    • Tempoh ini bermula setelah ladang berdaftar untuk menyertai pensijilan dan boleh disingkatkan atau dilanjutkan berdasarkan kepada penggunaan tanah terdahulu. Pengurangan tempoh adalah tidak boleh kurang dari 12 bulan dan enam (6) bulan bagi tanaman cendawan.
    • Pengusaha mesti mematuhi segala keperluan piawaian perladangan organik sepanjang tempoh peralihan.
    • Hasil tanaman sepanjang tempoh peralihan tidak boleh dijual sebagai organik.
       
  • Mengelakkan pencemaran
    • Tanaman, tanah, air dan input pertanian mesti dipantau dari risiko pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan terlarang.
    • Langkah pencegahan untuk mengelakkan dan menghadkan potensi kontaminasi pada hasil organik adalah seperti menyediakan zon penampan mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti Rajah 1.
       
image

Rajah 1 : Zon Penampan

 
  • Spesifikasi Zon Penampan
    • Tanaman penampan dan tanaman di ladang organik mesti berbeza.
    • Peralatan dari ladang konvensional mesti dibersihkan daripada bahan yang berpotensi menyebabkan kontaminasi sebelum digunakan di kawasan pengurusan organik.
    • Penggunaan penutup sintetik seperti sungkupan silver shine, kain polar, jaring serangga dibenarkan. Bahan sungkupan yang tidak digunakan/rosak mesti dikeluarkan dan tidak boleh dibakar di dalam kawasan ladang.
    • Pamerkan papan tanda 'TANAMAN ORGANIK - DILARANG MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA' di kawasan yang bersebelahan dengan ladang konvensional / kawasan yang mempunyai risiko pencemaran.

Borang Permohonan

Borang permohonan hendaklah diisi berserta lampiran yang diperlukan dan dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Sila isi menggunakan borang permohonan (myOrganic 1-1, myOrganic 1-2).

Kadar Caj Perkhidmatan

Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan yang diberikan adalah secara PERCUMA.

Proses Pensijilan

Carta Alir Pensijilan

Proses pensijilan adalah seperti myOrganic14-1

Syarat Kelulusan

Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu:
  • Pemeriksaan Tapak
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial
  • Audit amalan ladang

Tempoh Kelulusan Pensijilan

Tempoh kelulusan adalah 24 bulan jika semua syarat dipatuhi.

Sah Laku Sijil & Pembaharuan Sijil

Sijil dan Tempoh Sah Laku

Pemohon yang berjaya akan diberikan sijil dan tempoh sah laku pensijilan adalah selama satu (1) tahun.
 
Pemohon yang berjaya boleh menggunakan logo dan nombor pensijilan untuk tujuan promosi pada pembungkus hasil atau tujuan pengiklanan.

Pemantauan

Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.

Pembaharuan Sijil

Pemohon perlu mengemukakan permohonan pembaharuan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tamat tempoh sahlaku sijil menggunakan borang myOrganic 11-8.
 
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Syarat Pembaharuan

Pemohon mesti lulus perkara berikut iaitu:
  • Analisis hasil bagi residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial
  • Audit amalan ladang
     
Pemohon hendaklah memastikan sama seperti peringkat awal permohonan iaitu:
  • Keperluan pematuhan pensijilan berpandukan Pelan Tindakan (myOrganic 6)
  • Rekod Ladang sentiasa dikemaskini (myOrganic 4)

Pembatalan Sijil

Pengiktirafan myOrganic boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut:
  • Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh.
  • Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.
  • Menyalahgunakan sijil dan logo myOrganic dalam apa jua cara.

Senarai Penerima Sijil

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :
 
Urusetia
Seksyen Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian,
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya.
 
No. Tel : 03-8870 3597 / 3570 / 3566 / 3193 / 3580 / 3587 / 3450 / 3569 / 3446 / 3454
No. Faks : 03-8888 7639
Emel : mygapmyorganic[at]doa[dot]gov[dot]my

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1718
Minggu IniMinggu Ini3234
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3909577
Jumlah Pelawat : 3909577 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024