Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
Teknologi dan Inovasi Tanaman

 

INOVASI PERTANIAN


Anugerah Inovasi Pertanian dianugerahkan kepada individu atau berkumpulan yang menampilkan daya kreativiti dan inovatif di kalangan kakitangan Jabatan Pertanian. Ianya meliputi aspek pengurusan kecekapan perkhidmatan, kejuruteraan dan pelbagai teknologi pertanian sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran pertanian.

Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti dan ketulenan inovasi yang dihasilkan di samping inovasi tersebut mempunyai signifikan besar kepada peningkatan produktiviti dan kualiti, effisiensi, keberkesanan kos dan ianya boleh replikasi dan digunapakai.

Anugerah ini diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti dalam sektor awam dan memberi pengiktirafan secara formal kepada individu atau kumpulan.

SENARAI ANUGERAH INOVASI PERTANIAN, JABATAN PERTANIAN

 

  1. Mesin Perelai Jagung (Tahun 2008)
  2. Mekanisasi Jentera Hidraulik Eksplorasi Air Bawah Tanah( 2008)
  3. Merekacipta Mesin Pemerah Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil Extractor)(2009)
  4. Merekacipta Inovasi Implemen Perataan Tanah Sawah
  5. Merekacipta Diagnosis Pertumbuhan Tanaman Padi Bagi Meningkatkan Hasil.
  6. Metodologi Penyiasatan Pengeluaran Hasil Tanaman Bagi Jenis Sayur Buah.
  7. Penggunaan Puffer Pam Angin Bagi Proses Pendebungaan
  8. Rejim Pembajaan Nitrogen Tepat Tanaman Padi Mengikut Varieti Padi Dan Tanah Sawah Tempatan Berpandukan  Leaf Color Chart (LCCI)
  9. Sistem Penanaman Nanas Berkepadatan Tinggi

 
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)


Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) telah mula diperkenalkan di Malaysia susulan daripada Dasar Pandang Ke Timur (1982). Pada ketika itu agensi yang bertanggungjawab ialah INTAN (Sektor Awam) dan NPC (Sektor Swasta). KMK telah diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 1983 berikutan daripada atas kesedaran tentang peranan serta sumbangannya di dalam peningkatan kualiti, khususnya dalam penyelesaian masalah/penambahbaikan serta pembinaan semangat berpasukan.

Penjenamaan semula KMK telah dibuat oleh Kerajaan dengan memperkenalkan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang dapat merubah dan memperkenalkan cara kerja yang baru dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Pekeliling dan Panduan yang berkaitan dengan Inovasi ini adalah seperti:


Memetik Amanat Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek Hasan, Ketua Setiausaha Negara ketika Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Kebangsaan 2009 pada 11 November 2009 yang lalu mengenai KIK:

“Jika dahulu, KMK memberi fokus kepada penyelesaian masalah terhadap isu-isu utama yang dihadapi dalam jabatan, kini KIK memberi ruang kepada warga organisasi untuk berinovasi dan berkreatif dalam menerbitkan idea-idea baru, tanpa perlu menunggu tercetusnya sesuatu isu atau masalah dalam jabatan. Selaras dengan itu, warga organisasi perlu sentiasa peka, prihatin dan proaktif dalam persekitaran kerja masing-masing, sejajar dengan hasrat untuk memajukan perkhidmatan kita”

Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Tahun 2012 :

 

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)