Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah
BIL | SOALAN LAZIM | JAWAPAN |
1. | Apakah jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian? | Jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan adalah 1) Siasatan lengkap 2) Siasatan separa lengkap 3) Adhoc |
2. | Kenapa siasatan tanah diperlukan? | Khidmat siasatan tanah adalah untuk penentuan kesesuaian tanah-tanaman bagi sesuatu projek pertanian |
3. | Berapakah bayaran atau caj yang dikenakan untuk khidmat siasatan tanah? | Bayaran akan dikenakan mengikut jenis siasatan yang diminta atau diperlukan iaitu:- - caj bagi setiap hektar ialah RM 1.50 bagi kawasan hutan semak atau RM 1.00 bagi kawasan yang telah dibuka - RM 6.00 / RM 8.00 untuk siasatan tanah separuh lengkap - RM 30.00 / R 40.00 untuk siasatan tanah lengkap Bayaran pemprosesan akan dikenakan bagi setiap permohonan sebanyak RM 120.00 |
4. | Berapa lama tempoh proses siasatan tanah dan laporan disediakan? | Dalam masa 1 hingga 3 bulan |
5. | Apakah kepentingan laporan siasatan tanah? | i) Untuk kenalpasti jenis tanah ii) Untuk kenalpasti tanaman yang sesuai yang boleh diusahakan di sesuatu kawasan |
6. | Apakah bahan terbitan yang boleh didapati dan sesuai untuk rujukan pengusaha atau orang ramai, di mana boleh diperolehi dan berapakah harganya? | Buku Panduan Mengenali Siri Tanah Utama Semenanjung Malaysia, boleh didapati di Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah, Putrajaya dan di setiap unit negeri dengan harga RM 15.00 senaskah |
7. | Berapa kumpulan tanah yang terdapat di Malaysia? | Dua kumpulan tanah utama iaitu : i) Tanah mineral ialah tanah yang terjadi dari batu batuan, lanar sungai dan lanar laut ii) Tanah gambut ialah yang terjadi dari pereputan kayu kayuan dan bahan organik |
8. | Apakah khidmat-khidmat nasihat pemuliharaan tanah yang boleh diberi kepada petani, pengusaha pertanian dan kerajaan? | i) Memberi pandangan/komen kepada laporan ’Environment Impact Assessment’ (EIA) berkaitan dengan pembukaan tanah untuk pertanian ii) Khidmat nasihat pemuliharaan tanah dalam Pemeriksaan Tapak bagi permohonan SALM dan SOM iii) Panduan Pemuliharaan Tanah bagi pembukaan ladang di tanah bercerun iv) Panduan Pemuliharaan Tanah mengikut kaedah agronomi untuk pertanian di tanah bercerun v) Panduan Pemuliharaan Tanah melalui kaedah struktur (structures) untuk mengawal hakisan tanah bagi aktiviti pertanian di tanah bercerun vi) Khidmat nasihat tentang risiko hakisan tanah, indeks hujan pertanian dan pelan pembangunan pertanian di tanah bercerun vii) Menyediakan benih rumput ’vetiver’ dan kaedah menanam rumput ’vetiver’ untuk mengawal hakisan tanah viii) Membantu Pejabat tanah Daerah (terutama di Cameron Highland) dalam memproses ’Permit Tolak Tanah’ |
9. | Siapakah yang boleh memberi khidmat nasihat pemuliharaan tanah? | i) Pegawai Pertanian Seksyen Pemuliharaan Tanah, Putrajaya ii) Pegawai Pertanian Unit Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah di Negeri-Negeri |
10. | Apakah contoh-contoh amalan agronomi untuk mengawal hakisan tanah? | i) Menanam mengikut kontur ii) Menggunakan sungkupan iii) Menanam tanaman penutup bumi dan rumput iv) Tanaman padat v) Tanaman penampan angin |
11. | Apakah contoh-contoh struktur-struktur pemuliharaan tanah bagi mengawal hakisan tanah? | i) Teres dusun dan bangku ii) Perangkap kelodak iii) Parit lereng dan ladang iv) Empangan penampan v) Benteng konkrit atau Gabion |
Pegawai Penghubung
Nama : Cik Nur Zaitasha bt. Mahmudin
No. Telefon : 03-88703524
No. Fax : 03-88884326
Email : zaitasha@doa.gov.my
Alamat : Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah
Jabatan Pertanian, Aras 9, Lot 4G2, Wisma Tani
Precint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
[kembali]