fb twitter youtube shutterfly
Bahasa Melayu | English | Lain-lain Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan

Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
SERTAILAH SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN UNTUK MENJADI PENGELUAR BAHAN TANAMAN TULEN DAN BERKUALITI

PENGENALAN

Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman diperaku, menjamin ketulenan baka dan kualitinya. Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan. Bagi merealisasikan objektif tersebut,Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).
 

Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa  kompeten akan memperakukan anak benih klon buah-buahan yang memenuhi standard ditetapkan. Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap nurseri tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperaku. SPBT terbuka kepada pengusaha nurseri tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran. 
 


FAEDAH
Pengusaha nurseri tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah berikut :

  • Berpeluang menjadi pembekal bahan tanaman untuk projek pertanian dibawah Jabatan/Agensi Kerajaan.
  • Bahan tanaman yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian dapat meningkatkan keyakinan pembeli terhadap ketulenan varieti tanaman.
  • Jabatan Pertanian membantu mempromosikan nurseri tanaman yang  menyertai SPBT melalui pameran dan Laman Web Jabatan Pertanian.

 Menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai Jabatan Pertanian.
 

Pages: 1  2  3  4  

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)