 1. Pengenalan SOM ialah sebuah program pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia (SOM). Standard SOM adalah berasaskan kepada Malaysian Standard MS1529:2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of Plant Based Organically Produced Foods. Standard SOM juga merangkumi syarat-syarat dan kriteria yang terbit dari peruntukan dalam undang-undang untuk mengawal hazard yang mempunyai impak ke atas alam sekitar, keselamatan makanan dan kesihatan dan keselamatan pekerja. Untuk mendapatkan Standard SOM dan Garis Panduan Pelaksanaan Perladangan Organik Bagi SOM, klik pautan seperti di bawah: Standard SOM (BI) (muat turun ) Garis Panduan Perladangan Organik bagi SOM (muat turun1,2,3,4 ) Pelan Tindakan SOM (muat turun ) Rekod Ladang SOM (muat turun) ) 2. Faedah-faedah SOM Faedah kepada pengeluar Hasil yang dikeluarkan dari ladang telah diberi pensijilan boleh dilabelkan sebagai produk organik dan berhak menggunakan Organik Malaysia di atas produk mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang setimpal. Faedah kepada pengguna Pengguna mendapat keyakinan bahawa produk yang dibeli adalah benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini kerana telah mematuhi piawaian organik Malaysia. Faedah kepada alam sekitar dan pekerja Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja dapat dielakkan. 3. Carta aliran kerja SOM Carta aliran kerja bagi pensijilan SOM (muat turun ). |