1. Pengenalan
Jabatan Pertanian merupakan agensi utama yang memberi perkhidmatan siasatan tanah dan merupakan ‘custodian’ bagi maklumat tanah negara. Khidmat Penyiasatan Tanah yang diberi adalah: 2. Perkhidmatan yang disediakan 2.1 Sijil Pengesahan Tanah untuk Tanaman Sijil pengesahan tanah dikeluarkan untuk projek pertanian seperti pembangunan tanah baru, tukar syarat gunatanah atau tanaman dan sebagai satu dokumen sokongan pinjaman bank. 2.2 Penyiasatan Tanah Tiga jenis siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah: - Penyiasatan Tanah Tinjauan
- Penyiasatan Tanah Separa Lengkap
- Penyiasatan Tanah Lengkap
2.3 Laporan Kesesuaian Tanah-Tanaman Jabatan Pertanian juga menyediakan laporan kesesuaian tanah-tanaman berdasarkan maklumat tanah yang tersedia. 3. Caj Perkhidmatan Penyiasatan Tanah Caj pemprosesan bagi setiap permohonan RM120.00 Caj perkhidmatan sehektar: | Pengesahan kawasan hutan / belukar | RM 1.50 | | Pengesahan kawasan telah dibuka | RM 1.00 | | Siasatan tanah separa lengkap kawasan hutan/belukar | RM 8.00 | | Siasatan tanah separa lengkap kawasan telah dibuka | RM 6.00 | | Siasatan tanah lengkap kawasan hutan / belukar | RM 40.00 | | Siasatan tanah lengkap kawasan telah dibuka | RM 30 00 | Pegawai penghubung Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut:
En. As’ari b. Hasan
No. telefon : 03-88703418 No. Fax : 03-88884326 email : asari@doa.gov.my Alamat : Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah Jabatan Pertanian Aras 9, Lot 4G2, Wisma Tani Precint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya |