Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
TAWARAN UNTUK MENJADI ANCHOR COMPANY BAGI PROJEK EPP 7 PROGRAM NKEA PERTANIAN.

Sektor swasta yang berminat dijemput untuk memohon sebagai Syarikat Anchor untuk Projek EPP 7 dibawah Program Bidang Utama Ekonomi Negara Pertanian (NKEA Agriculture)

Kriteria Pemilihan Syarikat Anchor

  • Pakar didalam pengurusan tanaman tertentu dari peringkat ladang hingga laluan pasaran dan penjenamaan
  • Mempunyai pengalaman dalam pengeluaran tanaman tertentu
  • Memiliki master grower
  • Berupaya menyediakan khidmat pengembangan
  • Bersedia untuk membangunkan anchor baru
  • Mengamal kaedah pengurusan ladang yang moden
  • Mengamal pengurusan pasca tuai dengan penggunaan kemudahan yang sesuai.
  • Memiliki modal berbayar minimum untuk melaksanakan tanggungjawab yang tersebut diatas.

Tanaman tumpuan dibawah Projek EPP 7 NKEA Pertanian
  • Nangka
  • Betik
  • Belimbing
  • Rock Melon
  • Pisang
  • Nanas
  • Tomato
  • Capsicum
  • Lettuce
Peranan Syarikat Anchor dalam pelaksanaan Projek EPP 7 adalah untuk menghubung pengeluaran dengan pasaran peringkat tempatan dan eksport seperti berikut:

1.Peringkat Pengeluaran
  • Menentukan calendar tanaman dan pemilihan benih/varieti kepada peladang kontrak
  • Menyedia khidmat pengembangan kepada peladang kontrak (cth: pengurusan serangga & penyakit, input ladang dan sebagainya)
  • Menjamin skim belian balik berdasarkan kepada harga pasaran yang telus
  • Membangun Standard Kaedah Operasi (SOP) dan memperluas perkhidmatan “Master Growers” dalam melatih peladang dari segi menyelesai masalah dan isu pengeluaran.

2.Peringkat Pasca Tuai
  • Meningkatkan nilai tambah kepada hasil pengeluaran segar. (cth: pemilihan, pengredan, pembungkusan)
  • Mengurus kemudahan pasca tuai (cth: bilik pemeraman)
  • Menyelaras traceability dan integriti rantaian sejuk
  • Pematuhan kepada piawaian sedia ada. (cth: HACCP & GMP)
  • Menjalin kerjasama dengan institusi penyelidikan berkaitan penambahbaikan berterusan dalam aspek input dan amalan ladang.
3.Laluan Pasaran
  • ‘Market access matching’ bekalan dan permintaan
  • Mengumpul dan berkongsi maklumat risikan pasaran dengan peladang kontraki.
  • Menjalin jaringan pasaran dengan peruncit tempatan dan antarabangsa.
  • Penjenamaan, promosi dan pengiklanan.
  • Merancang pelan laluan untuk rantaian pengangkutan sejuk ke pasaran eksport.
  • Menyelaras pengedaran dan menyelia pengurusan sisa.
Tatacara Memohon

Untuk memohon, Syarikat yang berminat di kehendaki untuk menghantar proposal yang antara lain mengandungi elemen berikut bagi tujuan penilaian oleh JK Penilaian yang seterusnya akan memanjangkan permohonan kepada JK Pemandu;
  1. Keterangan keseluruhan projek dan keterangan produk (Overall project and product description)
  2. Analisa halatuju pasaran diperingkat domestic, global dan/atau pasaran khusus.
  3. Analis dayasaing (Competitive analysis)
  4. Model Pembiayaan (Financial model)
  5. Analisa Pembiayaan Jangka Pendek dan Jangka Panjang (Financial analysis - short run and long run)
  6. Perincian pelan pelaburan, pengeluaran dan pengkomersialan (Detailed investment, production and commercialization plan)
  7. Pelan Pengembangan Syarikat (Expansion plans)
  8. Carta Perlaksanaan Projek (Project timeline and Gantt charts)
  9. Matlamat Pencapaian Suku Tahun, Separuh Tahunan dan Tahunan (Quarterly, semi annually and annual targets)
  10. Pasukan Pengurusan dan Struktur Organisasi (Management team and organization structure)
  11. Pemilik Projek, Pengurusan Utama dan Pegawai Rujukan (Project owners, key personnel and contact person)
  12. Pemilikan Syarikat – sama ada tempatan atau asing dan perincian pemegang saham (Ownership – local/foreign and details of shareholders)
  13. Rakan Pelaburan – tempatan/asing, jika ada (Partnerships-local/foreign, if any)
  14. Pendapatan Negara Kasar dan unjuran pengujudan peluang pekerjaan (GNI and forecasted job creation).

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En Shaharizan Ab Majid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Malaysia melalui email  shaharizan@doa.gov.my 
Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)